Monday, August 22

Bila cuti Raya dah show off

Dulu aku blogging sebab ikut member. Tak pun, sebab nak ada ramai followers.

Sumpahlah zaman aku buat blog tu, memang zaman berblogging. Batch aku haruslah ada blog kerana blog memang buat orang addicted. But at that time la. So orang berlumba lumba nak buat blog and start tulis benda yang merepek. Dalam sehari, boleh sampai dua tiga post. Post gambar pun boleh, macam Tumblr.

Dah lelama tu, dah matang sikit. Twitter pulak famous. Tumblr pun wujud
. Actually Tumblr ni macam blog tapi ramai orang buat Tumblr tu macam album gambar tahunan. Terkedu jugak aku bila ada orang tanya, Tumblr tu apa? Aku just cakap, untuk tengok gambar cantik cantik? K sangat tak munasabah.

At least Twitter boleh update apa saja yang kau nak. So nampaklah benefitnya di situ.

Jujurnya aku buat Twitter dulu sebab kena paksa dengan sorang mamat ni. Mam
at tu aku kenal dekat Formspring.com. Hampir hari hari la dia akan tunggu aku on FS then tanya soalan macam macam. Dia sibuk promote Twitter dia, suruh follow. Aku ni baran sikit, dah aku takda Twitter, nak follow acane la bro. Lepas sibuk promote Twitter dia, sibuk pulak suruh aku buat Twitter. Haih melebih pulak mamat ni kannn.

Entah apa yang aku fikir, selepas kejadian, aku terbuka hati nak buat Tw
itter. Pergh, best juga benda alah ni. Aku ada terfikir, siapa la haram jadah nak follow aku dekat benda alah ni. At least dekat blog, orang follow sebab cara penulisan or blog tu cantik. Kalau dekat Twitter, orang follow sebab apa?

Sebab tweet kot ke main follow je randomly.

Tak kisahlah kan. Kita tinggalkan story tu dalam benak fikiran. Actually nak update pasal apa yang aku dah buat recently. Entah macam mana awal awal dah melalut pasal la
man sosial. Sadis betul.

Oh ye, aku dah CUTI RAYA dah. Say YEAY (!) Tu la, aku duk rileks je dulu, b
agi budak U cuti sem dulu. Sekarang lu duk gelabah je, tengok budak Matriks cuti dulu. Dua minggu kottt. Kau ada? Takdok kan, dah tak payah banyak cakap la haih.

Hari Jumaat lepas sampai rumah dah. Barang aku banyak gilo tertinggal dalam lubuk almari, dalam bilik tu. Skirt labuh yang aku beli dengan harapan nak pakai time raya hancus melebusss sebab dia duk steady dalam plastik. Aku tak perasan pulak pasal plastik tu. Tak happening la raya kalau cenggini.

Tu la, orang suruh packing awal awal taknak. Ni Ayah lagi 10 minit nak sampai KMS, baru gelabah nak packing. Lohh, bukan salah aku. Selalunya Ayah ambil
petang, ni dia ambil tengahari pulak. Kitaorang memang selalu miscommunication. Redha redha.

Fifi pun ikut kita balik sekali, sebab dia ambil tiket bas dekat Terminal Shah Alam. Ada la kawan teman dekat rumah sekejap. Sempat pergi bazaar petang tu kan. Ada orang kata lesung pipit Fifi mahal. Woot woot. Aku ada lesung batu je dekat pipi. Murah pu
lak tu. Boleh pulak si Afiq kata aku ada lesung pipit. Celah mana entah dia tengok. Bila aku cakap aku takda, dia kata aku tipu. Ya Allah, apa kena ni? Saya takda lesung pipit la gedebush huh.

Jumaat malam tu onlineeee je manjang. Dah online tu, tegur Tajima. Dah tegur tu, memang borak habislah. Tajima ni, cuti belum lagi tapi minggu ni balik dah. H
aha. Bila ada kesempatan, kita kena grab. Dan atas dasar itu la, Tajima ajak aku keluar. Aku pun rindu sangat dah. Ni la first time nak keluar dengan member Shah Alam. Sebelum ni, kalau aku balik bermalam, keluar dengan Mama je. Tak pernah keluar dengan member lagi sebab masing masing sibuk. Entah sibuk apa pun aku tak tahu sebab ada je yang belum further studies lagi. Fine la taknak lepak kan. Takpa, tak kisah pun.

Janji pukul 9 pagi jumpa, pukul 9.10 pagi aku baru terjaga. Haha.
Terus text Tajima tanya dia dekat mana and aku baru terjaga. Sumpah dah rasa bersalah masa tu. Alih alih semua pun sama. Bangun lambat jugak. Haha. Apa la kita ni woi. Stay cool, watlek terus siap siap. Pakai cantik cantik omey omey. Main pakai je baju apa yang ada. Ehem, baju baru tu aku pakai. Baru beli minggu lepas. Bajet untuk baju raya tapi disebabkan takda baju, mama kata pakai je laaaa.

(Ana Tajima, Fara Tajima, Fakhriah Tajima hikhik :D )

So, kitaorang pergi KL. Dari Shah Alam ke KL Sentral. Dari KL Sentral ke TS. Dari TS ke Sungei Wang. Dari Sungei Wang ke Pavi. Pergh penat beb penat. Dahlah itew puasa, jalan pulak banyak ke hulur hilir. Naik train pulak tak duduk langsung. Dalam mall pun, berdiri je tak jumpa tempat duduk nak duduk.

Takpa la. Mama kata, bila shopping, kita akan lupa kita tengah puasa. Betul letuw. Passion nak shopping tu memang mendalam. Kaki letih pun buat dunno je. Apadahal kan. Aku just beli pashmina and bag. Pashmina corak leapord wehh. Jangan jealous wehh. Bag? K barang yang takda kena mengena pun untuk raya. Bag tu untuk kuliah. Berapa banyak beg dah aku ada untuk kuliah. Naissss betul. Duit kira kira, banyak juga habis. Takpa la, duit sendiri lol.

(Tu la Caer, BF Fakhriah Tajima hikhik)

Sumpah ramai orang, sumpah.

First time aku pergi BB, orang dia macam sardin dalam tin. Maybe sebab nak raya kan, hujung minggu lagi. So memang semua keluar dari sarang la. K mengaku la ramai gila guys yang hot and handsome. Itew cuma mampu pandang je sebab takda orang nak woo itew T_T

We met Mizz Nina. Rambut dia tak boleh nak perang lagi kan? But she's not that pretty actually. Truth to be told, her skin is darker than mine. Ooopsss.

(Tangan yang buat peace tu, tangan siapa lagi la kan :p)

Yang paling aku tak puas hati, bersepah orang tak puasa. Dengan makan aiskrimnya la. Hisap rokok la. In public. Weh gila, kau tu dahlah orang Islam. Kalau kau tak puasa pun, perlu ke tunjuk depan orang? Kau ingat comel sangat la tak puasa macam tu? Umur pun tak semenggah, ada hati nak poyo depan orang yang kau tu tak puasa. GTH la kan?

Lagi satu hal, ada couple ni sibuk main peluk peluk. Aduhai, girlprengg nya cantik dah pakai tudung. Sekali duduk dengan balak dia dekat food court, balak dia hug leher. Hug perut. Cium dahi. Main silang silang kaki. Pegang tangan erat erat. Tutup mata main cak cak. Tolonglah ye. Serius, aku yang tengok ni pulak malu. Mana pergi rasa malu korang ni? Aku boleh agak umur korang belasan tahun. Sedihlah parents korang tengok perangai korang macam ni. Dahlah bulan puasa. Jangan nak kata balak kau boleh tahan nafsu serakah dia bila dia dah peluk peluk macam tu. Memang tak la nak dapat puasa yang berpahala. Dosa lagi adalah. Kalau dah sangap sangat, go get yourself a room. Jangan buat depan oran
g, bangang.

(Tajima buat muka serius)

Haish sabar FD. Jangan marah marah, nanti cepat tua kerepot.

Kesimpulannya, outing hari tu memang best. Thanks korang for making my day. Sekarang gua tunggu besties gua cuti. Bila nak meronggeng, roger ah kengg.


No comments: