Thursday, April 7

Kebelakang Sikit Ek

Assalamualaikum.

Apa apa pun, ini entry flashback. Taknak baca, boleh beredar. Aippp, baca la baca la!

Banyak benda yang aku nak interpret kan dekat sini. Tapi tak terkeluar jugak. Kerana apa? Masa. Ye, memang aku banyak masa tapi aku pun tak tahu ke mana perginya masa aku tu. Pernah jugak aku duduk diam, merenung masa tu. Macam mana aku nak jaga masa ni? Apa yang patut aku buat dengan masa ni?

Kalau dulu, masa aku masih bersekolah, aku mempunyai pelbagai jenis jadual. Jadual belajar, jadual bertugas, jadual kelas, jadual kelas tambahan, jadual koko.


Jadual kawad pun ada tauuu. Hari hari kawad pukul 3.30 petang sampai 7 malam. Muka bukan setakat mendung, kilat petir guruh semua ah aku dapat. Nama je pakai sunblock tapi matahari tak jugak dibloknya. Gentle je berjemur hari hari. Huhu T_T Whatever it is, berbaloi ah jugak sebab kemenangan demi kemenangan dapat dilakarkan dalam sejarah. Alhamdulillah. Usaha tangga kejayaan ye dok? Hikhik. Fewittt P.A! Eh apahal muka Qahhar ada kat situ? Sibuk jek nak market dekat sini. Tak main ah pengakap! Har har har. Fakhriah Tajima pun ada laa hehe.

Masalahnya sekarang, semua jadual tu dah hilang. Tiada lagi susah payah untuk mengatur perjalanan hidup seharian. Apabila tiada jadual, sesatlah disiplin. Bila sesat disiplin, membazir lah masa. Masa tu berharga. Sama macam emas. Bezanya, emas tu boleh dipajakgadaikan. Masa? No way man!

Aku rasa kalau masa tu boleh bercakap, mesti hari hari dia akan membebel dekat aku. Menggantikan tempat Mama. Heh heh. Mana tidaknya, aku isi masa tu dengan benda yang lazim. Biasa biasa saja. Tiada apa yang gempak.

Tidur-online-makan-tidur-online-makan.

Sekali sekala tu ada jugak ler keluar lepak dengan rakan seperjuangan. Cehhh, rakan perjuangan la sangat. Hikhik. Pun boleh la, buat refresh diri. Terima kasih, teman :')

Mesti ada orang tanya, kenapa kau tak kerja? Siapa suruh melangut buat habis beras je dekat rumah? Pergh, makan dalam! Untuk makluman ibu ibu dan bapak bapak, memang sebelum ni aku kerja. Dua bulan tauuuuu. Cuma sekarang, aku dah meletakkan jawatan dan memegang kembali status penganggur tu. Jyeahh. Siapa kata aku tak kerja? Siapa kata aku habiskan beras dekat rumah je? Aku bagi duit ye dekat parents aku. Kau ada? Hah, jawab. Jawab la!

Selepas berakhirnya espiem dulu,

" Kita tak payah kerja la. Kita enjoy je life kita! Yihaaaa! "

Itulah yang aku fikir. Argh, malas la nak kerja. Buat apa nak kerja. Bukan masanya lagi. Aku baru habis sekolah. Kasi la aku hidup. Apadahal kannn? Masa tu, aku, Hanisah dan Fatin ngam ngam choi ah taknak kerja. Kalau bosan, melepak ah usha mamat mamat hotsetapp. Aku tak hairan pasal diorang. Sorang budak pandai, confirm dapat sambung belajar lagi awal dari aku. Sorang lagi pulok, bakal budak PLKN. Masing masing ada plan. Yang aku ni? Yang adoooo je la. Takpa, buat rilek jek. Tapi apa jadi selepas seminggu habis espiem?

Lifeless.

Kepala hangguk kau nak enjoy! Baru seminggu duduk rumah, dah jadi cenggini. Kalau sebulan macam mana? Dua tiga bulan? Empat lima bulan? Damn -,-

Last last,
aku kerja jugak. Saja cari pengalaman *Kononnya la ye. Hikhik. Apa best sangat ke kerja ni. Bak sini kasi aku rasa. Rasa masam manis pahit kelat zaman bekerja ni. Sekali, nah hambik kau! Hari pertama je kerja, balik rumah terus pengsan, tidur tak sedar sedar. Hoish tipu la tak sedar. Ada sedar, tapi tidur balik. Kehkehkeh. Sumpah penat waa cakap lu!

" Kau tak payah la kerja. Macam tak larat je! " kata Ayah.

Hm aku memang macam ni. Memang cengeng. Manja. Ayah tak pernah kisah kalau aku taknak kerja. Kenapa? Tak hapam aku. Aku kan dah besar. Kenapa Ayah taknak biarkan aku cari duit sendiri? Bukan untuk siapa pun. Untuk kesenangan parents jugak. Biarlah aku rasa susah, penat. Biar aku tahu susah payah nak cari rezeki macam mana. Hm argh, aku tak kira. Aku nak kerja jugak!

" Ara okay " saja nak menyedapkan Ayah aku.

Begitulah sekiannya. Aku gigih menjalani hari hari baru aku. Aku memang suka kerja aku, mudah. Tapi persekitarannya aku tak berapa nak suka. Aku ingat tempat kerja ni dipenuhi dengan orang orang yang matang. Orang orang yang akan melayan kita secara matang. Untuk menjadikan pekerja mentah dan muda macam aku ni berfikiran matang. Kebenarannya? Haremmmmm. Sekolah lagi bagus dari tempat kerja aku tu. Pigi daaa!


Orang kata, bukan aku yang kata ye, disebalik musibah, mesti ada hikmahnya. Disebalik keburukan, mesti ada kebaikannya. Walaupun aku memang tak puas hati dengan management tempat kerja aku tu, tapi ia mengajar aku sesuatu. Sesuatu yang memang selalu sangat aku elakkan sebelum ni gamaknya. Aku pemalu. Ye, itulah aku. Haaa mulalah tu nak gelak. Memang aku pemalu la weyh! Ish mencik! Sejak aku kerja, aku jadi betah bercakap. Aku jadi berani bersuara. Kalau boleh semua orang aku nak tegur. Nampak mamat handsome sikit, hey hai hello. Kayyy, aku tipu. Hikhik. Aku dapat ramai kawan. Tengok la gambar tu. Gembira tak muka aku? Tu pun kalau kau dapat cam aku yang mana satu la. Hehehe.

Jujur, aku rindukan sekolah. Copp, bukan sekolah. Zaman sekolah dan yang sewaktu dengannya. Maap.

Mood : Sedih.

Kenapa aku bencikan zaman persekolahan dulu? Kenapa aku merungut aku kena pergi sekolah? Kenapa aku terasa dengan kawan kawan sekolah aku? Kenapa aku menyampah dengan kerja sekolah? Kenapa aku tak rapat dengan cikgu cikgu aku? Kenapa aku taknak aktif sukan? Kenapa aku malas belajar? Hm kenapa? Semua tu selalu aku persoalkan. Selalu menjadi permainan minda aku. Lantaklah orang nak kata apa.


Haa cer tengok ni. Bebudak kelas 5 Perdana 2010. Happy tak? Ada gaya kanak kanak ribena tak? Argh sudah. Tak payah cari aku yang mana satu. Peace! Kehkehkeh. Gambar ni dicaptured masa hari terakhir kitaorang bersekolah sebelum berjumpa kembali pada hari pertama espiem. Aku memang simpan gambar ni dalam laptop. Biasa la laptop sendiri. Cehhh, bajet show off. Haha.

Kenangan sekolah selalu terimbau kembali. Perangai kitaorang yang selalu ala ala ala bila cikgu nak bagi homework. Budak budak nerd yang selalu study dekat library kalau cikgu tak masuk kelas. All the girls yang rehat sama sama dekat gerbang kerjaya. Ya, takda istilah puak puak, aku aku, kau kau dalam kelas kitaorang. Semuanya sama dan semuanya rapat. Senior year yang paling aku rindu.

Being a senior is the best thing in high school, always :')

Dengan ini, teman hendak mengambil kesempatan. Hoish, jangan fikir lain la! Kesempatan untuk menyampaikan pesan jek hikhik. Kepada junior yang masih bersekolah, hargailah zaman persekolahan korang. Nak enjoy jek, tak ke mana jawabnya. Sebagai contoh, gua ah -,- Sila gelakkan gua beramai ramai. Dah dah, cukup la tu. Amalkan cara belajar yang elok. Pilih kawan yang elok. Isikan masa lapang dengan perkara yang elok. Senang cerita, ambik yang elok elok belaka saja! Okay ke takpa? Hikhik.

Sekian, terima kasut.

" Sama - sama stokin! " , ada orang jawab.

Heh alapak!

.

4 comments:

muiedulkhilafah afi said...

Muka aku dalam gambar tu macam menatang. Dalam gambar tu jela, dalam gambar lain macam brad pitt :D

Fara Dee said...

Hahahahahaha sumpah aku gelak sorang sorang dalam bilik ni hehehe jangan nak perasan sangat la kan. Ish haha.

Pengumuman : Ini lah Encik Qahhar kita. Peace sikit! Hikhik :p

muiedulkhilafah afi said...

(Y) Nama saya Abdul Qahhar ye. Saya single :) Haha

Fara Dee said...

Kan dah cakap, Qahhar memang market hahahaha.

Sila sila, beliau diakui single :p