Sunday, April 17

Ada Lesen? Boleh Jalan Daa

Assalamualaikum. Jawab jangan tak jawab, nanti dosa.

Sebelum aku meneruskan penulisan entri ini, aku mohon jangan baca kalau kau tak suka dengan cara, gaya, kata - kata atau senang cerita apa sajalah yang kau tak suka. Aku hampir hampir nak privatekan belog ni. Tapi hampir hampir kekal hampir hampir. Aku takkan privatekan pun sebab ini belog aku, jadi ikut suka hati aku. Harap maklum.

Kayy sambung.

Dah sebulan lebih dah aku menganggur. Duduk rumah, tak bekerja. Aku rasa kalau aku berusaha betul betul, cari tanah terbiar dan buka ladang anggur FD sendirian berhad, mesti dah maju gilo. Lagi lagi bila aku eksportkan ke negara jiran. Hasil bersih pendapatan mesti mencecah 1 K. Walao. Anggur yang aku tanam tu pulak mesti famous. Anggur hijau yang ranum lagi manissss. Yum yum, lapor pulok eden ni haa.

Hm macam mana aku boleh terjebak dalam kancah pengangguran ni ek? Apsal aku berhenti kerja dulu? Sekejap, biar aku imbas apa je sebab yang aku dok canang dekat orang sebelum ni. Alaa imbas sikit je. Penting tauu penggunaan teknik plot imbasan kembali tu. Baru la menarik sesebuah jalan cerita tersebut. Ye dok?

Sizuka si penolong Doraemon bertanya, " Kenapa Fara nak berhenti kerja? "

Aku si mangsa Doraemon menjawab, " Sebab Ayah saya nak balik Kelantan. Jadi saya takdok transport nak pergi kerja. Lepas tu, saya nak ambik lesen. Memang ambik lesen bukan hari hari, tapi kerja dekat sini kemain susah lagi nak minta cuti. Leceh ah. Ayah saya pun memang suruh berhenti. Jadi saya ikut je. "

Sizuka terdiam, terpaku.

Aku cakap benda benar je. Memang betul pung, tempat kerja aku tu macam macam ragam. Nak tukar syif, nak tukar cuti, nak tukar waktu rehat, nak tukar company, nak mohon cuti, nak minta kelulusan, nak minta DO, nak minta pen. Semua benda LECEH (!) Untunglah jadi orang atasan, tahu mengarah orang jek. Bebudak macam aku ni tahu apa je? Mengikut la arahan kau yang tak masuk akal tu. Kalau tak, dapat surat amaran pulak nanti. Tah pape tah. Nama je ada bahagian sumber kemanusiaan tapi kebajikan pekerja tak terjaga pun. Awok saborrr je laa ~

Apa apa pun, aku memang tekad nak teruskan perancangan aku yang nak ambik lesen tu. Lesen apa? Lesen kereta je. Aku rasa member yang rapat dengan aku semua tahu aku tak suka naik motor. Setakat tak suka naik motor, aku rasa korang boleh terima lagi la. Tapi macam mana kalau aku kata aku tak suka pakai helmet? Hahahaha. Mencik doh! Bila aku pakai, alamak kepala aku nak jatuh ke Bumi la. Tunggu masa je. Huhu. Berat, kedap udara. Bak kata Rayhan, macam orang lidi pakai helmet. Cer bayangkan. Hikhik.

After dah berhenti kerja, lek lu duduk rumah makan tidur online kejap. Survey dulu tempat lesen mana yang berkenan, hantaran mana yang murah dan calon pengajar yang macam mana yang aku nak *Abang yang ajar aku drive tu memang handsome kehkehkeh* Bukan apa, kena tunggu gaji masuk dulu meyh. Kalau tak, nak bayar kelas lesen pakai apa? Takkan nak bayar guna ehem ehem ehem, hoish tak senonoh betul. Haha.

Mainan minda : Teringat Rayhan bercerita pasal abang korek hidung di tengah jalan dekat aku, Fakhriah Tajima dan Rai Ana. HAHAHA. Sumpah kelakar! :)

Jika nak sampai ke Menara Gading, perjalanan kena bermula dari bawah. Masuk ikut pintu dan naik ke atas mengikut tangga. Bila dah sampai di puncak, boleh letak bendera - AKU BOLEH! Haa cenggitu jugak bila nak ambik lesen. Kena mula dengan kelas apa bagai dulu. Aku rasa aku kena berterima kasut dengan Mama kerana dia yang menjadi titik permulaannya.

Aku tengah sedap sedap tidur, Mama suruh bangun dan pergi jumpa abang yang nak arrangekan hal - hal lesen ni. Mama kata Mama jumpa abang tu dekat kedai depan rumah. Biasalah Mama ni, semua orang dia tegur. Nasib baik aku tak macam tu. Hakhak. So abang tu minta duit, salinan IC and no tepon. Kalau abang tu jual no tepon aku, siaplah dia nanti! Hikhik. Minggu depan aku boleh start kelas. Santekk! Steady kan aku daftar lesen dekat rumah je? Untunglah aku, puihh.


Setakat ni, aku dah masuk kelas KPP. Dah ambik ujian komputer dan yang paling penting LULUS serta merta. Haha. Dapat 45/50 je. Pung bolehlah. Then dah pergi kelas teori/amali D. Okay ini semua muka bangun tidur aku. Yela, memang haremmm la aku nak bangun pagi pagi kan. Setiap kali aku ada kelas memandu, hari tu CONFIRM aku tidur dua jam je. Gentle pergi kelas dengan muka sebel. Hahahaha. Baju hijau untuk kelas KPP, baju hitam untuk ujian komputer dan baju putih untuk kelas teori D. Lepas ni baju warna apa pulak, aku pung tak tahu. Tunggu dan lihat je la. Hikhik.

Sekarang, lesen L aku dah dapat. Esok, aku pi merempit pulak dengan abang handsome tu. Apa ingat motor je ker boleh merempit? Kereta pun bolehlah derr. Jangan jeles yep Shaheizy Sam. Hehe. Sumpah aku tak gheti dan tak pernah bawa kereta pun sebelum ni. Wish me luck!

Pengumuman : Aku dah ada Twitter sekarang. Ye ye aku kuno sebelum ni. Umur dah lewat, baru nak hadoo Twitter kan. Takpa takpa. Mai la kita saling meng-follow. Boleh ber-tweet dengan aku dekat sana. Janji? Okay, kau dah janji. Aku tuntut. Kbai.


4 comments:

Irma said...

Ellooo..

U stay mana? Buat lesen kat mana?
Dropping by :)

Fara Dee said...

Hey hello. Oh I stay dekat Shah Alam and buat lesen dekat Mandu Cekap High-tec. Dekat Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam. Try la ambik lesen dekat situ if you stay dekat area Shah Alam aite *promote pulak aku ni hikhik.

Oh ya thankyousomuch for dropping by Irma :)

Anonymous said...

306846

Fara Dee said...

Apa kau? -.-