Wednesday, August 31

3-in-1 day!

Hari ni hari raya, tapi dah hari raya kedua. Hari ni hari merdeka, tapi yang dah ke 54 punya. Hari ni hari blogger sedunia, tapi dah hampir terlupa sebab blogger yang macam aii ni hamboi malas benor nak update. Peace (Y)

HAPPY EID MUBARAK
HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA
HAPPY WORLD BLOGGER DAY

Dah habis dah wish. Niat di hati hari tu nak update something time malam raya kan? Soghie, bukan malas, bukan busy, bukan lupa but tak tahu nak coret apa. Dah buka dah blogger.com. Dah tekan dah new post tapi masih kosong je kotak new post tu tak berisi. Bingung memikirkan apa yang hendak ditulis masa malam raya cenggitu? Dahlah bertapa di rumah saja, langsung tak keluar tengok bulan menjelma. Cuma handphone saja yang tak letih berbunyi, menyampaikan salam raya.

Tapi, masa malam raya tu je la. Sekarang okay sikit dah.

Kalau semua orang sibuk bangun pagi pagi ambik gambar raya satu family then pergi sembahyang raya lepas tu makan ramai ramai after that keluar b
araan raya rumah orang, saya nyenyak tidur atas katil. Hikhik. Malam tu tidur lambat as usual, then bangun pun dalam pukul 11. Tefakkkk, loser gila kan aku. Raya pun macam hari biasa je. Tapi kerakusan raya masih ada. Lepas dah siap comey comey semua, pergi raya dekat KL! Beraya dengan family belah Ayah. Cool tak kitaorang? Raya KL je beb. Jauh jauh nak pergi mana kehkehkeh.

Ayah saya lahir Kelantan, maka keturunannya memang dari Kelantan. Masa berhimpun tu, hampir semua orang cakap loghat Kelantan. Saya faham apa yang dio
rang cakap sebab dah biasa dengar dah. Dah lali dah. Tapi yang buat saya sedih, SAYA TAK RETI PUN CAKAP KELANTAN(!) Oh sadis. Sangat sadis. Ayahlah ni. Tak menerapkan nilai nilai Kelantan dalam hidup kami sekeluarga. FYI, saya suka orang Kelantan, yang pandai cakap Kelantan. Ohyeah!

Adik beradik ayah semua duduk KL, entah macam mana Ayah je ya
ng sesat duduk Shah Alam. Bila time raya cenggini, memang kitaorang la yang kena bergerak ke sana. Kan susah dah? Lain kali cari rumah kat KL ye Ayah. Barulah saya boleh jadi anak ibu negeri Malaysia! Budak bandar kot, duduk KL kot. Fullaweyh, habis bangga sampai kembang kembang hidung. Tapi bila bab jalan raya, memang sampai bila bila pun taknak duduk KL sebab jammed jammed jammed. Kesian orang KL kan? Hikhik.


One thing yang best kalau raya dengan family Ayah is,
dapat duit raya kaw kaw punya. Itulah sumber mata wang aku time raya ni. Haha. Sakai je ayat. Yela, serius kot. Sebab mostly, family Ayah macam kaya kaya sikit. Bukan kaya banyak ye, kaya sikit je. And cousins pun ramai yang dah besar, dah kahwin and ada kerja baguih. Jadi nak taknak dorang kena ler bagi duit raya dekat budak yang masih belajar macam saya ni kan kan. Amount tu pun kena lebih sikit sebab dah berakal. Hikhik. Aku setuju sangat dengan amalan yang, makin besar budak tu, makin banyaklah duit raya kena bagi. Renung renungkan, dan selamat beramal!

Still, duit raya belum kira lagi. Ada terselit selit dalam handbag. Nanti lah kira, kan? Bila dah terdesak, takda duit dalam dompet, baru lah boleh gelabah buka sampul duit raya, tengok berapa yang adoooo. Ngehngeh. Memang seharian lah beraya semalam. Letih memang letih tapi takpa, sebab dapat makan (Y) Haaa tang makan ni, bereskan dekat aku yo. Sumpah, aku makan banyak gila semalam. Setiap rumah, aku ada selera nak makan. Orang sibuk surrender kekenyangan, aku sibuk cedok lauk sana sini. Hikhik. Siapa cakap aku tak cukup makan? Nak kena karate? Try ah?

After balik rumah, aku hibernate je. Bangun bangun, layan cerita Nur Kasih The Movie. Setahu aku, bukan ke TV3 tawarkan cerita lain masa hari raya pertama? Mungkin dia tukar saat akhir kot. Yelah, semua movie yang TV3 nak tontonkan, hampeh! Semua movie lama and dah tengok dah pun -.- Tak surprise langsunglah TV3 ni. Bukan nak lebihkan yang swasta, tapi Astro jugak yang bagi banyak choices. Sampai tak tahu nak tengok cerita yang mana satu. Sorry. Eh, apa aku merepek pasal tv ni. Abaikan abaikan. Malam tadi pun tidur lambat lagi. Aku tidur dekat ruang tamu je. Atas tikar je tau. Orang lain tidur dalam bilik. Tu lah, dah mengantuk sangat sampai tertidur dekat luar. Takpa lah, baru hardcore sikit kan.

So, sekian sahaja cerita Hari Raya Pertama aku. Tak ambik gambar pun, boringlah kan. Kau punya raya macam mana? Updatelah, later I will baca alright. Adios!


No comments: