Wednesday, November 16

Dedikasi yang istimewa

Esok hari Rabu. Hari pertengahan dalam satu minggu. Hari yang selalunya menjadi kegemaran orang. Tapi kalau aku, aku suka hari Selasa la. Sebab banyak cerita on tv hikhik. Esok ada dua benda besar yang menunggu. Serba salah dibuatnya. Aku ni, tak berapa pandai nak handle dua benda dalam satu masa. Biasalah.

Esok aku ada JPJ test. K, buat kali kedua. Ye ye, gelak ler kome. Malu teman ni haa T.T Sebelum masuk matriks, fail pulak JPJ test ni dekat part bukit. Dahlah bukit ujian pertama! Belum sempat nak panaskan enjin ke apa, dah gagal. Oh sadis. Tapi tapi, jalan raya itew lulus tau awak hihi. Abang JPJ masa tu garang sangat ya Allah. Sentap aku masa drive tu, sabar ajo la. Nasib baik lulus. So untuk test kali ni, aku just ulang test untuk bukit, parking, tiga penjuru whatsoever tu. Kali ni aku mesti lulus. Aku nak lesen for god sake! Penat dah asyik kena renew lesen L sebab takda masa nak ulang JPJ test.

Dear Allah, help me in everything. I want this so bad :( Fuhh, wish me goodluck guys.

Second thing, besties aku dah nak masuk belajar dah esok. Second intake for UiTM. Dahlah korang masuk kolopilah! UiTM yang sama yang pernah aku dapat tawaran dulu. Kalau aku ambik tawaran UiTM instead of matriks, mesti kita jumpa kan? Even course lain, at least kita belajar in the same place. Boleh balik rumah sama sama. Argh. Takpa la, rezeki aku dekat matriks and rezeki korang dekat UiTM kolopilah tu. Sekarang besties aku semua dah pergi belajar. Takda siapa yang tinggal dekat Shah Alam dah. Bila cuti, promise kita semua jumpa okayzzz!

SHOUT OUT TO AMIRA SHAKILA & RAIHANAH <3



This one is for Meyra. Kita kawan dari sekolah rendah lagi kan? Aku still ingat kau pakai baju pengawas and aku pula, pakai baju hijau as pengawas pusat sumber. Dulu kita kawan biasa je, nak kata rapat tu memang jauh dari panggang. Kau nak tahu something tak? Aku sentiasa ingat kau dengan nama penuh kau dalam kepala aku. Kalau orang sebut Meyra, aku mesti nak sebut Amira Shakila. Haha. Idk why, its just sesuai dengan kau. Masa high school, kau rapat dengan Fatin. Aku rapat dengan Fatin juga. Tapi kita tak rapat pun. Dua dua rasa macam awkward bila jumpa. But at the end of the day, siapa sangka yang akan ada tarikan antara kita. Cewahhh. After sekolah, kita terus rapat. Bukan setakat rapat je, kita jadi besties! Semua cerita kita kongsi! Hikhik. Sekarang kau jagalah diri dekat sana ye. Belajar kasi mantop punya. Jangan nakal nakal, Meyra. Kalau ada lelaki handsome, bagi Fatin satu. Aku tak boleh, nanti Awal marah. Hahaha. Selalu selalu lah update hal kau dekat Twitter. Apa apa hal roger aku, biar aku gegar je kolopilah tu. Tau! Nanti carilah kawan kawan yang elok, jangan lupa kitaorang ye Meyra. Take care always and best of luck!


Untuk Ana cenonet ni pula, aku kenal kau masa form1. Tu pun sebab kau kawan Hanisah and Syahmi Amni pernah suka kau! Haha. Woot woot, siapa sangka hotsetap pernah admire kau dulu. Hebat penangan kau, Ana hikhik. Kita jadi ngam ngam choi dalam kawad. Berapa tahun kita kawad sama sama kan? Memang betul, kawad memang menjadi salah satu platform untuk rapatkan silaturrahim. Kita cuma kawan biasa je. Kawan yang boleh bawa bergurau. Nak kata kita kawan sangat tu, taklah. Sama macam Meyra, aku rapat dengan kau after high school. Ada pula kesempatan kita nak lepak together. Kalau dulu, memang haram jadahlah kita nak lepak sama sama dah kenapa kan. Haha. Takpa la, kau bawa diri kasi elok ah kat sana. Jangan biarkan orang buli kau kecik! Apa Tima panggil kau? Mak Anang? Ah pun bolehlah. Study sampai habis tau, lepas tu boleh ajar aku apa benda alah teknologi makanan bagai. Amboiiiii, sihatlah kau lepas ni. Entah entah makin meninggi nanti, dah tahu nak makan apa. Hikhik. Jaga diri Rai Ana muahx muahx x

Mucho love from me, adios amigos :')


No comments: