Friday, May 25

Tudung? Macam - macam ada.

"Orang dulu-dulu tak ramai yang bertudung. Untung kau sekarang."

That's what Mama said to me. Memang tak dapat dinafikan bilangan orang yang bertudung boleh dikatakan banyak juga la berbanding dengan orang yang tidak bertudung. Mostly kalau kita ke mana - mana pun, memang kita akan jumpa ramai yang bertudung. Except for tempat - tempat macam konsert, club semua tu. Well, mungkin ada jumpa tapi jarang - jarang.

Aku start pakai tudung pun masa darjah 4 rasanya. Tanpa paksaan, memang terbit dari hati nak pakai sendiri. Aku masih ingat lagi masa tu aku tengah pakai baju sekolah semua and then secara tiba - tiba je aku bersuara,

"Esok pergi sekolah nak pakai tudunglah."

Alhamdulillah.

Dulu tudung macam tak pelbagai sangat. Yela tudung bukan sebahagian dari fesyen masa tu. Aku pun start pakai dengan tudung bawal je. Cara pemakaian pun tak pelik - pelik. Yang membuatkan tudung bawal tu nampak unik hanyalah corak batu - batu liplap yang ada dekat hujung tudung. Siapa still ingat tudung Dato' K? Haha. Mahal kot at that time.

Bila kemunculan Yuna dalam persada seni kita, secara tiba - tiba tudung berevolusi. Tudung yang gunanya hanya untuk menutup rambut sekarang dah jadi permainan fesyen. Aku memang bertuah kerana revolusi tudung ni lahir masa aku tengah bersekolah. Pendek kata, zaman remaja yang tengah mencari identiti. At that time aku pun fikir why not we give it a try kan.

  • Selendang

My first selendang and baju kurung cotton hihi

Selendang yang sangat licin dan bercorak

Selendang ni kira permulaan la kepada fesyen hijab. Selendang juga pernah digelar sebagai 'tudung Yuna'. Aku tabik dengan Yuna sebab kemunculan dia bukan saja bagi kesan mendalam dalam muzik, tapi juga gaya moden untuk wanita bertudung. Yuna membuatkan kita berfikir, hey macam mana dia boleh pakai macam tu? And another thing is, dia ibarat penggerak kepada ribuan youtubers yang berhijab untuk main gitar dan menyanyi. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. In my opinion, selendang ni paling simple nak pakai and tampak kasual.

  • Shawl

From left : Ana pakai pashmina, me wearing printed shawl, Tima pakai selendang

Mungkin ada orang lain anggap shawl ni maksud dia sama je macam selendang dan pashmina tapi entah kenapa aku rasa shawl tu ada bezanya. Melalui pandangan aku la, shawl ni bentuk dia sama macam selendang tapi fabrik dia tu lain sikit. Contohnya macam cotton shawl. Tak kisahlah yang jenis bercorak ataupun ada macam biji and manik manik dekat hujung shawl tu. Shawl ni pun selesa juga. Cuma disebabkan shawl ni pendek, agak susah nak gayakan.

  • Pashmina

This is my first time wearing pashmina and buat gaya loose cenggitu :)

Pashmina yang sangat panjang dan lebar. Legap

Dari segi bentuk, pashmina dan selendang memang sama. Cuma pashmina ni dia lebih panjang dan lebar. Kalau selendang materialnya kain licin dan jarang, pashmina pulak kain dia lebih bersifat legap dan tebal sedikit. Setahu aku, pashmina ni diperbuat daripada goat's wool. So korang boleh bayangkan kain dia macam mana la kan. Corak pun macam - macam. Pashmina lebih sesuai untuk dipakai kalau kita ada niat nak buat style pelik - pelik. Macam loose style ataupun turban.

  • Square hijab

Kiri: Tudung bawal kosong & kanan: tudung rambu wuu

Sebenarnya square hijab ini di - derive dari tudung bawal. Haha. Sebab nak menampakkan revolusi tudung bawal tu, so kita change nama dia kepada square hijab. Okay, square hijab ni dimodenkan dengan tudung bawal kosong dan juga tudung berambu. Tudung bawal kosong ni memang kosong sekosongnya dan mudah digayakan dengan pelbagai cara baru. Nak - nak sekarang nak pakai tudung bawal pun ada tutorial #eh Tudung berambu pulak ibarat ada ponny tail dekat hujung tudung tu. Tudungnya pula bercorak.

Banyak lagi jenis tudung macam tudung indon (tak bermaksud racis) , tudung syria, turban and on. Disebabkan aku takda pengalaman pakai tudung - tudung ni, aku takda la merungkaikannya pun. Yela nanti pandai - pandai cakap, lain pulak ceritanya eh. Yang paling latest sekarang tudung turban la. Turban memang stylo mylo but I don't think dia sesuai untuk aku. Plus, nak pergi mana FD oi pakai turban? Padang pasir? Trolololol.

See? Semua pakai tudung. Green for life! #tetiba

Doesn't matter la tudung macam mana pun, asalkan ado. Apa pun, perkembangan fesyen untuk wanita bertudung laa ni patut kita anggap sebagai something yang positif. Kalau kita tak appreciate, siapa lagi kan? Sekurang - kurangnya ada inisiatif untuk menggalakkan wanita memakai tudung. Apa pun, bagi diri aku sendiri, aku lebih selesa mengenakan tudung bawal. Tak susah dan tak ghimas.

Hey, siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati...

Tuesday, May 22

Sekolah ke kolej ni?

Aku rasa esok akan ada budak batch aku yang kembali ke kms setelah tiga minggu kot bersantai - santai dekat rumah. Mereka kembali bukan nak cari pasal tapi bertindak sebagai facilitator yang akan menguruskan minggu pengurusan pelajar baru untuk sesi 2012/2013.

Amboi, duaributigabelas.

Pelajar baru masuk mendaftar setahu aku 28 haribulan kot tapi faci ni kena mendaftar lagi awal dari depa memandangkan dorang kena ada mesyuarat. Yela, untuk bahagikan tugas. Siapa yang kena jaga parking masa first day tu, siapa yang kena uruskan hal makanan, siapa yang kena tunjuk arah jalan, siapa yang kena buat senam aerobik every pagi dan petang, siapa yang kena uruskan persembahan. Sesiapa apa - apa la.

Praktikum-mate gua. Gua takda pun dalam gambar ni. Sedih!



Aku tak jadi faci pun. Sebab aku tak apply. Kecoh orang kata siapa nak apply jadi faci kena pointer tinggi and lagi bagus kalau ada join kakom. Oh ye kakom tu macam majlis sukan seluruh matriks dekat Malaysia ni. Kalau dekat sekolah, kita lawan - lawan rumah sukan kan? Kat sini, kita lawan - lawan dengan matriks dari negeri - negeri lain. Aku pun tak ingat dah Kolej Matrikulasi Selangor *bajet* dapat berapa. Yang penting, bukan johan dan bukan yang terakhir. Haha.

Yang johannya tahun lepas, Matriks Labuan. Puihh.

Aku pointer pun rendah, join kakom pun habuk takda so aku pun takda la mohon nak jadi faci. Plus kena interview lagi kalau dah dapat. Daripada tu, dorang akan saring lagi. Aku malas la nak berebut ni haha so apa kata kita bagi je peluang kat orang lain? Yang rajin sangat nak uruskan junior ni? Ugh tak kuasa mak yuuuu.

Untuk junior kesayangan aku lagi - lagi yang nak masuk matriks Selangor tu kan, aku nak habaq sikit la ni. Banyak beza matriks dengan sekolah. Korang kena peka sikit. Eh jap ada ke junior-nak-masuk-matriks baca belog aku ni? Kahkahkah. Buat lawok je ekau ni. Argh, tak kisahlah. Yang dah tua bangka tu pun kalau nak baca pun, apa salahnya. Boleh menggamit memori silam aiceh hihi.

Apa beza kolej matrikulasi dengan sekolah menengah?

Nak cakap pasal beza memang banyak, lagi - lagi dari segi education. Yang aku nak bezakan ni cuma hal - hal ringan tapi tersembunyi. Haha. Aku sure macam ramai yang tak perasan pasal perbezaan ni. Ini just pandangan aku dekat kms la. Matriks lain aku tak tahu macam mana. Tau. Dah letuw, jom baca! Hahaha k poyo.

  • Suasana dekat cafe

Waktu rehat dekat matriks ada dua kali. Waktu pagi dengan tengahari. So korang boleh pilih nak makan time bila. Aku selalu lunch time waktu rehat pertama, dalam pukul 11 macam tu. Sebab yang tengahari tu kita utamakan untuk tidur dengan solat Zuhur. Makanan pun macam - macam. Korang boleh order lagi. Kalau dekat sekolah, mesti bising nak mati la kan dekat kantin tu and kalau nak beli apa - apa mesti bajet nak rebut  - rebut. Haha. Takda makna nak beratur. Tapi dekat cafe matriks ni, automatik korang beratur. Panjang macam mana pun, sabar beratur. Eh?

  • Mekap

Kalau ada budak mekap dekat sekolah, macam pakai eyeshadow celak blusher bagai, memang nak kena lampi la dengan senior. Bitch, kau ingat kau cantik sangat? Itu selalunya gelagat budak junior la. Senior rileks je, pakai bedak tabur je pergi sekolah. Sekolah je pun? Tapi dekat matriks, korang mekap la heavy nak mampus pun, takkan ada orang nak marah. Even lecturer sendiri akan galakkan korang mekap. Sekurang-kurangnya eyeliner and lipstick. Kononnya nak nampak matang dan confident. Tapi aku tak mekap pun, kisah?

  • Makan dalam class

Kalau dalam class masa dekat sekolah, kau nak minum pun kadang - kadang kena minta izin dari cikgu sebab nanti timbul konflik kononnya kau tak hormat cikgu tu. Cikgu tengah mengajar, kau boleh bantai minum pulak. Nak makan? Lagi la haram jadah memang tak boleh. Dekat matriks, kau boleh makan dalam class. Tapi bukan something yang heavy la. Just makan macam gula - gula, biskut or roti untuk hilangkan mengantuk lagi - lagi dalam lecture atau in case tak sempat nak rehat. Yela, kitaorang kan BUSY.

  • Lelaki perempuan

Masa sekolah, kalau kita nampak budak lelaki perempuan together jalan - jalan, memang akan dibanteras sehabis - habisnya. Sampaikan sekolah aku dulu sanggup pasang cctv dekat lorong - lorong yang berpotensi dijadikan port dating, semata - mata taknak bagi couple jumpa or so whatever. Memang akan macam melanggar norma la kalau dating dekat sekolah. Tapi dekat matriks lain, kau nak dating kat cafe ke koop ke library ke bilik tuto ke, pergilah. Benda tu tak pelik pun. Setakat nampak lelaki perempuan jalan together, it's still okay. Asalkan no touch touch naaa.

  • Cikgu ke lecturer?

Dekat sekolah, poyo pengetua akan suruh korang ingat semua nama cikgu. Kalau tak ingat, memang jadi masalah besar. Hak aloh. Tapi dekat matriks, takda sapa kisah. Even nama lecturer yang ajar aku kuliah pun aku tak ingat kahkahkah. Another thing, dekat matriks korang kena panggil lecturer korang Encik/Puan/Mr/Madam/Sir/Miss/Ustaz/Ustazah. Yang kena panggil doktor pun ada. Apa pun depends pada lecturer tu sendiri dia nak dipanggil apa. Ada je students panggil lecturer tu cikgu but please, grow up lah. Kita bukan dekat sekolah lagi, betul tak?

Beza tak beza, one thing yang tetap sama adalah RULES. Peraturan dekat matriks and sekolah tak banyak beza. Fyi, matriks tersangatlah lain dengan universiti. Dekat universiti, no one cares pasal apa yang kau buat. Seriously. Dekat matriks, korang akan dilayan macam budak - budak sikit la sebab pelajaran sangat diutamakan. Schedule memang pack so bila takda orang nak ingatkan, takut hanyut nanti. Memang tak best tapi at least, korang akan terkawal. Takda la culture shock sangat nanti.

Eh terasa ke.

Sunday, May 20

Pada suatu hari..

Aku sibuk online masa Mama tiba - tiba masuk bilik. Aku ignore je tapi dia steady berdiri depan aku. Malas nak meng-usha sebab keadaan bilik pun tengah gelap tambahan lagi aku pun tengah khusyuk stalker orang. Dah dia berdiri tak gerak-gerak, seram pulak aku. Aku pun toleh.

"Eiii burung!"

Rupa - rupanya Mama tengah pegang burung merpati. Haha. Kononnya nak memeranjatkan aku tapi respons aku lambat pulak. Biasalah, aku memang lambat dalam segala hal. Tang tidur dengan tengok tv je awal, kot? Hihi.

Aku ni berani berani takut, lagi - lagi dengan benda hidup. Tak pernah pegang burung rasanya sebelum ni. Nampak pun, usha dari jauh je. Keturunan keluarga aku pun takda yang bela burung. Jiran - jiran pun takda. Kawan - kawan? Lagilah takda. Jadi, burung ni memang sangat rare.

"Mama jumpa dia dekat depan. Berdiri je atas batu. Tak gerak - gerak. Mama tangkaplah."

Mama cakap, kalau kitaorang ada sangkar, boleh bela burung tu. First thing yang aku cadangkan, kita letak burung ni dalam tong sampah jaring - jaring aku warna hijau. Tapi apakan daya, saiz burung tu lagi besar dari tong sampah kecil tu. Badannya muat, cuma ekor dia terkeluar sikit. Dah tu, burung tu boleh berdiri satu tempat je.

Burung berdiri ke? #eh

Burung ni jinak, Mama katalah. Aku tengok, takda la jinak mana pun. Aku pegang, berlari - lari terkedek - kedek juga dia. Lepas tu, cari tempat ala - ala lorong gelap gitu. Kononnya nak bersembunyi. Eleh, macam lah aku tak nampak -.- Burung ni taknak terbang. Tak tahu apa masalah dia.

Memandangkan takda tempat yang sesuai untuk dia, Mama ikat kaki dia dengan tali. Supaya dia tak lari ke mana - mana. Bukan nak bersifat kejam atau nak menyeksa burung tu, cuma nak keep it safe buat sementara waktu. Maklumlah jalan raya depan rumah je, karang biarkan burung ni, mati pulak kena lenyek.

Nenek aku cadangkan kitaorang sembelih burung tu lepas tu makan. Aku tak dapat bezakan sama ada nenek aku tengah buat lawak ke atau dia memang serius o.O Tapi yang pastinya, aku menentang sekeras - kerasnya cadangan tu. Takda makna nak sembelih burung yang innocent macam ni. Sanggup pulak pun kan....

Kitaorang bagi burung ni makan nasi. Tapi dia macam takda reaksi sangat. Sampaikan nenek aku buka paruh dia, suap dia makan cenggitu. Barulah burung ni mengunyah. Nenek aku belai dia atas riba, boleh duduk rileks je burung ni. Taknak pulak lari atau terbang - terbang. Masalahnya, badan dia tak luka pun. Sayap dia okay je kadang - kadang dia kebar - kebarkan. Berjalan pun boleh, kira kaki dia takda masalah.

Persoalan tinggal persoalan.

Disebabkan Mama taknak menanggung segala jenis najis yang bakal ditinggalkan oleh burung tu, maka kami pun bukalah ikatan tersebut dan melepaskannya. Still, aku pantau mana dia nak pergi. Haha. Nak elakkan dia dari duduk diam atas jalan raya. Aku jalan belakang dia, mungkin dia perasan aku follow *well of course la perasan. Aku kan ibarat gergasi untuk dia lol* burung tu pun lari masuk dalam taman. Taman pokok bunga depan rumah aku tu je, bawah pokok jambu. Eloklah dia bersembunyi dekat situ.

"Kena makan dengan rakun baru tahu."

Jadi, bersemadilah burung tu dekat situ. Aku sekarang dekat dalam rumah, tak tahu dah apa nasib burung tu sekarang. Yang pastinya, nenek aku cakap burung tu berkemungkinan demam atau lemah sebab tak makan, sebab fizikalnya yang kurus. Aku rasa ada betul kot, yelah tafsiran orang tua ni kadang - kadang tak boleh disangkal kesahihannya sebab diaorang kan dah makan garam dulu.

Apa pun, aku sempat bagi nickname untuk burung tu. Cubalah teka? Taknak teka? K pemalas. Aku panggil dia, Buyun. Hahahahahahaha aku kan memang suka cakap pelat - pelat ni ahaks.

Macam karangan typical zaman sekolah rendah, kan? Pada suatu hari...

Friday, May 11

Korang main apa?

Terbaca satu status di Facebook pasal beberapa jenis permainan pada zaman baya - baya kitaorang dulu. Kalau ikutkan bebudak sekarang dah tak main dah segala jenis permainan. Kalau main pun, yang jenis moden.

Main football guna playstation. Main juga, kan?

Kadang-kadang kesian juga dengan budak-budak sekarang ni. Bukanlah nak kata korang takda life, ish bukannnnn hoho cuma korang macam kurang bergaul. Dah tak nampak dah nilai-nilai murni bila bermain permainan-permainan tradisional mungkin?

Budak darjah satu pun dah ada akaun Facebook dah sekarang. Ini menunjukkan bahawa budak-budak dah tak bergelimpangan dah dekat luar rumah. Balik sekolah, on Facebook dan duduk chatting berjam - jam. Ayat kemainlah, berbunga - bunga nak mengurat awek tu. Eh silap, aweksss ahaks. Mungkin itu seronok sikitlah untuk bebudak yang ada computer and Internet connection dekat rumah. Untuk yang takda tu, dorang kocik - kocik lagi dah pergi cyber cafe. Tak ke bahaya tu?

Habis duit pun.

Masa zaman - zaman muda aku dulu cewahh janji dekat kawan - kawan nak main game petang - petang tu memang menjadi rutin. Bagi aku sendiri, idoklah hari - hari aku keluar rumah pergi main sebab persekitaran rumah aku ni banyak jalan raya je. Jadi, memang takda kawasan yang sesuai untuk bermain. Namun, tak menjadi masalah sebab boleh ajak kawan datang, main dalam rumah. Comelkan? :> Tahu hihi so apa je permainan - permainan yang aku main masa zaman kecil - kecil dulu? Jom baca!

1. Kereta control

Walaupun permainan ni nampak moden dan obviously, takda ciri tradisional langsung haha tapi aku mula didedahkan dengan benda alah ni masa aku umur 3-4 tahun macam tu kot. Masa tu tak reti main lagi la tapi aku usha je dua ekor abang aku main. Zaman tu pulak family aku tengah banyak duit so pantang nampak ada kereta control tengah jual kat pasar - pasar malam or dekat Giant ke apa, MESTI beli. Kalau tak, abang aku merajuk dan menghilangkan diri. Haha. Sakai kau bang. Bila dah masuk tadika, baru aku reti main sendiri. Ingat lagi, kereta control pertama aku warna merah. Kereta Ferrari ala - ala formula one. Haha taknak kalah!

2. Bola padang

K zaman tu mana ada futsal bagai. Kalau dah namanya bola, mestilah main atas padang. Masuk akal kan? Tak macam sekarang. Main bola atas benda alah apa macam tikar getah je, dah tu dalam tempat tertutup pulak tu. Futsollll la katakan *flip tudung* berapa banyak bola yang ada dalam rumah aku dulu pun aku dah tak ingat, tapi memang banyak. Macam - macam rupa pun. Ada masa, main dekat padang. Kalau tak, selalu main bola dalam rumah je dengan abang aku. Aku bertindak sebagai penjaga gol. Bangga sangat masa tu padahal reason abang aku suruh jadi goalkeeper sebab aku tak pandai main -.- budak kecil la katakan!

3. Kasut roda

Aku tak tahu apa yang menghasut fikiran aku untuk beli kasut roda walhal aku tak pandai main pun. Apakah? Haha. Yang peliknya, aku kecil lagi masa tu. Main kasut roda masa kecil - kecil tu macam handal sikit la. Bolehlah jalan tanpa berpegang pada apa - apa *if yknow what I mean* tapi bila dah tua - tua, nak bangun dari duduk lepas pakai kasut roda tu pun takut separuh mati! Haha. Kasut roda aku warna purple! Bieber youuuu, memang dari kecil aku dah tahu dah kemunculan Bieber tu haha. Well, budak sekarang nak main ice skating je kat Sunway tu. Ah menyampah.

4. Layang - layang

Biasalah kan kalau parents muda lagi and anak - anak kecil lagi, mesti keluar jalan - jalan bersuka ria every weekend. Macam tu la family aku dulu. Kitaorang selalu pergi berkelah dekat Pelabuhan Klang or  Morib. So apa kelas pergi pantai kalau tak main layang - layang kan? Everytime keluar, asyik nak beli layang - layang je memang kopaklah duit parents aku. Haha. So kitaorang adik - beradik belajar buat layang - layang sendiri and the best part was, layang - layang tu menjadi! Guna penyapu lidi, suratkhabar and cellotape je. Mainlah petang - petang dekat depan rumah sebab berangin sikit. Rumah lama la. Bukan rumah sekarang. Hihi miss old times :)

5. Guli

Takdalah pandai sangat main guli ni, aku ikut je apa yang abang aku suruh. Dia suruh baling, aku baling. Dia kata aku kalah, aku pun kalah yeay. Haha. Tapi passion aku masa tu adalah mengumpul guli. Korang tahu tak bekas yang jual makanan macam bentuk rokok belang - belang tu? Kitaorang adik - beradik kumpul guli sampai penuh bekas tu. Haha. Punyalah banyak, macam - macam warna ada. Bila free, aku akan kira bilangan guli tu ikut warna and record nya bagi kat abang aku untuk dianalisis sekiranya berlaku sebarang kehilangan bhahahaha tak boleh blah. I wonder, mana perginya bekas guli tu sekarang o.O

6. Teddy bear

Perempuan dan teddy bear tak dapat dipisahkan, ibarat lagu dan irama. Aiceh. So koleksi teddy bear dan anak patung aku sangatlah banyak. Sampaikan siapa je yang nak mengambil hati aku, haruslah membelikan ku teddy bear yang comel - comel belaka. Anak patung yang paling besar pernah aku ada adalah sama saiz dengan seorang budak darjah 4 macam tu. Berukuran satu meter lebih kurang. Cantik tau, rambut dia warna coklat siap bertocang lagi. Haha. Tu semua dulu, sekarang Mama dah buang everything sebab takut aku terpengaruh dengan teddy bear semua tu. Yela, 'berhantu' katanya.

7. Masak - masak

Ini kalau takda budak perempuan main, bukan budak perempuanlah katanya. Haha. Main masak - masak, kahwin - kahwin, mekap - mekap, cikgu - cikgu tu memang permainan azali la. Disebabkan aku perempuan, so lets focus on main masak - masak. Set pinggan mangkuk, kuali periuk, dapur gas semua tu memang ada lah, tak payah tanya. Makanan pun ada macam jagung, cili, terung. Haha. So kalau aku dah pishang sangat dekat rumah, aku akan keluarkan semua set permainan ni. Bentang tikar dekat garage and main je la masak sorang - sorang. Siap ada breakfast, tea time bagai tauu. Abang aku tak pernah nak join, so aku main sorang je la.

8. Tengteng

K aku tak tahu la ejaan dia macam mana. Rumah lama aku dulu dekat jalan mati so memang takda kereta nak lalu melainkan itu kereta jiran aku la kan. Rumah pulak berhadapan dengan orang lain, so masa tu memang ramai kawan yang baya - baya aku. Kalau petang, ambil kapur buat kotak tengteng tu sendiri ajak semua. Main ramai - ramai. Kalau korang nak tahu, aku lah jaguh tengteng nombor satu di dunia masa tu. Haha. Susah nak kalah. Bila susah nak kalah, yang lain pun fed up nak main. Ate nak buat acane hikhik. Kawan baik aku masa ni nama dia Ijam. Haha.

9. Batu seremban/Penutup botol

Pergh, ini kalau takda orang tahu, memang tak payahlah hidup dekat Malaysia ni. Haha.
Ini memang menjadi zaman kegilaan semua orang. Batu seremban tu cuma taruk kacang hijau yang boleh buat bubur or menjadi taugeh tu, dalam kain perca empat segi then jahit. Nak cantik lagi, buat bentuk tiga segi. Buat lima biji then main lah start dengan batu satu sampai batu 10 kot. Ahaha aku pun tak ingat. Famous sangat batu seremban and penutup botol ni sampai boleh dijual dekat kedai. Hebatkan? Padahal boleh buat sendiri je kot. Mama je la selalunya jadi mangsa aku untuk buatkan aku set batu seremban warna warni. Aww, semua orang jealous hihi. Aku selalu main penutup botol ni dekat sekolah agama dengan budak lelaki. And again, aku la juara main batu seremban dan penutup botol. Hakhakhak.

10. Jutaria

Tak sure la apa nama dia, tapi game yang memerlukan duit, kad, dadu dan benda kecil berbentuk rumah bangunan semua tu. Haha. Aku rasa permainan ni bertahan sampai sekarang kot sebab yela game ni bagus lagi - lagi untuk bermain dengan seisi keluarga. Aku selalu kalah benda alah ni kalau main dengan abang aku. Bengkek betul gua. Bila macam dah nak muflis tu, aku merajuk taknak main and cakap abang aku main tipu. Aku tak puas hati. Dah jadi macam tu, abang aku sedekahkan aku duit and pujuk aku untuk continue main hahahahaha aku pulak yang main tipu. Takda siapa jadi banker, kitaorang main then pandai - pandailah uruskan duit sendiri hihi.

Setakat ini, tu je la yang aku mampu tulis. Banyak lagi permainan sebenarnya macam wrestling, badminton, basikal, sofball, mandi kolam plastik tu, main family card, baling seliper dan macam - macam lagi. Zaman kecil aku memang kebanyakannya dipengaruhi oleh abang - abang aku sebab aku yang paling bongsu kan. Aku agak lasaklah dulu, baju pun mostly aku tibai baju abang - abang aku. Rambut tak payah cerita, dari aku lahir sampai darjah empat rasanya, rambut aku sentiasa pendek. Sentiasa. Tomboi la katakan hoho.

Bila dah besar, abang - abang aku pun dah start ignore aku *ayat sedih* haha. Barulah aku sedar yang aku ni perempuan and terlintas la niat nak pakai tudung. Alhamdulillah, kekal sehingga ke hari ni.

Coretan ini membuatkan aku rindu childhood aku. Abang  - abang aku. Korang macam mana?

Wednesday, May 9

Jadi penasihat pulak dah

Siapa kata blogging senang? Siapa kata?

Walaupun kadang - kadang orang tu tulis panjang - panjang and merepek, still dia ada idea nak tulis. Cuba kau tanya mana - mana blogger. Mesti dia pernah dah niat nak update everything semua but last - last dia stuck dekat depan laptop. Tak tahu nak tulis apa.

Apa yang dah ditulis pun rasa tak kena, asyik padam, padam dan padam. Ended up tak tulis apa - apa langsung, terus on Twitter pulak. Tak pun, kalau update pun, niat tu dah tersasar. Bajet nak update yang kita keluar jalan - jalan tapi terupdate benda berunsur politik - BERSIH 3.0 #ehteraseke Bukan senang tau blogging ni sebenarnya. Readers cuma tahu,

"Bila nak update blog lagi?"

"Tulis la panjang-panjang sikit."

"Takda idea? Apa kata kau tulis pasal aku? Kehkehkeh"

In case kalau kau ada readers yang setia membaca la. Kalau takda tu, hm tak muncul kot soalan - soalan ni haha no offense eh. So aku baru je login dalam akaun Formspring aku tadi. Pergh, sumpah berhabuk. Nasib labah - labah belum beranak pinak lagi dekat dalam tu. Aku rasa aku nak active balik ber - FS since yela, dah duduk rumah ni. Banyak masa la konon wakakaka so aku letak widget FS kat tepi tu. Nampak tak nampak tak? Tak nampak, pendek umur. Aiyokk.

Tanya la apa - apa.

Don't worry. Korang boleh appear as unknown dekat Formspring tu. So aku takkan tahu pun siapa yang tanya and korang pun takkan kantoi. Eleh, suka letuw? Ask me anything, pasal matriks ke, pasal tudung ke *takda kena mengena* atau pasal cinta ke auwww haha. Bila dah berzaman tak online FS tu, soalan pun berzaman - zaman juga banyaknya. Ada dalam 900++ soalan yang belum dijawab lagi. Aku ingat nak delete je la semua tu bhahaha malas pulak nak menjawab. Tengoklah kalau rajin.

Dah besar - besar macam ni kita mesti akan usha apa perkembangan budak - budak sekarang, yela so that kita boleh berlagak macam seniors yang dah makan garam dulu. Bangga sikit bila budak - budak sekarang refer kat kita kalau ada masalah ke apa. Kahkahkah bila lagi nak jadi poyo. So dekat Facebook ramailah budak baya aku yang bertindak jadi penasihat hari ini gara - gara result UPU untuk budak batch 94 dah keluar.

Time aku dulu, aku senyap - senyap je dapat offer. Sekarang, dapat offer huh terus pergi tekan printscreen then upload dekat Facebook. WTF? o.O Adik, tak perlu berbangga sampai macam tu. Yela, tahulah adik dapat Asasi. TESL pulak tu. UiTM pulak tu. Memang bangga dik kira adik ni pandai English semua kan. Tapi dik ini bukannya the end tau dik. Ini cuma permulaan je. Kalau belum start lagi pun, adik dah bangga - bangga, nanti kalau tiba - tiba adik terjatuh dalam perjalanan tu, macam mana? Malu dik kalau orang tahu. Masa tu, barulah adik sibuk - sibuk nak sorok.

Nasihat aku satu je la, kejayaan kau sekarang cuma sebagai penanda aras je. Belum cukup lagi nak membuktikan kau berjaya, in short kau pandai. Bagi aku, istilah pandai tu takda. Melainkan hanya usaha, kerajinan dan tawakal. Thats all really matter. Menuntut ilmu ni satu ibadah, sebab tu jangan sesekali lupa pada yang maha Esa.

Kesian bila nampak some juniors tak dapat mana - mana tawaran. Jangan risau, kita tak dapat bukan sebab apa, itu bukan rezeki kita. Kalau kita betul - betul niat nak belajar, dekat mana - mana pun boleh. Mungkin tak gah kalau kita tak belajar dekat U tapi cuba fikir balik. Yang gah tu sebab dia universiti. Student dia tak gah pun. Kan? :)

Lagi satu, aku tengok juniors ni awal - awal lagi dah mengalah. Sombong pun ada. Matriks taknak mohon, STPM taknak pandang. Nak masuk U je. Sekarang dah tak dapat U, kau nak melalak macam mana? Kita kena buka mata luas - luas. Kita mohon je apa yang ada. Rezeki tu di tangan Allah. 

Well, matriks isn't that bad after all. Kenapa korang taknak masuk matriks?!?!

Memanglah matriks susah sebab dia one year. Yela, sebab dia one year la dia susah! Matriks ni sebagai jalan singkat untuk korang cepat terus ke degree. Korang taknak ke graduate cepat - cepat? College life ni boring weh gua cakap lu, tak sama macam sekolah. Better cepat habiskan study.

Takda la kalau korang masuk matriks tu, korang 24/7 study. Takda k? Itu semua gambaran je untuk menakut - nakutkan korang. Cara study yang berkesan dekat matriks ni, senang je. 

1. Fokus

Korang kena sentiasa fokus dalam lecture. Kalau lecturer tak provide nota, korang salin je laju - laju apa yang lecture tu mengajar. Tu salah satu tips untuk elakkan korang dari bercakap dengan orang sebelah and the front seat is always good for you. Duduklah depan. Nescaya korang akan lebih senang nak bagi perhatian.

2. Jangan bertangguh

Duduk matriks ni, hari - hari korang akan ada homeworks. Banyak atau tak, itu bergantung dekat lecturers korang la. Kalau korang taknak kerja banyak, korang kena pandai la ambil hati. Macam plan dengan lecturer untuk agihkan kerja itu secara berkumpulan atau pun minta tempoh masa lama sikit ataupun pilih - pilih soalan. Tapi kalau dapat lecturer yang garang, tu memang nasib koranglah. Bila tutorials banyak, jangan bertangguh. Terus siapkan walaupun esoknya takda class subject tu. Sebab akan ada unexpected work untuk korang esok lusa nanti, confirm.

3. Short notes

Kadang - kadang dapat nota, kadang - kadang tak dapat. Entahlah kenapa tapi nota dari lecturer ni tak banyak membantu sangat sebab korang bukan baca pun kan? Haha. Lagi - lagi Bio. So korang memang mustahak untuk buat nota sendiri. Aku sarankan, kau highlight benda yang penting dalam buku rujukan, and mana yang takda dalam buku tu, korang semak dekat notes yang lecturer bagi and tulis dalam sticky pad and tampal dekat ruang - ruang kosong dalam buku rujukan korang. Lagi berwarna - warni buku rujukan kau, lagi orang gerun. Baru ada life *only in matrics*

4. Study group

Jujurnya aku bukan join pun study group ni sebab sejak azali aku memang dah biasa study sorang - sorang. Tapi aku tengok classmates aku je. Sebab dorang ni ada study group sendiri. So aku memang nampak yang study group sangat membantu dorang lagi - lagi dalam menyiapkan kerja tutorials. Haha. Sebab dorang akan agih - agihkan soalan tu, and jawapan nya nanti tiru je la. Tapi bukan tiru kosong. Dorang akan explain and bincang dulu kenapa jawapannya macam tu. So dua kerja boleh settle. Siapkan homeworks and revision at the same time.

5. Berbuat baik dengan lecturer

Ini sangatlah mustahak sebab apa je yang kau buat, akan dianalisis oleh lecturer termasuklah markah - markah kerja rumah korang and sahsiah diri kau. See? Homeworks pun dinilai weh. Itu tak termasuk assignment tambahan lagi, research project lagi. Markah ni pulak semuanya menyumbang dekat keputusan bila kau exam nanti. So berbuatlah baik dengan lecturer korang. Kau jambu je dia, kalau dia kenal kau. Dia takkan sampai hati nak bagi kau markah cikai - cikai. Yela, dia kan manusia?

6. Aktif

Kelas dari pagi sampai petang memang akan membuatkan korang letih tahap gaban. Aku rasa masa first week of classes mesti ada yang pengsan and surrender awal - awal. Haha. Kunci untuk korang supaya rasa sonang je nak study ialah dengan bersikap aktif. Aktif tak bermaksud korang kena sentiasa berlari ke apa, it's just korang kena ada time untuk beriadah. Mungkin tak boleh turun padang hari - hari, tapi kalau weekends duduk hostel tu, pergilah turun jalan - jalan sekeliling matriks. Cantik tau matriks selangor, sebab berbentuk bulat. Kau ada? Hihi. Lagi satu, jangan lupa amal jariah dan ibadah. Cukup solat lima waktu plus solat sunat tu pun dikira senaman juga tau. Still boleh active walaupun duduk dalam bilik. Makan kena jaga! Jangan makan megi je.

In conclusion, hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Bagi aku, ni tips - tips tambahan je. Yang utama, kena positive. Bila kau sentiasa bersikap positive, semua benda yang kau buat insyaallah akan dipermudahkan. Sentiasalah berdoa, minta la apa - apa je dekat Allah. Dia akan sentiasa mendengar.

Contohilah classmate aku, Alisa yang sentiasa ke surau setiap malam untuk solat berjemaah. Even banyak kerja macam mana pun, dia rileks je. Sentiasa ceria. Semua kerja dia siapkan. Semua. Aku kagum macam mana dia bahagikan masa - masa dia. Aku bet Alisa akan dapat 4 flat untuk final sem lepas. Alisa, baca tak ni? Hihi.

There are 1001 ways which lead us to success. Goodluck all!

Sunday, May 6

I believe a picture tells a thousand stories

The last week of classes - 5 & 6 April 2012







Sains Modul 3 Kuliah 1 Praktikum 1,
Kolej Matrikulasi Selangor,
Jugra, Banting.

I do not know what to say anymore. Thanks for everything. May we all success in everything we do in future, insyaallah.

Tiba-tiba rasa mata aku sepet.

Love, Fara.

Wednesday, May 2

It's like a year without rain

Khamis minggu lepas aku graduated, Rabu hari ni aku melepak dalam bilik tengok Showdown 2012. So, kira dah seminggu la kan? Seminggu bersamaan tujuh hari. So, yela kan? Haha.

Selama ni bersekolah selama 11 tahun, memang tak ke mana. Sekolah dekat, pergi sekolah jalan kaki or naik basikal. Bila dah habis, balik rumah makan tidur buat homework semua dekat rumah. Tiba-tiba bila masuk matriks, pergi kolej kena naik kereta sampai sejam, dah tu pergi tak balik-balik, tinggal sana dengan orang asing yang kau tak pernah kenal dan jumpa, lepas tu study makan minum tidur situ. WTF, bukan dekat rumah kot??!

Hell.

Itu yang aku gambarkan untuk kehidupan aku dekat sana. Entah aku tak beria-ia pun masuk matriks dulu, aku just ikut alirannya. Dulu dapat tawaran diploma mikrobiologi dekat UiTM kolopilah. Sampai menangis sebab tak tahu nak decide mana satu yang aku nak pergi daftar. Since family aku support aku lebih dan lebih bercerita mengenai kebaikan matriks, persiapan pun ke arah matriks, aku ikutkan je. Aku rasa aku decide nak masuk matriks dua hari sebelum pergi daftar tu, kot.

Aku tak dapat terima kena duduk asrama sebab aku mengaku, aku memang tak biasa duduk jauh dengan parents. Bukan sebab aku manja, bukan eh serius. Cuma aku memang tak biasa dengan environment luar. Kalau setakat nak kata aku tak pernah berjauhan, selalu je aku pergi camping sampai berminggu minggu. Plus, aku pernah minta MRSM and SBP masa aku darjah enam and form3. Tapi yela, bukan rezeki aku. Permohonan aku semuanya ditolak. Sedih, tahu?

Aku menangis lepas parents aku balik, tinggal keseorangan dalam bilik asrama. Masa tu aku sorang je yang baru ada. Roommates yang lain masing-masing belum sampai. K I don't care apa yang orang cakap masa tu whether I'm being sombong ke apa but it's just aku tak biasa okay dengan orang lain? Lagi-lagi strangers. Mampus ah, I just want my family and my bestfriends by my side. In fact, aku merahsiakan pemergian aku. Rasanya tiada siapa yang tahu apa tawaran yang aku dapat and mana aku belajar except for..teka la. Yes, my family and bestfriends je yang tahu. Yang lain, memang haram jadah tak tahu apa-apa. Sampaikan ada yang ingat aku tak dapat tawaran langsung. Toink.

Minggu orientasi memang hectic pathetic gila. Aku ikut je apa yang faci suruh bagai tapi dalam hati, pergh kuat memberontak duh. Aku malas je nak cari pasal. Mungkin sebab aku dah biasa kena suruh hentak lanyak maki ni semua sebab dah biasa kena masa kawad and camping. Well, tengok kaki la. Gua ahli kadet pertahanan awam yang paling setia. Jangan main-main ni. Badan je kecil, tapi hentak kaki seribu retakan dekat lantai. Hahahahahahahaha k muntah.

Aku memang anti dengan orang yang kuat merungut. 

It's like, hello dunia ni bukan nak puaskan kau sorang je okay? 

Kalau kau bukan anak raja, kau boleh senyap tak, sial?

Nama pun orientasi, nama pun minggu pengurusan pelajar baru. Jelaslah yang kau tu PELAJAR BARU. Buatlah gaya pelajar baru, tak payah nak merungut banyak sangat taknak buat tu, taknak pakai tu, penatlah, letihlah, panaslah, geli ah. Aih memang minta nak kena tapak je kau ni kan? Aku pulak yang panas mendengar ni.

Tu la perangai segelintir bebudak matriks yang aku perasan since dari hari pertama lagi. Dulu kalau sekolah, budak tu kaya pun takda makna nak menunjuk. Dekat sini? Kalau kau kaya, kau memang wajib bagitahu satu dunia kau kaya. Kalau kau pandai speaking, kau memang wajib speaking dengan semua orang dekat sini. Baru dapat respect. Again, WTF.

Kau tak payahlah nak cerita berapa kau spent untuk perbelanjaan raya kau, berapa banyak duit kau dalam bank tu kau tak payah cerita bro. Kau ingat aku heran sangat dengan duit kau? Mentang-mentang aku tak cakap omputeh, aku tak pakai iphone, bb bagai, aku low class? Kalau aku low class pun, so what? Aku tak layak masuk matriks? Cermin diri beb, kau kaya ke apa. Itu duit bapak kau bro. Bapak aku rileks, tapi anak dia masuk gak matriks. Kau MRSM ke SBP ke Victoria Institution ke, kau ended up masuk matriks kan? Sama je macam aku budak sekolah biasa ni. SAMA LEVEL JE DUH.

Rileks sissy. Take a deep breath.

Well, itu keadaaa aku masa mula-mula masuk matriks. Yela kita mestilah kena kenal-kenal dengan semua orang. Dari situ, baru kita boleh menilai apa yang baik dan buruk, barulah boleh memilih kawan. Sem satu aku memang friendly, memang senanglah nak nampak aku dekat mana-mana. Jumpa sesiapa yang aku kenal, hi! Tak kenal pun, aku boleh tegur hi! then terus jadi kawan. Haha. Tapi bila sem dua, aku lesap dari pandangan. Sampaikan kawan-kawan lelaki aku dekat situ semua macam, 

"Hey Fara Dee, mana kau? Dah lama tak nampak?" 

