Sunday, October 30

Tak boleh nak duduk diam kalau dah macam ni

Tu dia. Dah tunjuk dah. Dah keluar dah. Habislah habislah. Hahaha. Omey ni, nak main lawan lawan post eh? Okay see eh. Nak lawan balik ni eh. Tengok eh eh eh.

Omey cakap kalau dia debat pasal imperfections dengan aku, dia akan menang. Okay, one day kita try eh Omey? Saya lawan mata dengan awak pun, awak kalah. Hikhik :p Sekarang pukul satu tepat, dah tengahari. Aku tengah duduk atas kerusi, depan meja belajar, menghadap Astaka sambil tunggu azan Zohor dari surau. Sebabbbbbbbbbb,

Omey nak azan! FTW.

Haish Omey, terjentik hati kecil saya bila awak cakap awak nak azan tadi. Dulu saya pernah like status bestfriend saya, cakap pasal lelaki azan yang memang akan mencairkan hati. Tak sangka boyfriend saya sendiri akan melaungkan azan. See? Awak baik, tak macam saya #menang

Khamis ni, dah habis final. Dah habis sem satu. Dapatlah cuti dua minggu. Benda pertama yang aku fikir, akhirnya boleh balik rumah. Rindu Shah Alam. Dah lebih tiga minggu dah tak balik rumah. Apa cerita la kawan kawan dekat Shah Alam. Sihat ke Tajima's? Sihat ke the hottest? Haha. Tunggu aku balik eh, belum sempat cerita lagi pasal Omey dekat korang. Haha.

Tajima bagi satu nama baru dekat aku, Timaawal <3 Haha. Paling tak boleh belah la weh.

Oh ye, dah tulis tulis ni. Azan Zohor dah habis. Tapi, bukan Omey yang azan. Takpa la Omey, next time rebut giliran nak azan eh? :) Semalam tidur lambat, pukul 5 pagi kot. First time suruh Omey teman. Selalunya Omey dah tidur dulu dah. Yela, orang cemerlang je yang tidur awal kan #menang. Nak pergi qiam, tak dapat pula. Allah bagi cuti, so teman Omey qiam dalam tidur je la. Haha. Bila bangun tidur, tengok katil dah kosong. Tingkap dah buka luas luas. Ain tengah study. Weh, tak boleh jadi ni. Tercabar aku, korang dah bangun dulu weh.

Mengantuk ke tak, nak ke taknak, kena bangun juga sebab hari ni macam hari peperangan. Esok exam Maths paper 2 and SC. Maths paper 1 hari tu dahlah hancur. Banyak kot soalan yang aku tinggalkan. Soalan yang aku buat pulak, tak confirm lagi betul ke tak. Ada ke Omey kata Maths paper 1 senang? Siap tweet lagi, "Maths,I love uuuuuuuu." Oh lupa, Omey kan pandai #menang. Maths memang out. Chapter belakang belakang ni hampeh, semua susah. Tak suka dan tak pernah suka bab differentiation. Merepek, meraban je semua. Kalau nak kerja accountant pun, rasanya tak perlu kira kira dy dx ke apa. Puihhh. SC, aku cuma boleh harapkan kau je. Tolong buat baik dengan aku, yep yep.

Barang tak packing lagi. Dalam bilik ni, aku la yang paling banyak barang. Baju pun bertimbun timbun. Almari orang lain kosong je, almari aku macam kedai bundle. Haha. Macam haremmmm je. Ni semua salah budak budak kakom. Kalau bukan pasal korang, takda maknanya kitaorang kena kosongkan bilik. Dahlah Vega untuk budak kakom lelaki. Tak rela la bantal dan katil aku didiami oleh lelaki asing. Kalau Omey yang duduk, takpa la. Hahahahahaha. Mengada.

Oh ya, ada pengumuman ni. Aku rasa blog ni akan ada dua author. Dulu Omey main hack hack je, sekarang dah pandai balas balas dah. Haha. Omey, ni blog awak juga okay? Apa yang jadi milik saya, jadi milik awak juga :) Hm rasanya macam takda benda nak cakap sangat, sebab tengah rushing. Nak siap siap pergi makan. Jom?


Omey handsome macam Awal Ashaari okbai #menang


2 comments:

Anonymous said...

alllo mem..


+966541876089
pm me kt no atas tu
kalu ada masa laa
nak tahu brpa hinggit U bli jubah itam tu

Fara Dee said...

Whatthe.........