Tuesday, November 15

Keampunan pun boleh dijunjung

Lamanyaaaaaaaaa tak update belog. Rindu pula rasanya. Bukan setakat belog yang tak berupdate beberapa minggu ni, fesbuk pun sama. Tumblr lagilah, tak payah cakap apa apa dah. Berkurun gila dah tak sentuh. Formspring pula memang hilang terus dari pandangan, lesap punah harapan. Semua soalan tinggal habuk je hah. Tapi, Twitter update hari hari. Aik alamak sayang Twitter lebih la cenggini. Hikhik.

Myspace tak on langsung. Tak boleh on pun. Sebab? Dah lupa emel. Sadi
s.

Basically sekarang aku tengah cuti sem. Memang dah terlambat dah nak bagitahu sebenarnya sebab Jumaat ni dah chow balik ke asrama balik. Haish, ni semua MUET punya pasal lah ni. Kalau MUET tak mengada ngada nak buat test hari Sabtu, takda makna nya cheq nak balik awai lagu ni. Laa ni budak PDT amboi suka la hangpa naaaa, boleh balik hari Ahad. Before pukul 7 pula tu. Untunglah untunglah untunglah huh.

Statement berani mati : Budak Matriks macam budak sekolah.

Semalam online fesbuk, setelah seminggu lebih broadband aku pergi bertapa tambah tenaga. Maklumlah, kalau dah lambat bayar, maka terminate je la jawabnya. Salah brother gua la ni. Orang dah bagi duit, tapi malas benor namanya nak pergi bayar yop. Hoish -.- Bersepah sepah notifications, IM pulak bertalu talu datang. Biasalah, retis online kan. Ala ala ala nak perasan sekejap apa salahnya. Biarlah itew. Kehkehkeh.


Mostly orang tanya, amacam cuti panjang? Deyyyy, soalan jangan nak berbaur sarcasm sangatlah. Gua cuti dua minggu je bro. Cuti panjang benda macam tu. Pejam celik pejam celik, nah ambik. Pergi balik kolej kau baca buku. Tak sempat nak eden nak berfoya foya. Lainlah macam budak UiTM. Sekali cuti sem, tak ingat dunia. Sebulan lebih dia bagi. Macam macam boleh buat. Kerja pun boleh. Tak gitu, Tima? Hikhik.

Dah balik Shah Alam, memang tak dapat nak jumpa budak KMS dah la. Duduk melepak dengan besties itew je heee :) Cuti kali ni kinda ohsome. Tak sama macam cuti raya dulu, tak berapa fun. So kebanyakan masa aku spend duduk rumah. Bosan bosan duduk rumah, bosan lagi duduk KMS aku rasa. Nasiblah ada orang yang tersayang kat sana. Kalau takda, memang sumpah seranah je yang keluar everytime balik sana. Ain + Fifi + Tiqah, jumpa di pengkalan kita soon!

Katil gabung katil gabung hoyeh hoyeh.

Abaikan. Tadi check stats untuk baby belog ni. Aku expect graph viewers tu mesti kosong je, yela dah lama tak update kan. Alih alih, eh? Graph tu naik turun naik turun. Means, ada yang baca belog ni. Sumpah pelik weh, sumpah. Tak pernah pernah macam ni. Siapakah gerangan manusia manusia comel yang usha belog aku ni. Haa baik mengaku cepat non. Ngehngeh. Bukan apa, belog ni berkonsepkan peribadi. Jadi, aku tak berapa mengharap akan ada orang baca. Kisah life aku, dah tentu tentu bosan. Ye dok? Lainlah, kalau aku ada mengetengahkan entri entri pasal benda umum, sesuai untuk tontonan ramai. Belog sebegini tak mustahil ada pembaca setia.

Macam Zahiril Adzim. Blogger dan pelaku aksi yang sangat aku sanjung.

Aku cuma insan kerdil bertopengkan kepalsuan semata mata. Tiada istilah sempurna dalam hidup. Segala yang baik dan benar, semuanya datang dari yang Maha Esa. Jika ada tersilap bahasa terlanjur kata, sejuta keampunan aku junjung tinggi.


No comments: