Sunday, April 24

Penangan Demam B

Assalamualaikum.

Aku berpendapat entri hari ni melibatkan isu sensitip. Bagi sesiapa yang mempunyai sifat suka mengkritik, silalah berjalan keluar melalui pintu X. Kang tak pasal pasal ada yang mengutuk aku. Padahal dah bagi amaran dah. Hoish sabor je laa ~

Pejam celik pejam celik dah seminggu dah masa berlalu sejak dari kali terakhir aku hapdet. Kesian belog ni, berhabuk. Takpalah, aku dah bersihkan sikit sikit dah. Warna ungu masih berseri seri. Gambar tuan empunya belog pun dah tukar. Pengisian biodata penulis pun dah berubah. Aicehhh.

Aku sebenarnya demam seminggu ni. Tu yang lupa dekat belog kejap *tapi Twitter aku ingat pulak ek hahaha. Haa cakap pasal Twitter, aku telah berjaya mempengaruhi Rayhan, Fatin dan Hazarul untuk menyertai kelab Twitter sedunia. Haha. Atas dasar jasa baik aku, maka terciptalah tiga akaun Twitter mereka :

@RayyHanna
@Fatinnazzy
@HazarulSuhaimi


Terima kasutlah dekat aku. Esok lusa jangan lupa belanja McD yep. Hikhik. Deyy apa tunggu lagi, pi follow depa. Pi main tweet tweet jauh jauh naaaa. Daaaa. Eh banyaklah pulok aku melalut. Yela, sambung.

Demam aku okey sikit dah. Puas jugak aku ke sana ke sini, mengkaji simptom simptom dan sebab musabab aku dapat demam ni. Maklumlah bakal doktor kan. Kena la pandai rawat diri sendiri. Hahaha. Berangan betul aku ni. Takpalah, abaikan. Rupa - rupanya virus ni dah lama dah bertapak di muka bumi. Cuma aku je yang lambat dan lembab nak terkena virus demam yang pelik ni. Mengikut nama sainstifik atau nama sasteratifik nya, virus demam tersebut digelar sebagai,

BIEBER FEVER (!)

Yeah mannnn. Siapa sangka minah berlagak kerek dan sentimental macam aku ni boleh minat Justin Bieber? Haha. Sebelum ni, aku biasa biasa je dengan JB. Tak minat dan tak benci. Yang aku tahu aku obses bebenor dengan Paramore selama ni. Tapi sejak Zac dan Josh Farro keluar dari Paramore, keobsesan terhadap mereka menurun sikit. Lagi lagi bila Paramore takda single baru. Apa pun, aku akan support Paramore sampai bila bila. Loveyou, YelyahWilliams.


Isnin lepas, aku keluar beronok - ronok *pinjam ayat Qahhar* dengan Fatin dan Mira. Ala Mira sepupu Acap tu. Hahaha. Tak kemana pung aku gerak, pergi TS je. Dah lama tak jejakkan kaki dekat sana. Adalah setahun lebih gamaknya. Memula aku taknak pergi bila memikirkan status kewangan yang kejap goyah, kejap stabil. Fatin pulak beriya iya suruh aku pergi, menggantikan teman teman dia yang dah cancelkan plan tu. Dah plan, nak cancel cancel pulak. Pape entah. Tak hapam aku. Jadi, aku ikut jugaklah. Pun bolehlah keluar bertiga. Santekkk.


Dah habis aku shopping bagai dekat sana, aku tengok wayang filem Justin Bieber Never Say Never 3D. Punyalah sunyi panggung tu, tak terkata aku. Tak pernah rasanya aku masuk panggung wayang yang ada dalam 10 -12 orang je. Haha. Untunglah pergi hari Isnin kan, puihh. Aku tak expect apa apa sangat masa nak tengok cerita ni sebab ia berunsurkan dokumentari. Lebih kurang macam rancangan THS - True Hollywood Story tuu. Alaa dalam E News tuu. En en. Aku pung buat rilek, pakai spek 3D, silang kaki, sandar badan dan layannnn ~


Sumpah aku menangis masa tengok filem tu. Kau nak gelak? Gelak la har har. Ya, memang. Aku menangis kerana Bieber. Aku terharu. Kisah keluarga, minat terhadap muzik yang mendalam, sikap yang tak pernah berputus asa, rasa kasih sayang terhadap peminat, penat lelah yang tak dihiraukan semata mata nak hiburkan orang.

