Sunday, August 14

Test test one two one two

Hoi.

Cerita pasal UPS memang lapuk dah. Basi. Berulat ulat kalau boleh. Dah lama sangat dah. Patutnya update minggu lepas. Ni dah seminggu lebih UPS tu habis baru nak bising. Tapi takpa la. Nak jugak update. Sikit pun jadi okeng.

Dua tiga hari before UPS tu, ya Allah memang aku demam habis. Tak ta
hu la dah kenapa. Takda pun berjemur dekat tengah panas or main main dekat tengah hujan. Cuma ada duduk dalam bilik, lena tidur sambil berselimut sementara dekat luar tengah hujan ribut.

Situasi macam tu pun boleh buat aku demam ke? Sadis.

Ain kata demam terkejut sebab Jumaat malam tu ada orang special tegur kita. Hikhik :D

Memang tak study apa la haih. Janji nak gerak gempur start Jumaat mala
m sampai la dah nak start UPS tu. Alih alih semua duduk depan laptop, onlineeeee. Haha. Nice one la dapat roommates yang sempoi macam korang. Orang loklaq baca buku Chemistry, kita sibuk baca muka buku. Kadang kadang duduk berkumpul, gossip. Kehkehkeh.

Aku hari Isnin tu baru nak start study pulun habis la. UPS hari Selasa ni. Aku boleh bantai study last minute ikut style SPM. Tu yang tak dapat straight A tu! Bagus FD. Habis dah demam, acane? Kena ler study last minute. At least ada effort nak study kan kan kan.


Pagi pagi test WB. Pergh okay la jugak walaupun esei tajuk melalut. Ada ke esei tu tanya pasal macam mana realiti tv show boleh famous? Amende tu -_____- Takda dalam syllabus. Takda takda! Bagi la tajuk macam mana FD boleh famous. Senang sikit nak jawab. Kahkahkah. Menganjing diri sendiri.

Haa subjek yang paling tak digemari, Chemistry. Waa cakap lu macam nak die die die je masa jawab. Soalan pertama okaylah boleh berlagak dekat cina sebelah tu, jawab bukan main confident. Badan sandar, watlek je jawab! Tangan laju je tulis, dakwat lancar je keluar. Dah buka muka surat lain, hah ambik kau. Ambik ambik. Terkedu, habis blank tak tahu nak jawab apa. Dahlah tak cukup masa! Heck. Hilang markah dengan senang lenang.


Maths? Alamak. Macam kacang botol la. Solution hujung jari tapi solu
tion semua sesat. SESAT. Sebab jawapan yang dapat semua sumpah merepek macam kerepek. Sekali lagi, tak cukup masa la gila. Apahal la provide masa sejam je nak jawab soalan sulit cenggitu? Tak cukup tak cukup. Kami nak lebih! Tolong bagi paha, jangan bagi betis je.


Malam before hari Khamis, sibuk baca Bio. Padahal ada test Science Com jugak. Dalam hati dah set. Biology lagi penting. Maka Bio didahulukan. Kau patut berterima kasih dekat aku, B sebab aku lebihkan kau dari SC. Tapi kenapa kau derhaka? Kau bagi soalan macam taik je dekat aku. Aku jawab cirit je kau tahu tak. Sumpah hina. Aku boleh tahu aku dah fail Bio. Hm.

Untuk SC, aku study ngam ngam choi la 2-3 jam before nak start test tu. Sibuk menghafal fakta dengan Ain. Penat mulut membebel sorang sorang apa maksud Motherboard. Err sorrylah lecturer, saya pandang sebelah mata je dekat SC padahal SC je la harapan saya untuk dapat A. Kan? Apa pun, test SC agak senang nak dibandingkan dengan yang lain. Thank God.

Maka, aku menunggu dengan hati yang sabar yakni retak menanti belah. Menunggu result yang belum jatuh ke riba. Result pulak terbahagi kepada dua. Satu yang akan stay dalam KMS. Satu lagi yang akan berjalan jauh, melancong ke Shah Alam. Shah Alam la woi. Rumah aku dekat sana. KMS hantar result ke rumah!

Sewellah aku parents aku baca dulu resultnya. Macam budak asrama penuh pula. Padahal dah masuk college life dah. Awal awal, Ara minta maaf la. Result UPS dijangka teruk ye Ayah Mama. Peace.


No comments: