Friday, July 15

Menanti Kepulangan Yang Dulu

Aku sebenarnya rindu dengan cara penulisan blog lama aku dulu. Aku tulis hampir apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku. Aku jadikan blog sebagai tempat luahan hati. Sebagai catatan harian aku. Andaikata ada yang berkenan stalker aku, memang mendapatlah kalau baca blog aku.

Tapi itu dulu. Dan aku masih sukakan yang dulu.

Itu menjadi salah satu sebab aku tukar appearance blog aku sampai jadi macam ni. Aku nak kembali pada yang asal. Tapi aku tak mampu. Reput ingatan aku macam mana aku setkan coding untuk template blog ni. Tak berani aku nak clearkan edit pada template.

Aku akan edit blog ni sekali lagi, dalam masa yang terdekat. Insyaallah.

Semua benda akan berubah. Entahlah, aku macam tak sukakan perubahan. Lagi lagi perubahan sifat manusia.

Ye kalau perubahan yang positif, baguslah. Thumbs up untuk kau.


Tapi macam mana kalau perubahan tu berlaku tanpa sebab yang munasabah?

Maaflah aku bangkitkan persoalan yang tak berasas. Aku cuma teringin nak tahu, kenapa?

Hm jujurnya, aku merujuk benda ni berdasarkan pengalaman aku. Pengalaman yang boleh aku kategorikan pahit. Pahit sangat. Sampai air jernih tiba tiba mengalir. Aku sememangnya seorang yang positif. Selalu akan setkan minda aku untuk sesuatu yang baik. Macam,

Semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Lama aku menunggu sinarannya. Aku nak buktikan yang tak sia sia aku pamerkan kesombongan. Tak sia sia aku pamerkan keegoan. Tak sia sia aku pamerkan kegembiraan PALSU.

Bergelak tawa depan kawan aku, tapi jauh dalam lubuk hati aku, ada hirisan yang masih berdarah. Penat aku dengar bebelan untuk melupakan, penat juga aku memaksa diri untuk melupakan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Pepatah tepat untuk menggambarkan aku. Diri aku yang fizikalnya kuat tapi mentalnya luluh. Aku tak berdaya. Nak saja aku face to face dan ajukan soalan tu. Letih aku mencuba, namun respons yang aku dapat ibarat angin.

Angin pernafasan yang keluar dari mulut bila diri berbicara tanpa suara.

Senang cerita, respons yang aku inginkan disimpan rapi dalam bicara hati. Hanya hati dia. Macam mana dengan hati aku? Kisah hati memang rumit. Sebab itu aku na
k merungkaikannya.

Kalau tak berniat nak mencuri kunci hati, kenapa kau ketuk pintu itu? Kalau tak inginkan ada rantaian bertaut pada kunci itu, kenapa kau rapatkan kepingan hati yang dah lama pecah? Kalau tak mahu ada jurang antara kunci dan hati, kenapa kau tak pernah cuba untuk hilangkannya?

Kau makin jauh, jauh dari aku. Sama macam perilaku orang asing yang tak pernah aku kenal. Luruslah aku kalau aku berharap kau merasai benda yang sama. Cukuplah sekadar kau memberi jawapannya. Kenapa kau berubah?



Aku rindukan kau yang dulu, R.


No comments: