Saturday, April 2

Tukar Angin

Assalamualaikum.

Minta maaf ler sebab tinggalkan belog ni bersendirian, tak berhapdet hapdet. Almaklum la busy woman la katakan. Cehhh, busy apa ke benda nya, penganggur sepenuh masa kott -,- Ye ye, aku terlalu malas untuk mencoret.

Hari ni dua haribulan April dua ribu sebelas. Alhamdulillah, aku masih bernyawa, masih bernafas untuk mengharungi perjalanan hidup yang lebih mencabar. Benar, perjalanan itu sedang menanti aku. Aku cuma perlu menunggu lampu isyarat saja. Sama ada hijau atau merah. Kalau hijau, aku akan terus pecut. Laju, tanpa menoleh ke belakang. Kerana aku mengejar si bintang dan si bulan. Jauhnyaaaa. Mampu ke aku nak gapai semua tu?

Hm entry aku yang terakhir membicarakan alkisah perihal espiem. Entry aku hari ni pulak merupakan sekuel episod espiem tu. Apa kau ingat cerita Zombie kampung pisang je ada sekuel? Aku punya pun ada tauu. Cuma pelakon tambahan Usop Wilcha je takda. Har har. Apa lagi, cer baca cer baca apa yang aku nak tulis ni :p

Okay, habis.

Aku pasti ramai bebudak batch espiem 2010 dah kena virus fenin fenin lalat dah. Yang dah sambung belajor tu tak kira. Pergh, kalah virus dekat kampung pisang waa cakap lu! Maap, tersentuh pulak pasal cerita Mamat Khalid tu. Ala rilek la derr. Tersentuh sikit je. Tak rabak la. HAHA.

Semua orang dok sibuk menanya, " Hang nak ambik kos apa? "

Yang aku dok sibuk menjawab, " Alaaa kosmetik je! "

Haa amacam? Gempak tak iteww? Hehe. Aku malas bebenor nak fikir hal pelajaran ni sebab, hm aku rasa macam tak ready lagi. Boypreng aku ada kata, di mana ada kemahuan di situ ada highway. Alaa, Shaheizy Sam tu la boypreng aku. Sorry la tak kecoh satu dunia. Esok lusa, jemput datang kenduri ye. Umur dah besau, boleh kahwin weeee *Gatai, masak pun tak gheti hehe. Macam mana aku nak jumpa highway aku? Nak nak dengan keputusan aku yang A dia tak berapa nak lurus ni. Sesat, tak tahu cari jalan balik. Masalah problem dah.

Aku ada jugak pergi buat lawatan dekat Ekspo UiTM tu. Siapa pergi sila tunjuk gigi sekarang! Tengok tuuu, cik Fieona Sky kita dah tersengih sengih dah tu. Mana taknya, dia ler yang pakai tudung hijau hari tu. Bersinar sinar bak cahaya kupu kupu *Eh kupu kupu ada cahaya ke? Argh, abaikan. Hikhik. Sampai sana, pergh ramai gilo orang! Memang satu dunia ke apa nak datang. Mak bapak pun join sekali. Tu yang bertambah tambah kesesakan lalu lintas tu. Ye ye aku tahu, mak bapak mesti la kena ada. Nak memantau perlakuan anak anak. Lagi lagi si dara pingitan. Nanti kena ngorat ye dok. Hahaha. Kalau spesis perempuan macam aku ni, konfem takda orang nak cuit cuit. Apadahal?

Nama pun ekspo, aku dengan Rayhan menjelajah la satu dewan UiTM tu. Kejap berhenti stesen perniagaan, kejap berhenti stesen perubatan, kejap berhenti stesen farmasi, kejap eh deyyy berapa banyak kejap dah okay tipu. Paling lama berhenti dekat stesen Sains Sukan dan Mass Com. Nak buat macam mana, abang sains sukan tu handsome sangattt. I loikeeee! Aku ingat nak stay je dekat situ sampai kesudah, sekali bila abang tu senyum. Shining daaa. Silau mata aku. Faham faham je la apa masalah dengan gigi abang tu. Terus cancel nak mintak no tepon tauuu.

Jalang jalang dekat sana, mula la nak jumpa macam macam orang. Mamat mamat minah minah yang hotsetapp pun bersepah. Tak tahu pulok UiTM tu udah rupa Pavi. Oppsss. Aku pun terserempak terperanjat tertaksangka terehhhehh dengan Zakwan, si muka nakal *Jangan tanya kenapa panggilan sedemikian diberikan kepada beliau, ini tontonan 18sx harap maklum. Ayat pertama yang terkeluar dari bibir manis beliau yang setakat tanam tebu di tepi bibir tu bila jumpa kitaorang,

" Fuhhh, seksi baiii! "

Haa kan aku dah bagi amaran, untuk tontonan orang dewasa je. Cenggitu la Zakwan. Tak habis habis dengan pengakuan jujur beliau yang berunsurkan @#$%^&! Dah jumpa, pot pet pot pet la kitaorang. Gelak tak ingat UiTM. Tahniah ye Zakwan dapat result hebakkk. Kalah gua. Ish mencik! Huhu. Alang alang Zakwan ada, kitaorang pun lantik dia jadi fotografer yang tak bertauliah. Ala pun boleh la, asalkan beliau senyap, tak minta balasan. Kalau tak, beliau nak balasan yang gitu gitu jek. Benda lain taknokkk. Tak sedap katanya! Hahaha. Behave behave.


Ye ye aku tahu hasil Zakwan sangat tidak memuaskan. Syukur je la apa yang adooo. Inilah kembar gua. Cuma lain mak bapak, lain adik beradik, lain saudara mara, lain rumah. Penat je la korang baca. Yang samanya, cuma minat je. See? Suweet kan pakai baju sama sama heee biarlah aku nak gedik pun. Kau hado? Bhahahahaha.

Cop, aku rasa aku dah melalut jauh ni. Back to title!

Puas aku meneliti brosur brosur yang aku dapat dekat UiTM tu. " Macam macam ada" , kata Astro. Serius, kali ni bukan main main. Bukan cobaan, bukan gurauan. Hm malam tu fikiran aku kusut. Lagi kusut dari rambut aku. Lebih jiwang dari orang bercinta. Mandi, makan semua tak rasa la! Apa? Bagaimana? Bila? Di mana? Adoiii, boleh tak kalau universiti dekat Malaysia ni ada satu je? Kan senang. Omputeh kata, end of story.

Akhirnya aku buka jugak laman web UPU tu. Segala kemalasan aku tu aku dah buang jauh jauh. Aku ngedate dengan Mister Rajin je sekarang. Dah lama dah aku biarkan bersawang sejak kali terakhir aku jenguk UPU masa zaman fasa satu dulu. Dunia pun dah maju, jadi aku kena beralih ke zaman fasa dua. Kena bagi UPU tu ready, takkan nak biarkan dia noob jek bak kata bebudak sekarang. Haish. Jari aku pantas tuntas menaip, menekan benda apa yang patut dekat skrin laptop acer kesayangan aku tu. Saat saat nak isikan ruangan pilihan IPTA tu, jari aku pun jammed. Argh, lantak lah! Monolog aku sendirian. Terus aku pilih pilih kemudian shutdown. Takpa, buat rilek je. Baki kemaskini full lagi.

Nak tahu ke kos apa yang aku pilih? Eh bukan kosmetik la! Tu sarcasm je. Macam dalam cerita lawak yang dekat Astro warna tu. Ala ala yang Afdlin Shauki pandang atas, then letak tangan kat bahu. Haa tang tu la. Ish. Aku tak berapa nak layak mohon kos yang bapak-hebat-la-siakk-punya. Biasiswa pun aku tak layak nak mohon. Malu nak mintak duit dekat JPA dan Mara. Nanti kena reject, aku jugak yang menangis mengadu domba :'(

Ni jer yang termampu :

UM - Asasi Sains Hayat
UIAM - Asasi Sains Hayat
UiTM - Diploma Kejuruteraan Kimia
UiTM - Diploma Farmasi
UiTM - Diploma Fisioterapi
UiTM - Diploma Mikrobiologi
UiTM - Diploma Pengimejan Perubatan
UiTM - Diploma Sains

Abang kakak senior, okay ke takpa pilihan saya ni? Minta tunjuk ajar ye. Aku mengaku, aku memang cetek ilmu dalam bab bab pelajaran ni. Tapi, aku dah baca dan dengar asal usul liku liku kos yang aku nak ambik ni. Hm takut pun ada. Gila ke apa kalau aku tak takut? Nak masuk U ni! Kalau silap pilih bidang, mampuih la gua. Mana gua nak cari makan -,- Macam mana dengan calon lain? Korang pilih apa? Mai la kongsi. Jangan malu malu ek. Malu bertanya, sesat jalan. Okay takda kena mengena peribahasa tu.

Ya Allah, kau tunjukkan la jalan yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya engkau lebih tahu. Aminn :')

.

4 comments:

ana :D said...

yg citer dlm astro warne tu OH YEAH. haha kau pun tgk? sumpah lawak kan! sentap hati mak nak. HAHA.

Fara Dee said...

A'ah hahaha kan kan? hehe paling tak boleh blah betul! HAHA

Ajim Jimkimjat said...

pro tips : always try hard utk dapatkan course yang betul2 minat. by betul2 minat, i mean gile babi punye minat. be decisive, jgn buang masa.

nasihat dari mamat nk abes diploma da awal may nih. haha. good luck.

Fara Dee said...

Oh course yang saya pilih ni semua berdasarkan minat, kelayakan dan peluang pada masa hadapan. Hehehe. Thanks Azim. Goodluck for your future! :)