"Ada je dekat sini. Cuma after class, aku straight balik bilik."

Aku memang sejak azali suka benda lasak so masa sem satu aku memang hampir hari-hari turun jogging. Tak dapat jogging petang, aku jogging pagi-pagi masa weekends. Masa koko, aku main netball. Salah satu game yang aku agak expert juga la well hey, netball kan game perempuan. Ada ke perempuan yang tak tahu main netball? o.O

Other than that, aku main badminton sampai lengun-lenguh lengan sebab pukul kuat sangat. Aku akui ah tangan aku ni memang kuat sikit. Kalau main bowling, bola boling tu aku bukan gulingkan, aku baling hahaha dahsyat betul. Nasib tak pecah je lane tu. Kahkahkah. Kadang-kadang main basketball dengan Adli. Si mamat tinggi ni memang kena mengajar aku cara nak shoot bola. Ada ilmu, mestilah kena kongsi, tak gitu auwwww.

Tapi masa sem dua, hilang semuanya. Yang aku buat, pergi class, time rehat, makan, time rehat lagi, tidur, after class, makan, then online or buat tuto, malam tidur kroh kroh. Takda maknanya nak turun petang-petang beriadah ke apa no way man. Aku dah retired. Dah cuci tangan. Haha.


Hidup dekat matriks memang kena pandai sosial, tapi takat tu je la. Sosial sampai kau dapat kawan-kawan yang real. Bukan kawan-kawan yang kawan untuk kepentingan je. Sosial pulak jangan nak lebih-lebih. Jangan nak berdating sangatlah buat orang sakit mata je. Jaga batas, jangan nak pegang-pegang sangat, kang kena tangkap basah pulak opppsss.

Tak payahlah nak couple-couple ni. Better kawan je la. Lagi bagus. Syukran.

Apa perasaan bila dah habis matriks ni?

Assalamualaikum! Selamat bulan Mei and I just cut my hair SHORT! Hahaha. Masyaallah dah lama betul aku tak buka blog ni. Dah berhabuk sana sini fuhh fuhhh. Tengok? Sampai labah-labah pun ada bergolek dekat sini ish ish.

So amacam? Rindu tak? Hikhik.

Aku tahu korang rindu. Yela, sampai ternanti nanti bila aku nak update lagi. Sabarlah. Cik mek molek macam aii ni memang busy sikit di alam realiti ahaks. Kperasan. Sebenarnya aku terputus dengan sumber internet selama beberapa minggu ni. Aku cuma mampu online kat phone je, tu pun kalau ada credit lebih ah. Bolehlah online. Foinee tak pakai bb. Foinee. So takkan la aku nak update blog kat phone kan? Takkan la. Tak dapat penghayatan yang sebenar tu huehue.

Oh ye, aku sekarang dengan bangganya mendapat jolokan penganggur lepasan matrikulasi. Baru graduated khamis lepas, 26 April. Setelah setahun hidup macam mayat, akhirnya survive! Haish, malu cheq. Bangga sangat ni kahkahkah. Takda la, gua tak berani nak cakap besar sebab sebenarnya lulusan matriks ni takda masa depan yang terjamin.

SEGHIUS.

Kitaorang takda terikat langsung dengan mana-mana IPTA, tak macam lepas Asasi or Diploma. Lepasan yang sebegini, sebelah kaki dorang dah masuk dah U bila nak sambung degree. For sure la, pihak U akan utamakan produk dorang dulu. Nak mengukuhkan kesetiaan. Misalnya, pihak UiTM akan mengutamakan lepasan pelajar dari Asasi UiTM dan juga Diploma UiTM, kemudian barulah lepasan Matriks. Betul tak? Nampak tak permainan dekat situ?

Lain cerita kalau kau pandai. Ummpppphhh kalau kau pandai, tak payah cerita la! Campak je mana-mana, ada je orang nak. Ibarat mutiara baling kat laut. Elok je timbul. Eh?

Final gua hari tu alamak terabur! Gua study sampai tak tidur malam beb, then masa exam mampuih stuck semua benda. Dah terangtangtang esei Bio yang keluar tu, semuanya aku dah baca and hafal, alhamdulillah. Tapi palat, bila aku tak ingat apa yang hafal.

"Hm apa ayat dia yang mula-mula eh?"

"Ala apa nama scientific dia niiiii"

"Jap, macam mana ejaan nama hormone ni o.O"

Last-last kau tahu aku buat apa? Aku pi hentam semua benda fast and furious, then aku tidur. Kahkahkah heaven guring setengah jam and hanya terjaga bila pengawas peperiksaan cakap masa menjawab telah tamat. Dang, finally. Balik bilik memang tak fikir ah ada exam apa lepas tu, lantak perhabiskan tidur. Ada gaya.

Kalau kau tinggalkan soalan sebab kau tak tahu, rasa-rasa kau boleh terima tak? Oh, tak? Kalau kau tertinggalkan DUA soalan sebab kau TAK PERASAN, rasa-rasa kau boleh TERIMA tak??! Haaa?!! Jawab jawab!!

Argh, beremosi aku. Aku tak boleh terima bila kedua-dua soalan tu membawa 28 markah keseluruhan. Hilang macam tu je, fuhh debu berterbangan. Padahal aku boleh jawab je dua soalan tu, ya Allah kacang weh alhamdulillah! Mesti aku boleh dapat markah punya kalau aku jawab! Sekarang nasib aku memang terumbang-ambing. Mesti pemeriksa tu kata aku bodoh sebab tak jawab langsung dua soalan terakhir. Kau memang bodoh, FD. Cuai nak mampus, ambik ah.

Ya Allah, aku yakin kau akan kurniakan perkara yang lebih baik untuk aku. Aku yakin. Yang hilang insyaallah akan ada kelebihan untuk aku. Semoga segalanya berjalan dengan baik aminnnn.


A picture with my practicum mates during the last lecture :) gonna update more soon. So juniors, ada siapa-siapa dapat Matriks Selangor tak? Haa kau? Habislah kau, pandai-pandailah deal dengan Kamen Riders tu. Hohohoho bye xx