Kau tahu ayah dia tinggalkan dia masa dia kecik? Kau tahu dia masih nak menyanyi dengan kaki dia yang berbalut? Kau tahu dia berdegil nak teruskan persembahan walaupun doktor kata tekak dia berisiko untuk luka? Kau tahu dia terbaring semalaman dalam bas, mengenangkan dia dah kecewakan peminat dia? Kau tahu dia belajar Kimia dan Biologi dalam bas ke sana ke mari sambil buat tour? Kau tahu dia dermakan sebahagian duit dia untuk penduduk Jepun? Kalau kau tahu, baguslah.

Bagi aku, dia bukan sebarang penyanyi. Ada ke orang cakap yang sesiapa yang minat JB tu jenis yang tak tahu apa itu muzik. Kepalaotakkauberjambul. JB pandai main macam macam jenis alat muzik. Piano, gitar, drum argh banyak lagi. Kau ada? Ada tak? Then, JB ada minat menyanyi yang mendalam hinggakan dia boleh menulis lagu sendiri. Do some research before you make fun of him yo! Kehidupan JB tak seindah yang macam kita fikir. Perangai JB tak seteruk yang macam kita sangka. Dia adalah budak normal, sama macam kita!


JB memang handsome kan? Aku suka rambut pendek dia sekarang, Hee. Hm aku tak kisah orang tak suka JB, cuma aku harap jangan nak memperkotak katikkan kebolehan dia. Bukan setakat tu, orang nak perli perli aku yang minat JB ni apadahal? Benda ni sama je kalau aku kutuk artis favorite korang, mesti korang tak selesakan? Qahhar, kalau aku kata Ana Raffali gedik, habislah kau marah aku seminggu kan kan kan? Haha. Minat adalah hak masing masing. Tolong bagi kehormatan sikit ek? Gua hormat lu, lu hormat gua. Beres derr.


Aku terkilan, tak dapat pergi konsert JB. Habis menangis bengkak bengkak mata, tidur termimpi mimpi JB. Takpa la, mungkin satu hari nanti impian aku nak jumpa JB akan tercapai jugak.

Because there's gonna be times where people tell me that I can't live my dreams. This is what Justin Bieber tells me : Never say never !


6 comments:

meyra said...

alamak!aku nak menangis lagi bila kau tulis mcm tu,yess aku sokong kau 400%.you did it mann!thanks buat entry ni sbb aku malas nak buat sbb demam aku tak habis lagi hikhik.LAGU TU FUYOOOOO <3

Fara Dee said...

Yeah man! Oh yeke? Patutlah tengok belog kau kosong je. Hahahaha. Eh biasa. Down To Earth, sedih doh lagu tu. Hari hari before tidur, mesti dengar lagu tu dengan lagu Love me :')

Diyana said...

alaa,x tgk lagi cerita ni tapi rambut dia sekarang best

Fara Dee said...

Eh cepat pergi tengok. NSN sumpah terbaik! Tak rugi untuk belieber dia tengok! Haa kan? Rambut dia dah okay sangat, kemas and sesuai dengan umur dia. Justin Bieber dah 17 kot, besar dah! Hikhik.

BIEBER FEVER ! :)

muiedulkhilafah afi said...

Sekarang aku dah ada bini baru. Alexandra daddario. Ana raffali cerita lama. Peace ! Hihi

Fara Dee said...

Hah pulak dah? Cepat betul kau lupa Ana Raffali menon. Hahahaha peace la jugak! hee :)