Thursday, April 14

Lampu Hijau Untuk Lelaki

Assalamualaikum.

Aku rasa sorang dua mesti dah maklum yang aku kini kembali hidup bersendirian. Cehhh, ayat paling tak boleh potong betul. Haha. Begitulah gamaknya. Aku sekarang dah SINGLE. Jelas tak jelas tak? Jelas kannn. Hikhik. Orang kata belajar dari kesilapan dan itulah yang aku tengah belajar sekarang. Mengimbas kembali kisah lama dan membina semula angan angan untuk masa depan. Ye dok?

Aku dah teliti balik dah senarai kriteria yang patut ada pada putera idaman aku. Makin ketat, makin sendat. Haa tu lah, siapa suruh buat aku kecewa. Nasib la. Memang susah nak tackle aku lepas ni. Hakhak. Okay aku perasan. Siapa yang nak suka aku pung. Sob sob.

Sebelum ni orang selalu tanya aku, " You suka lelaki yang macam mana? "

Aku pulok jawab, " Entah la. I tak kisah pun. Asalkan pandai ambil hati I. "

Tengoklah tu. Betapa mudahnya nak jadi lelaki yang aku suka. Disebabkan itu jugaklah, aku jadi macam sepah. Bila dah habis ambik madu aku, buanglah aku merata rata. Dulu masa nak tackle aku, bukan main manisssssssss lagi ayat kau. Bila dah dapat aku, kau tolak aku sana sini. Bila kau nak, kau cari aku. Bila kau taknak, kau tinggalkan aku. Menon!

Maap, aku beremosi.

Semalaman aku berfikir. Siap ambik kertas, ambik pen lagi. Nak catat lelaki yang macam mana aku suka. Semangat gilo. Sampai tak lalu makan, mandi tak basah, tidur tak nyenyak tauuuu! Hikhik. Okayy tipu jek. Jangan marah yep. So, apa sajalah kriteria kriteria lelaki yang aku suka?

#Lelaki yang ada sense of humor.


Aku mudah sangat jatuh cinta dengan lelaki yang pandai buat lawak ni. Macam Zizan. Haha. Tak kira la lawak bodoh ke apa, janji boleh buat aku gelak, santekkk. Tapi lawak LUCAH, aku banned ye. Aku cakap awal awal ni, kasi amaran sikit. Kalau kau ada baca entri aku yang sebelum ni, aku dah mention dah yang aku ni memang suka ketawa. Tak syiokk lah kalau aku bergaul dengan mamat yang serius macam tiang. Entah pape entah. Kan? Hm humor ni memang nilai semulajadi. Kalau kau takdok, tak payah la nak try buat lawak dengan aku. Memang aku bagi muka kerek jek. Serius waa cakap luuu. Haa cukup kerek tak muka aku tu? Hikhik.

#Lelaki yang kemas.

Lagi kau skema, lagilah aku suka. Haha. Aku tak berapa nak gemar sangat lelaki yang selekeh ni. Bagi aku, kalau nak selekeh pung, biar kena. Contoh, setakat pakai seliper pi lepak dengan aku dekat belakang rumah. Takda hal la beb. Sebab aku pun macam tu. Hahaha. Apadahal kann? Bab rambut pulak, adoi memang menyampahlah tengok lelaki buat style rambut Nora Danish. Tutup tutup dahi bagai. Apa, ingat hensem ke? Manaaaaa, aku takut kau juling je kemudian hari. Taknak aku. Ngehngehngeh. Better kau biarkan rambut kau hidup semulajadi. Tak payah pakai gel ke apa, sikat je ke belakang. Habis cerita.

#Lelaki yang boleh speaking.

Tak banyak, dapat speaking sikit sikit pun jadilah. Haha. Bukan apa, dalam hidup ni, tipulah kalau kita tak guna langsung perkataan bahasa Inggeris. Kadang kadang kita tak dapat nak explain something kalau tak speaking omputeh. Tak tahu, tanya aku. Boleh belajar dengan aku. Jangan jadi bodoh sombong and pakai ayat omputeh tunggang langgang. Nak cakap I love you je yang lepas. Tak romantik ah. Nak jugak cakap I'll always love you, no matter what. Haa baru laaa lebar senyuman. Lapyoulah! Hikhik.

#Lelaki yang TIDAK merokok.


Aku tok pehe la dengan lelaki hok yang suko merokok ni. Rokok tu dahlah haram, takda kebaikan malah membawa 1001 keburukan. Cuba ikut macam Ammar. Tak main ah rokok rokok ni kan kan? Hee. Aku dah tanya dah bapak aku apsal dia hisap rokok. Dia boleh bantai jawab dengan sempoinya ibarat angin sepoi sepoi bahasa, " alaa hobi! " Pergh, memang menyirap aku. Ayah tu dahlah tak berapa nak sihat. Cubalah dengar cakap bakal doktor ni, berhenti merokok boleh tak? Grrr. Aku paling pantang bila aku tengah lepak then suddenly, ada la hamba Allah nak main hembus hembus asap. Hak alah! Memang hangin la gua! -,-

#Lelaki yang banyak cakap.

Lelaki yang suka cakap dengan banyak cakap ada bezanya tauu. Haa please pikir sendiri ek? Hikhik. Aku ni memang kuat mengadu sikit. Eh bukan sikit, mengadu banyak. Haha. Jadi bila aku bercerita, aku nak orang yang boleh bagi respons. Yang boleh ulas setiap ayat or setiap soalan yang aku tanya. Takda la bila aku membebel sikit punya panjang, kau balas K. Apa kau ingat kita dalam kelas Chemistry ke apa? Dasar potassium betul.

#Lelaki yang cool.

Okay tulun jangan salah faham. Maksud aku untuk lelaki yang cool ni ialah lelaki yang bijak mengawal emosi. Bukan yang stok hotsetapp punyo yang bajet cool. Ahakz. Belakangan ni, aku malas nak layan lelaki yang suka sentap, suka terasa. Adoi, kalau dah lelaki, buat cara lelaki boleh tak? Ini tidak, hanya sebab ada lelaki lain yang tengah on the phone dengan aku and then kau call aku asekkk dalam mood waiting jek, kau nak merajuk bagai. Kau siapa nak merajuk dengan aku? Member je pung. Kalau kau boyprengg aku, haaa aku ngerti dong. Oh ya, lagi satu, jangan nak tunjuk sangat la baran kau dengan aku. Aku tak hairan. Boleh jalan laa kau.

#Lelaki yang jujur.


Sebenarnya, aku benci lelaki yang menipu. Maka janganlah sesekali kau menipu aku. Andaikata ada kau menipu aku, tolonglah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Aku akan ungkit kesalahan kau tu sampai bila bila. Selalunya bila aku couple, aku akan cakap awal awal apa yang aku nak and apa yang aku tak suka. Takat tu je, lepas tu aku takkan ulang lagi dah. Aku cuma akan perhatikan jek perangai kau. Sekali kau menipu aku, memang silap. Lagi lagi pembohongan kau tu berkenaan dengan apa yang aku tak suka. Gua tunjuk hidung kat lu!

#Lelaki yang ada cita cita.

Sesetengah orang cakap, tak bagus kalau kita suka berangan angan ni. Hm tapi aku tak kisah pung. Aku suka lelaki yang bagitahu aku pasal angan angan dia. Cita cita dia. Apa yang dia rancang untuk masa depan dia. Walaupun aku tak termasuk dalam kotak fikiran masa depan dia tu. Haha. Nasib laaaa kan. Lelaki kena memimpin, jadi kena ada hala tuju hidup. Serius aku cakap, aku tak ambik tahu sangat dengan lelaki yang merempit sana sini. Malas belajar. Eh masalahnya bukan sama ada kita pandai ke dok. Masalahnya sama ada kau nak ke taknak jek. Di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Belajar elok elok, kerja bagus bagus. Baru boleh support bini. Gheti?

#Lelaki yang bertindik.

Hahahahahahaha bajet ah aku nak dapat lelaki yang bertindik. Kahkahkah. Aku tahu laa. Mana boleh lelaki Melayu bertindik, memang dasar haram kannn. Cuma aku berkenan sangat. Tak tahu la pasai apa. Dulu masa aku still kerja, aku selalu usha sorang budak Al-ikhsan. Memang comel lah. Hehehe. Segan iteww. Hari hari aku akan usha dia bila dia jalan nak pergi buang asap kat tangga. Satu hari tu, aku nampak bibir dia bertindik. Fulamak, keluar segala keterujaan aku. Mamat ni macam tahu tahu je aku suka lelaki bertindik ala ala Josh Farro. Haha. Tapi jangan ingat aku syok sendiri yek. Mamat ni pung rupanya selalu usha aku jugak. Cehcehcehcehcehceh.

#Lelaki yang gentle.


Normal lah. Perempuan mana yang tak suka gentleman. Sebenarnya, aku tak perlukan sangat segala sifat gentleman kau, cukup lah sekadar tahu macam mana nak treat perempuan. Orderkan makanan, bukakan pintu cinema, bagi tempat duduk. Kau lelaki, gagah perkasa. Risiko untuk kau mendapat bahaya pun kurang berbanding dengan perempuan. Jangan mengharapkan perempuan yang kena pergi jumpa kau, jangan mengharapkan perempuan kena topupkan untuk kau malam malam, jangan mengharapkan perempuan kena menunggu kau sorang sorang. Faham dok?

Cukuplah sepuluh. Udah udah, tak payah kira. Memang sepuluh je pung. Hehe. Kepada lelaki lelaki di luar sana, kalau anda merasakan anda mempunyai kriteria yang telah disebutkan dan mendapat kelayakan sepenuhnya, jangan malu jangan segan. Boleh tegur tegur saya di wall Facebook okay. Saya tunggu tauuu.

Perhatian : Ini adalah kriteria untuk lelaki yang saya suka sahaja. Buat masa sekarang, saya tak available. HAHA.

.

16 comments:

muiedulkhilafah afi said...

Akademi cari jodoh ke apa ni? Haha

Fara Dee said...

A'ah. Bagus kan? Kau nak join ke Qahhar? HAHAHA.

muiedulkhilafah afi said...

Boleh jugak. Ada kena yuran apa tak? haha

Fara Dee said...

Takda pung. Free of charge! Hahaha :)

muiedulkhilafah afi said...

Great ! Register lah nama aku sekali.
Ciri-ciri wanita idaman nak yang macam ana raffali haha

Fara Dee said...

Ehem ehem aku macam Ana raffali tak? Hahaha kayyy, aku tak pandai nyanyi hikhik :p

muiedulkhilafah afi said...

Pandai nyanyi tu penting bagi aku. Boleh dodoi aku bila aku nak tidur. Hahaha

.::ellynawambeck::. said...

omg budak cun nih single ?
ok you are mine baby ! :D

Fara Dee said...

Qahhar : Yekk aku paling geli la dengar dodoi dodoi ni! hahaha

Fara Dee said...

Yes Ellyna, I'm totally single! Zero. Hahahaha and you're mine too! hikhik :p

ainaMeer said...

huyyoh , ni bukan lampu hijau ni , ni lampu oren lagi ni sbb tak available lagi . haha

Fara Dee said...

Eh a'ah kan Aina? Hahaha tak terfikir lak hikhik peace! :p

Syafiq said...

huhu, i terdiam sekejap tadi ;)

Fara Dee said...

Err why? Kenapa terdiam? Haha.

Azim~jimkimjat said...

bagi laluan, hotsetap nk lalu. cewahh.

list comel haha.

Fara Dee said...

Whaddup Azim the hotsetap? hahaha ye ye je hikhik. list comel? eh yeke? manaaaaaaaaa haha terima kasih :)