Assalamualaikum.
Sebahagian daripada satu bulatan, pasti mengetengahkan satu pendapat yang seragam iaitu Ya. Sebahagian yang lain pula pasti mengetepikan satu pendapat yang bertentangan iaitu Tidak. Biasalah, lumrah hidup. Sebab tu ada golongan yang maju dan terus maju tanpa menoleh ke belakang. Golongan yang tak ditoleh inilah yang masih berada di takuk lama. Duduk, diam sediamnya. Memerhatikan kejayaan orang, sesekali mengerling pada diri sendiri. Atas dasar cemburu, kritikan mulalah dilemparkan. Bagi aku, kalau orang itu layak mendapat penghargaan, seharusnya kita kena berikan. Sebagai contoh,
" DP lawa :) ", kata Amirul Adli.
Nampak tak? Benda tu tak seberapa pung, tapi dapat buat si empunya DP tu tersenyum sepanjang hari. Ohhh ye, DP itu default picture bagi sesiapa yang kureng hapam ye. Harap maklum. Senang cerita, bagi pujian pada orang yang layak. Bukan kerana kau nak mengurat dia, bukan kerana minah tu hotsetapp, bukan kerana mamat tu famous. Sehabis baik macam mana pun seseorang tu buat, kalau kau bukan budak hot, takda orang nak pandang kau. Cuba kalau aku ni Hana Tajima dan aku post status sebegini di wall Facebook,
" Hello everyone. "
Confirm beratus ratus orang like. Padahal status tu tak bermakna apa pun. Gentle tak layan komeng orang. Apadahal kannn? Artis boleh laa post status macam tu. Aku bukan artis. Aku golongan yang tak ditoleh tu. Ye ye aku la. Aku la yang cemburu tu. Sebab tu aku cenggini. Emosi lebih. Maap.
Setiap benda yang aku nak cakap, mesti ada tapi nya kan? Hikhik. Tapi aku takda lah sebel macam tu sangat. Andai kata ada yang tukar profile picture, mesti aku nak view. Walaupun tak like atau komen, mesti nak menjengah jugak gambar baru orang orang tersebut. Normal lah, sifat curious aku memang tinggi. Setinggi bintang di langit. Aicehhh. Selalu je aku like gambar Yasmin Redzuan dan Nunaa Ali. Serius, aku tak kenal pun mereka. Kawan pun bukan. Cuma, aku terpesona. Besar sungguh kuasa Allah, mampu menciptakan kecantikan yang sebegitu rupa. Tak percaya? Search je nama diorang dekat Facebook, mesti jumpa. Ada akal, ada hati kan? Nilai lah sendiri.
Kayy, sambung.
Aku paling tak boleh belah, paling tak boleh potong bila ada orang perli perli yang aku ni nak jadi hotsetapp. Come on, siapa yang taknak jadi. Apa tak best ke kalau ada orang like status kau? Apa tak best ke kalau ada orang komen gambar kau? Apa tak best ke kalau ada orang nak wall to wall dengan kau? Kau kasi cerita sikit dekat aku. Mai habaq ear to ear dengan aku. Oh aku lupa, kau kan jarang on the line. Budak yang selalu on the line macam aku ni je yang nak BAJET hotsetapp kan?
Aku teringat masa aku minta nombor Zakwan dalam Facebook. Zakwan sewenang wenangnya menaip bait bait nombor telefonnya itu dalam kotak komen wall post dan sempat meninggalkan pesan,
" Jangan bagi sesiapa nombor ni "
" Menon. Kalau kau bagi nombor dekat sini, memang semua orang nampak la! ", balas aku.
Rayhan pun serta merta like apa yang aku bebelkan dekat Zakwan. Tapi satu je tak terlintas dalam fikiran aku masa tu. Aku tak pernah fikir yang Zakwan nak bajet hotsetapp. Kononnya dia nak market nombor dia pada bebudak perempuan yang mungkin rabun atau kurang nampak dan mengeluarkan kenyataan Zakwan itu handsome lalu mencuri nombor Zakwan yang tersembunyi di sebalik komen wall post. Tak pernah, sekali pun tak pernah. Aku buat rilek je la. Nombor dia, sukahati dia la. Janji, niat dia suci murni dan ikhlas nak bagi. Steady ah Zakwan.
Andaikan tempat Zakwan digantikan dengan tempat aku. Kau rasa aku bajet hotsetapp tak? Try la jawab. Tak pun, tinggalkan segala keperlian di ruangan message Facebook aku ek.
Nota : Cerita benar di Facebook.
.
2 comments:
biaselah..kita ni org biase.huhu. jom jd artis! hehe http://www.geekintherainbow.blogspot.com/
Apa apa pung, kena bersyukur ye dok? Hikhik. Jom jadi artis!
Err macam mana nak jadi artis? Nyanyi pung tak pandai. Haha :D
Terima kasih kerana mengomeng!
Post a Comment