Wednesday, August 31

3-in-1 day!

Hari ni hari raya, tapi dah hari raya kedua. Hari ni hari merdeka, tapi yang dah ke 54 punya. Hari ni hari blogger sedunia, tapi dah hampir terlupa sebab blogger yang macam aii ni hamboi malas benor nak update. Peace (Y)

HAPPY EID MUBARAK
HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA
HAPPY WORLD BLOGGER DAY

Dah habis dah wish. Niat di hati hari tu nak update something time malam raya kan? Soghie, bukan malas, bukan busy, bukan lupa but tak tahu nak coret apa. Dah buka dah blogger.com. Dah tekan dah new post tapi masih kosong je kotak new post tu tak berisi. Bingung memikirkan apa yang hendak ditulis masa malam raya cenggitu? Dahlah bertapa di rumah saja, langsung tak keluar tengok bulan menjelma. Cuma handphone saja yang tak letih berbunyi, menyampaikan salam raya.

Tapi, masa malam raya tu je la. Sekarang okay sikit dah.

Kalau semua orang sibuk bangun pagi pagi ambik gambar raya satu family then pergi sembahyang raya lepas tu makan ramai ramai after that keluar b
araan raya rumah orang, saya nyenyak tidur atas katil. Hikhik. Malam tu tidur lambat as usual, then bangun pun dalam pukul 11. Tefakkkk, loser gila kan aku. Raya pun macam hari biasa je. Tapi kerakusan raya masih ada. Lepas dah siap comey comey semua, pergi raya dekat KL! Beraya dengan family belah Ayah. Cool tak kitaorang? Raya KL je beb. Jauh jauh nak pergi mana kehkehkeh.

Ayah saya lahir Kelantan, maka keturunannya memang dari Kelantan. Masa berhimpun tu, hampir semua orang cakap loghat Kelantan. Saya faham apa yang dio
rang cakap sebab dah biasa dengar dah. Dah lali dah. Tapi yang buat saya sedih, SAYA TAK RETI PUN CAKAP KELANTAN(!) Oh sadis. Sangat sadis. Ayahlah ni. Tak menerapkan nilai nilai Kelantan dalam hidup kami sekeluarga. FYI, saya suka orang Kelantan, yang pandai cakap Kelantan. Ohyeah!

Adik beradik ayah semua duduk KL, entah macam mana Ayah je ya
ng sesat duduk Shah Alam. Bila time raya cenggini, memang kitaorang la yang kena bergerak ke sana. Kan susah dah? Lain kali cari rumah kat KL ye Ayah. Barulah saya boleh jadi anak ibu negeri Malaysia! Budak bandar kot, duduk KL kot. Fullaweyh, habis bangga sampai kembang kembang hidung. Tapi bila bab jalan raya, memang sampai bila bila pun taknak duduk KL sebab jammed jammed jammed. Kesian orang KL kan? Hikhik.


One thing yang best kalau raya dengan family Ayah is,
dapat duit raya kaw kaw punya. Itulah sumber mata wang aku time raya ni. Haha. Sakai je ayat. Yela, serius kot. Sebab mostly, family Ayah macam kaya kaya sikit. Bukan kaya banyak ye, kaya sikit je. And cousins pun ramai yang dah besar, dah kahwin and ada kerja baguih. Jadi nak taknak dorang kena ler bagi duit raya dekat budak yang masih belajar macam saya ni kan kan. Amount tu pun kena lebih sikit sebab dah berakal. Hikhik. Aku setuju sangat dengan amalan yang, makin besar budak tu, makin banyaklah duit raya kena bagi. Renung renungkan, dan selamat beramal!

Still, duit raya belum kira lagi. Ada terselit selit dalam handbag. Nanti lah kira, kan? Bila dah terdesak, takda duit dalam dompet, baru lah boleh gelabah buka sampul duit raya, tengok berapa yang adoooo. Ngehngeh. Memang seharian lah beraya semalam. Letih memang letih tapi takpa, sebab dapat makan (Y) Haaa tang makan ni, bereskan dekat aku yo. Sumpah, aku makan banyak gila semalam. Setiap rumah, aku ada selera nak makan. Orang sibuk surrender kekenyangan, aku sibuk cedok lauk sana sini. Hikhik. Siapa cakap aku tak cukup makan? Nak kena karate? Try ah?

After balik rumah, aku hibernate je. Bangun bangun, layan cerita Nur Kasih The Movie. Setahu aku, bukan ke TV3 tawarkan cerita lain masa hari raya pertama? Mungkin dia tukar saat akhir kot. Yelah, semua movie yang TV3 nak tontonkan, hampeh! Semua movie lama and dah tengok dah pun -.- Tak surprise langsunglah TV3 ni. Bukan nak lebihkan yang swasta, tapi Astro jugak yang bagi banyak choices. Sampai tak tahu nak tengok cerita yang mana satu. Sorry. Eh, apa aku merepek pasal tv ni. Abaikan abaikan. Malam tadi pun tidur lambat lagi. Aku tidur dekat ruang tamu je. Atas tikar je tau. Orang lain tidur dalam bilik. Tu lah, dah mengantuk sangat sampai tertidur dekat luar. Takpa lah, baru hardcore sikit kan.

So, sekian sahaja cerita Hari Raya Pertama aku. Tak ambik gambar pun, boringlah kan. Kau punya raya macam mana? Updatelah, later I will baca alright. Adios!


Monday, August 29

Sunday is more than a sunny day

Hari ni hari Ahad kan? Walaupun sekarang dah pukul 1:27 am dan tarikh pun bertukar ke 29 haribulan but still, hari Ahad kan basically? *degil

The whole day spent my time dengan besties saya dari kecik, Fating! Hikhik. Kenal dia since dari umur 6 tahun and tak pernah berenggang sampai sekarang walaupun tak sama sekolah, tak sama geng, tak sama pelajaran, tak sama rumah argh semua tak sama la. Tak kisahlah macam mana pun, still berhubung macam biasa. Barulah namanya tr
ue friend kan :')

Actually not really plan nak keluar sebab masing masing pun busy tak tahu buat apa and takda bincang nak keluar pukul berapa. bagaimana, di mana dan sebagainya. Honestly aku suka benda yang tak dirancang. Contoh macam esok nak keluar, kau tiba tiba je call, weh jom lepak esok. Aku pun alright. Lagi best dari plan lama lama berbulan bulan cerita gebang, last last habuk pun takda. Tinggal sarang labah labah je.

Semalam tidur lambat sangat sangat then text Fatin suruh kejut if dia
nak keluar esok sebab at the day, saya memang hibernate macam badak hijau. Still ingat masa tidur tu, dengar bunyi phone. I thought bunyi handphone orang sebelah yang bising macam nak mati and buat bodoh tarik muka terus tidur tak ingat dunia. Sorry, was too mamai at that time but at last aku terjaga jugak kan Fatin? Only after 14 missed calls LOL.

So we went out around 12, to Sunway Pyramid. Well hello hello nice meeting you again, Subang. Long time no see ya. Kinda miss ya. Sorry have been away for
three months ya. Sobs sobs. As usual buy our wayang tickets first then go shopping and shopping like rich women (Y) Oh oh oh guess movie apa yang kitaorang tengok? For sure la, one and only,


Wohoooo excited gilo nak tengok. Been craving dalam Twitter nak t
engok nak tengok FD5 lol akhirnya dapat jugak kesempatan nak tengok. Eventhough dalam puasa err hm sorry kalau dianggap macam tak menghormati holy month, err peace. Have a nice seat and just chillin and enjoy the excitement! What can I say about FD 5? Awesome I tell ya. Go pergi tengok for those yang belum tengok lagi! But I warn you, please tutup mata awal awal and get ready untuk adegan yang tak dapat nak dijangka. Scary, thriller and creepy. Oopss.

Bla bla bla from one store to another store, find shoes bags clothes pashmina and everything. It's a girl thing, orang laki mana faham kan. Orang laki tahu masuk satu kedai and terus beli without tengok harga ke, diskaun ke, ada koyak ke apa ke, asalkan jenama baik punya terus rembat pi bayar. Tapi ada satu benda yang wajib untuk orang laki ni, fitting. Kan kan kan. Tak faham la kenapa perlu fitting walaupun dah tentu tentu muat. Cuba tiru macam saya, tak fitting pun okey! *malas


Duduk dalam Mcd almost for two hours before waktu berbuka sebab nak cop tempat siapa cepat dia dapat siapa lambat dia melepas. Apa pun, patience will always reward us with something good. So we ate Big mac yum yum yum and I was having a nice conversation with Fatin about my love and her love story awww. She laughed at my crush's name. Babe, however the name is, the guy is still hot! Kehkehkeh. Omey, Fatin nak jumpa dengan awak. Haa acane? Boleh ke takpa? :D

I bought two shirts, well not really shirts entah tak tahu nak panggil macam mana sebab baju dia macam wavy wavy and loose cut. A blouse maybe? Okay leave that one. Satu baju warna peach and another one warna merah+kelabu+hitam. Ada 3-in-1 punya colour. Dahsyat kan. Tengok orang lah hikhik. Puas hati sangat sangat, just spent rm50 for those baju. Truth to be told la, saya ni bukan brand conscious society. I just wear anything yang cantik and nice on me. Aware of myself, saya tak banyak duit FML.

After iftar, shopping a lil bit and straight away balik. But dalam straight away balik tu pun, we had to wait for the bus like for 30 minutes and KTM lagi, for another an hour and a half (!) Terpaksa la reach home after 10 pm. Haiyoo, macam mana Malaysia nak maju kalau public transport cenggini pun lambat? #justsaying

Mesti bosan kan baca pasal jurnal outing saya? Soghie. Esok last puasa. Tak baik marah marah tau. Esok kalau rajin, I will post something about raya okay? Insyaallah. Till then, toodles x


Friday, August 26

Walking following the beat

Hai. Fifi pernah cakap,

" Kau ni suka tukar tukar lagu dalam belog. "

Habis dah acane, banyak benor lagu yang best. Plus, boringlah on belog je, lagu yang sama. At least as followers takdalah rasa bosan tahap gaban but aku yang admin untuk belog ni.....k sangatlah muak bila dengar lagu yang sama sebab asyik reload page je bila ada post baru. Ngehngeh.

Ingat nak update pasal raya tapi macam awal sangat kan? Aku tak fahamlah kenapa orang dah start update status dekat fesbuk cakap,

Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan eh batin takda okaybai!

Ey ey ey raya tu confirm pun belum lagi tau. Pakcik tua yang selalu duduk atas kerusi dalam tv tu pun tak umumkan lagi yang esok or lusa ke raya. Orang yang pergi bukit nak tengok anak bulan tu pun belum lagi haa bertapa dekat situ. So kita sebagai umat yang i
nnocent ni, stay cool and watlek je la okeng! Puasa pun belum habis lagi kan? Tak sedih ke Ramadhan nak pergi? Apa kata kita sembahyang, doa banyak banyak so that insyaallah kita boleh sambut Ramadhan lagi tahun depan. Aminnn :)

Since masuk kolej ni, aku dah noob sikit. Dah tak up-to-date dah pasal new songs dekat radio ke apa. Dulu before nak SPM pun, sempat lagi study sambil menghadap MTV Hits dekat tv. Memang taiko la kalau pasal lagu baru ni kan, video klip pun laju je usha dekat YouTube. Cuma tang lirik je, malas nak cari and hafal. So kalau dengar lagu, aku tah
u miming je. Lirik memang haprak tak tahu. Haha. Apalah FD ni.

TAPI

Sekarang apa pun tak tahu la haih. Lagu baru ke lagu lama ke, semua bercampur. Asal sedap aku layan. Yelah, dekat asrama bukan ada tv nokkk. Nak dengar radio pun takda masa nokkk. Argh, sumpah sadis weyhh. Hidup macam apa je, dok menghadap buku. Kau bayangkan aku boleh tak tahu lagu Rolling In The Deep tu? Pernah dengar beberapa kali tapi tak pernah tahu tajuk lagu tu. Pernah usha satu video dekat fesbuk, junior aku buat cover lagu tu. Aku dah macam eeeeee sedapnya lagu ni, APA TAJUK DIA? -.-

Sibuk tengah buat soalan maths ERO dekat bilik iron, sekali fon Ezza berbunyi. Ringtone dia alamakhai lagu tu lerr. Terus aku macam beruk, excited macam hampir nak gila, menagih kasih minta gigi biru. So kita sambungkan melalui koneksi *macam lucah je* gigi biru and baru tahu tajuk lagu tu RITD and singer dia adalah Adele.

Kagumlah dengan suara Adele. Aku memang suka dengar suara pelik pelik ni.

Seriouslah cakap yang Im not that good in music. Aku bukan budak art yang dapat bezakan mana satu music yang dikatakan music or music yang dikatakan rubbish. Aku selalu terbaca ayat orang-yang-macam-cool cakap,

I appreciate a REAL music.

Well, acane real music tu? Ada ke fake music? o.O Hahaha macam tak je kan. Sometimes aku tak faham macam mana Hafiz boleh layan lagu hardcore. Aku pun boleh layan jugak tapi tak hard and core sangat sebab aku tak faham. Yang ada hanya benda alah bis
ing dan suara yang keep roarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrring tak habis habis. At least kalau macam lagu lagu System Of A Down tu boleh terima jugak sebab ada bit yang slow and laju gila babeng. Layan ~

Aku cadangkan dengarlah lagu lagu Paramore. Sememangnya boleh merungkai kekusutan di kepala anda. Hikhik. Pada siapa yang belum maklum lagi, Paramore memang favorite band aku. Aku admit yang aku tak tahu the whole thing pasal Paramore, so aku macam tak layak nak cakap yang this is my fav band. Nvm, more or less aku tahu lagu lagu Paramore, aku tahu album album Paramore and aku tahu ahli ahli dia macam mana. Takda la macam katak bawah tempurung sangat kan? Hayley Williams memang oh-some. Can't de
ny it. She's become one of the reason why aku adore Paramore. BOY (!)

(JB and Selena, please broke up officially)

Other than that, aku sekarang more to YouTube singer. Idk why. Even though dorang just nyanyi and buat cover from current song, still orang yang nyanyi di YouTube ni amazing. Damn amazing. Kau tengok je Justin Bieber tu. Style kan? Budak YouTube dari Canada and now dah jadi apa? HOTSTUFF weyhhh. Jangan main gila. Sama juga macam Najwa Latiff. Dulu almost everyday aku akan usha fesbuk fanpage and video dia. Aku takda YouTube account jadi memang haram jadah la kalau nak sucsribe. Aku paling suka cover One In A Million dan Bila Cinta. NL, awak buat saya jatuh cinta dengan both songs. Good job!

Sekarang, NL dah famous. Saya tak suka, sebab semua orang berebut nak minat dia.

Semalam text dengan yang tersayang and dia suruh dengar this one song titled, B-E-A-UTIFUL - by Megan Nicole. Straight away cari dekat YouTube, dengar dengan penuh teliti. Sempat tanya si dia, apa function lagu tu kan and he just simply answer yang lagu tu sedap. Okay lagu tu memang sedap tak dapat dinafikan. Do some research, oh Megan Nicole ni YouTube singer. Dia dah start buat cover since dari tahun lepas. Dan lagu beautiful tu is her first original song. Nice one. Maybe dia tak setanding dengan Maddi Jane but she's so cool! Orang dia tak payah cakap la haih macam mana rupanya sebab obviously dia memang cantik. Just sempat dengar few songs of her. Esok nak dengar lagi lah. Suka cover Grenade and Just The Way You Are. Feel touched.

Nah Omey, video untuk awak.



Coz boy, you're amazing. Just the way you are



Monday, August 22

Bila cuti Raya dah show off

Dulu aku blogging sebab ikut member. Tak pun, sebab nak ada ramai followers.

Sumpahlah zaman aku buat blog tu, memang zaman berblogging. Batch aku haruslah ada blog kerana blog memang buat orang addicted. But at that time la. So orang berlumba lumba nak buat blog and start tulis benda yang merepek. Dalam sehari, boleh sampai dua tiga post. Post gambar pun boleh, macam Tumblr.

Dah lelama tu, dah matang sikit. Twitter pulak famous. Tumblr pun wujud
. Actually Tumblr ni macam blog tapi ramai orang buat Tumblr tu macam album gambar tahunan. Terkedu jugak aku bila ada orang tanya, Tumblr tu apa? Aku just cakap, untuk tengok gambar cantik cantik? K sangat tak munasabah.

At least Twitter boleh update apa saja yang kau nak. So nampaklah benefitnya di situ.

Jujurnya aku buat Twitter dulu sebab kena paksa dengan sorang mamat ni. Mam
at tu aku kenal dekat Formspring.com. Hampir hari hari la dia akan tunggu aku on FS then tanya soalan macam macam. Dia sibuk promote Twitter dia, suruh follow. Aku ni baran sikit, dah aku takda Twitter, nak follow acane la bro. Lepas sibuk promote Twitter dia, sibuk pulak suruh aku buat Twitter. Haih melebih pulak mamat ni kannn.

Entah apa yang aku fikir, selepas kejadian, aku terbuka hati nak buat Tw
itter. Pergh, best juga benda alah ni. Aku ada terfikir, siapa la haram jadah nak follow aku dekat benda alah ni. At least dekat blog, orang follow sebab cara penulisan or blog tu cantik. Kalau dekat Twitter, orang follow sebab apa?

Sebab tweet kot ke main follow je randomly.

Tak kisahlah kan. Kita tinggalkan story tu dalam benak fikiran. Actually nak update pasal apa yang aku dah buat recently. Entah macam mana awal awal dah melalut pasal la
man sosial. Sadis betul.

Oh ye, aku dah CUTI RAYA dah. Say YEAY (!) Tu la, aku duk rileks je dulu, b
agi budak U cuti sem dulu. Sekarang lu duk gelabah je, tengok budak Matriks cuti dulu. Dua minggu kottt. Kau ada? Takdok kan, dah tak payah banyak cakap la haih.

Hari Jumaat lepas sampai rumah dah. Barang aku banyak gilo tertinggal dalam lubuk almari, dalam bilik tu. Skirt labuh yang aku beli dengan harapan nak pakai time raya hancus melebusss sebab dia duk steady dalam plastik. Aku tak perasan pulak pasal plastik tu. Tak happening la raya kalau cenggini.

Tu la, orang suruh packing awal awal taknak. Ni Ayah lagi 10 minit nak sampai KMS, baru gelabah nak packing. Lohh, bukan salah aku. Selalunya Ayah ambil
petang, ni dia ambil tengahari pulak. Kitaorang memang selalu miscommunication. Redha redha.

Fifi pun ikut kita balik sekali, sebab dia ambil tiket bas dekat Terminal Shah Alam. Ada la kawan teman dekat rumah sekejap. Sempat pergi bazaar petang tu kan. Ada orang kata lesung pipit Fifi mahal. Woot woot. Aku ada lesung batu je dekat pipi. Murah pu
lak tu. Boleh pulak si Afiq kata aku ada lesung pipit. Celah mana entah dia tengok. Bila aku cakap aku takda, dia kata aku tipu. Ya Allah, apa kena ni? Saya takda lesung pipit la gedebush huh.

Jumaat malam tu onlineeee je manjang. Dah online tu, tegur Tajima. Dah tegur tu, memang borak habislah. Tajima ni, cuti belum lagi tapi minggu ni balik dah. H
aha. Bila ada kesempatan, kita kena grab. Dan atas dasar itu la, Tajima ajak aku keluar. Aku pun rindu sangat dah. Ni la first time nak keluar dengan member Shah Alam. Sebelum ni, kalau aku balik bermalam, keluar dengan Mama je. Tak pernah keluar dengan member lagi sebab masing masing sibuk. Entah sibuk apa pun aku tak tahu sebab ada je yang belum further studies lagi. Fine la taknak lepak kan. Takpa, tak kisah pun.

Janji pukul 9 pagi jumpa, pukul 9.10 pagi aku baru terjaga. Haha.
Terus text Tajima tanya dia dekat mana and aku baru terjaga. Sumpah dah rasa bersalah masa tu. Alih alih semua pun sama. Bangun lambat jugak. Haha. Apa la kita ni woi. Stay cool, watlek terus siap siap. Pakai cantik cantik omey omey. Main pakai je baju apa yang ada. Ehem, baju baru tu aku pakai. Baru beli minggu lepas. Bajet untuk baju raya tapi disebabkan takda baju, mama kata pakai je laaaa.

(Ana Tajima, Fara Tajima, Fakhriah Tajima hikhik :D )

So, kitaorang pergi KL. Dari Shah Alam ke KL Sentral. Dari KL Sentral ke TS. Dari TS ke Sungei Wang. Dari Sungei Wang ke Pavi. Pergh penat beb penat. Dahlah itew puasa, jalan pulak banyak ke hulur hilir. Naik train pulak tak duduk langsung. Dalam mall pun, berdiri je tak jumpa tempat duduk nak duduk.

Takpa la. Mama kata, bila shopping, kita akan lupa kita tengah puasa. Betul letuw. Passion nak shopping tu memang mendalam. Kaki letih pun buat dunno je. Apadahal kan. Aku just beli pashmina and bag. Pashmina corak leapord wehh. Jangan jealous wehh. Bag? K barang yang takda kena mengena pun untuk raya. Bag tu untuk kuliah. Berapa banyak beg dah aku ada untuk kuliah. Naissss betul. Duit kira kira, banyak juga habis. Takpa la, duit sendiri lol.

(Tu la Caer, BF Fakhriah Tajima hikhik)

Sumpah ramai orang, sumpah.

First time aku pergi BB, orang dia macam sardin dalam tin. Maybe sebab nak raya kan, hujung minggu lagi. So memang semua keluar dari sarang la. K mengaku la ramai gila guys yang hot and handsome. Itew cuma mampu pandang je sebab takda orang nak woo itew T_T

We met Mizz Nina. Rambut dia tak boleh nak perang lagi kan? But she's not that pretty actually. Truth to be told, her skin is darker than mine. Ooopsss.

(Tangan yang buat peace tu, tangan siapa lagi la kan :p)

Yang paling aku tak puas hati, bersepah orang tak puasa. Dengan makan aiskrimnya la. Hisap rokok la. In public. Weh gila, kau tu dahlah orang Islam. Kalau kau tak puasa pun, perlu ke tunjuk depan orang? Kau ingat comel sangat la tak puasa macam tu? Umur pun tak semenggah, ada hati nak poyo depan orang yang kau tu tak puasa. GTH la kan?

Lagi satu hal, ada couple ni sibuk main peluk peluk. Aduhai, girlprengg nya cantik dah pakai tudung. Sekali duduk dengan balak dia dekat food court, balak dia hug leher. Hug perut. Cium dahi. Main silang silang kaki. Pegang tangan erat erat. Tutup mata main cak cak. Tolonglah ye. Serius, aku yang tengok ni pulak malu. Mana pergi rasa malu korang ni? Aku boleh agak umur korang belasan tahun. Sedihlah parents korang tengok perangai korang macam ni. Dahlah bulan puasa. Jangan nak kata balak kau boleh tahan nafsu serakah dia bila dia dah peluk peluk macam tu. Memang tak la nak dapat puasa yang berpahala. Dosa lagi adalah. Kalau dah sangap sangat, go get yourself a room. Jangan buat depan oran
g, bangang.

(Tajima buat muka serius)

Haish sabar FD. Jangan marah marah, nanti cepat tua kerepot.

Kesimpulannya, outing hari tu memang best. Thanks korang for making my day. Sekarang gua tunggu besties gua cuti. Bila nak meronggeng, roger ah kengg.


Sunday, August 14

Test test one two one two

Hoi.

Cerita pasal UPS memang lapuk dah. Basi. Berulat ulat kalau boleh. Dah lama sangat dah. Patutnya update minggu lepas. Ni dah seminggu lebih UPS tu habis baru nak bising. Tapi takpa la. Nak jugak update. Sikit pun jadi okeng.

Dua tiga hari before UPS tu, ya Allah memang aku demam habis. Tak ta
hu la dah kenapa. Takda pun berjemur dekat tengah panas or main main dekat tengah hujan. Cuma ada duduk dalam bilik, lena tidur sambil berselimut sementara dekat luar tengah hujan ribut.

Situasi macam tu pun boleh buat aku demam ke? Sadis.

Ain kata demam terkejut sebab Jumaat malam tu ada orang special tegur kita. Hikhik :D

Memang tak study apa la haih. Janji nak gerak gempur start Jumaat mala
m sampai la dah nak start UPS tu. Alih alih semua duduk depan laptop, onlineeeee. Haha. Nice one la dapat roommates yang sempoi macam korang. Orang loklaq baca buku Chemistry, kita sibuk baca muka buku. Kadang kadang duduk berkumpul, gossip. Kehkehkeh.

Aku hari Isnin tu baru nak start study pulun habis la. UPS hari Selasa ni. Aku boleh bantai study last minute ikut style SPM. Tu yang tak dapat straight A tu! Bagus FD. Habis dah demam, acane? Kena ler study last minute. At least ada effort nak study kan kan kan.


Pagi pagi test WB. Pergh okay la jugak walaupun esei tajuk melalut. Ada ke esei tu tanya pasal macam mana realiti tv show boleh famous? Amende tu -_____- Takda dalam syllabus. Takda takda! Bagi la tajuk macam mana FD boleh famous. Senang sikit nak jawab. Kahkahkah. Menganjing diri sendiri.

Haa subjek yang paling tak digemari, Chemistry. Waa cakap lu macam nak die die die je masa jawab. Soalan pertama okaylah boleh berlagak dekat cina sebelah tu, jawab bukan main confident. Badan sandar, watlek je jawab! Tangan laju je tulis, dakwat lancar je keluar. Dah buka muka surat lain, hah ambik kau. Ambik ambik. Terkedu, habis blank tak tahu nak jawab apa. Dahlah tak cukup masa! Heck. Hilang markah dengan senang lenang.


Maths? Alamak. Macam kacang botol la. Solution hujung jari tapi solu
tion semua sesat. SESAT. Sebab jawapan yang dapat semua sumpah merepek macam kerepek. Sekali lagi, tak cukup masa la gila. Apahal la provide masa sejam je nak jawab soalan sulit cenggitu? Tak cukup tak cukup. Kami nak lebih! Tolong bagi paha, jangan bagi betis je.


Malam before hari Khamis, sibuk baca Bio. Padahal ada test Science Com jugak. Dalam hati dah set. Biology lagi penting. Maka Bio didahulukan. Kau patut berterima kasih dekat aku, B sebab aku lebihkan kau dari SC. Tapi kenapa kau derhaka? Kau bagi soalan macam taik je dekat aku. Aku jawab cirit je kau tahu tak. Sumpah hina. Aku boleh tahu aku dah fail Bio. Hm.

Untuk SC, aku study ngam ngam choi la 2-3 jam before nak start test tu. Sibuk menghafal fakta dengan Ain. Penat mulut membebel sorang sorang apa maksud Motherboard. Err sorrylah lecturer, saya pandang sebelah mata je dekat SC padahal SC je la harapan saya untuk dapat A. Kan? Apa pun, test SC agak senang nak dibandingkan dengan yang lain. Thank God.

Maka, aku menunggu dengan hati yang sabar yakni retak menanti belah. Menunggu result yang belum jatuh ke riba. Result pulak terbahagi kepada dua. Satu yang akan stay dalam KMS. Satu lagi yang akan berjalan jauh, melancong ke Shah Alam. Shah Alam la woi. Rumah aku dekat sana. KMS hantar result ke rumah!

Sewellah aku parents aku baca dulu resultnya. Macam budak asrama penuh pula. Padahal dah masuk college life dah. Awal awal, Ara minta maaf la. Result UPS dijangka teruk ye Ayah Mama. Peace.


Saturday, August 6

Come on, lets be TweetyBird.

(Blog dah edit baik punya)

Baru lepas update status beratus beratus di Twitter. K, tipu. Tak sampai beratus pun sebenarnya. Hm ada terbaca tweet pasal tweet famous. Kira senarai orang yang famous di Twitter a.k.a orang ramai followers.

Whatthefuck.

Apa yang kau agungkan sangat orang macam tu?

Sakai, gila. Buta tuli.

Nampak sangat orang macam tu bajet taknak follow orang balik. Eh kalau orang dah ada effort untuk follow kau, apa salah ke kau follow orang tu balik? Memanglah alasan kau akan selalunya macam ni,

" Aku tak minta pun orang follow aku "

Habis kalau kau minta orang follow kau or kau follow orang randomly, taklah standard kan namanya? Taklah hot kan namanya? Tak lah tweet famous kan namanya?

Orang yang memfollow pun satu hal. Dulu aku admit, aku ada follow certain people yang gayanya famous la. But sekarang, aku unfollow balik sebab aku rasa macam eh apahal aku nak kena follow dorang?

Dahlah tak kenal, sombong pulak letuw.


Even artis pun, aku tak follow sangat. Paramore dengan Bieber wajiblah follow, tu tak boleh tinggal. K peace.

Ada satu budak ni. Ehem budak okay. Tengah sekolah lagi yang tweet pun still crappy lagi. Dia ada dalam 2000 ++ followers dekat twitter. Yang following, suku je dari nilai tu. Pergh memang hot kan ada follower ramai. So that bila kita tweet, beribu jugak yang akan retweet. Tahniahlah.

Aku memang addicted dengan Twitter. Sejak azali lagi. Sejak aku create account tu. Tak pernah stop tweeting. Just pernah seminggu diam bisu bila masuk kolej last two months. Time tu tengah orientasi, tak bawa laptop pula. Takda masa nak online.

Tapi, sekarang. Rasanya macam everything aku nak tweet. Tapi aku tak harapkan orang baca. Taknak pun ada orang baca. Malu. Sebab dekat Facebook confirm confirm takda garis privasi dekat situ. Even IM chat tu pun dah ada history dekat inbox. Habislah boleh stalker baik punya kalau ada email and password someone's account.

Aku cuma boleh harapkan Twitter.

Lagipun senang kalau nak gossip dalam Twitter. Main reply reply, main mention mention nama orang. Takda alasan kau tak perasan orang comment ke apa okay. Melainkan kau Justin Bieber yang every second ada orang mention sampai beribu. Tolong faham. Kawan gossip aku pulak Fakhriah Tajima! Kehkehkeh. Rindu kau. Hope kau stay active dalam Twitter sampai noktah yang terakhir. Kalau tak, takmo kawan :D

Aku sebenarnya nak protect-my-account dekat Twitter tapi aku tak gheti celah mana nak tengok request orang yang nak follow kita. FML. Kalau tak protect, senang je. Tengok je la dekat senarai follower tu. Ada orang follow ke tak, siapa yang follow. Orang nak follow kita pun senang hati kan. Barulah mesra. K, takda kena mengena. TAPI, risikonya sangat bahaya. Stalker would stalk :O

Ala, ada ke orang nak stalk aku? Perasanlah FD ni tau. Hikhik.

Rasa macam nak deactivate Facebook la. Sebab sebab tak tahu nak buat apa dekat Facebook. Tapi sayang pula. Sebab Facebook tu macam muka buku la. Kalau takda muka buku, orang susah nak nampak muka kita. Ilmu terperap je dalam buku tu, tak buka buka. Maka, orang tak nampaklah muka kita yang berilmu ni. Err kejap, k merepek lol.

Twitter is like my dark side of me. I'm cursing people there. LMFAO. Feels good when I can being so sarcasm. Sorry for those who are not really comfortable reading my tweets but hey, sorry too coz everyone ada hak untuk bersuara. What makes it different is, the way you expressed your feelings. Well at least I don't mention any names when I'm cursing. Oh okay there's one name. GUYS.

STFU GUYS.

To my dearest friends, tolonglah get yourself a tweet bird. You do not know what you've missed when you got no Twitter. Like seriously, oh god. Twitter is fucking awesome. Even Fifi, my roommate yang hottest tu pun dah signed up for Twitter! Hikhik. Welcome to tweetland okay darling. Enjoy your honeymoon <3

Follow me, mention me, there? Thanks. Here you go - http://twitter.com/#!/xiaoraa

Oh dah habis UPS dah. How was it? Don't ask. No any comments. Yeah, got some pictures on UPS days to be upload. Wait for that moment. Till then, toodles x


Monday, August 1

Ada Apa Dengan Puasa

Assalamualaikum. Hai.

First of all, nak wish Happy Fasting to all muslim brothers and sisters out there :)

Alhamdulillah, still sempat nak menyambut bulan Ramadhan ni and dapat juga berpuasa pada hari pertama. Ngehngeh. Kali ni pengalaman berpuasa different sikit. Kalau tahun tahun sebelum ni, berpuasa ke bersahur ke berbuka ke mesti dekat rumah. Puasa dekat sekolah, berbuka dekat rumah. Sekarang, bersahur dekat bilik, berpuasa dekat lecture, berbuka dekat err cafe? Sumpah tak heaven.

Aku sahur maggi je tadi. Nampak tak ketidakheavean di situ? Nampak tak? :(

Okay fine. Aku memang rindu rumah. Aku rindu Shah Alam. In fact, minggu ni hari hari aku cakap aku nak balik rumah. Bukannya aku cakap, aku nak study for UPS. Aku ada exam start hari Selasa sampai Khamis but so far, baru study Chemistry. Plan nak gerak gempur hari Jumaat hari tu tapi ada hal pulak. Hal manis :) Then, hari Sabtu demam. Okay tidur je la, dah tak larat buat apa dah haih. Baru mula belajar semalam. Takpa la, as long as ada effort nak study *positive positive*

Dah puasa sekarang, tak bolehlah hyper sangat time siang. Koko pun belajar teori je. Alahai bosannyewwww. Aku main netball time koko. Okay boleh dikatakan yang netball bukan favorite sport aku but agak mahirlah kira kalau nak dibandingkan dengan sport lain. Hajat dihati nak masuk tenis sebab itu yang paling minat.

Naib pengerusi kelab tenis ni masa sekolah dulu. Tengok kaki la kan. Hikhik.

Tapi apakan daya. Budak tukar modul macam aku ni mana ada choic
e. Rembat la mana yang kosong. Dari aku masuk bola baling, baik aku masuk netball. Haram jadah apa pun tak tahu kalau masuk bola baling. Tak mau ah cheq. Netball banyak kali la main, malulah kalau tak pernah main. Sebab netball kan sukan wanita yang famous. K tang wanita tu tak boleh blah -.-

Selalunya position aku whether WD or WA.

Bagi aku, orang yang gheti main basketball, cool gila. Aku tengah dalam process nak pro main basketball ni. Hikhik. Nak shoot bola tu dah mahir sikit sikit la. Si Adli tinggi tu yang ajar. Untunglah tinggi kan kan. Sangat cemburu. Tapi si Zhariff yang tak berap
a nak tinggi tu pun pandai shoot. Argh sadis okay. Aliff and Norman pulak pandai bounce.

Dah gheti shoot tapi tak gheti nak rebut bola lagi. Camne tu? T_T

Later after raya, akan belajar main basketball bersungguh sungguh. Kita wait dan see.

Hari ni hari Isnin, hari banyak kuliah. Sejuk sikit duduk DKB. Lepas tu petang, nak pergi bazar Ramadhan dekat Banting. Boleh tengok makanan apa yang ada dekat
Banting ni kan. Bosan dah tengok makanan dekat kolej ni -.- Apa apa pun, nafsu makan kena kawal yep. Jangan membazir yep. Ingat tu yep.

Dah promise dah dengan roommates nak pakai baju warna hijau sama sama hari ni. Hijau okay hijau! My favorite colour tehee <3 Siapa lagi nak join pakai baju warna hijau hari ni? Let's go green. Hahaha.

(Gambar raya tahun lepas with my cousins)

Ramadhan, selamat berpuasa. Kenapa Ramadhan? Sebab ada kawan nama Ramadhan. Nanti nak raya, nak cari kawan nama Syawal pulaklah. Boleh? Hahahaha k gurau :)