Tuesday, May 22

Sekolah ke kolej ni?

Aku rasa esok akan ada budak batch aku yang kembali ke kms setelah tiga minggu kot bersantai - santai dekat rumah. Mereka kembali bukan nak cari pasal tapi bertindak sebagai facilitator yang akan menguruskan minggu pengurusan pelajar baru untuk sesi 2012/2013.

Amboi, duaributigabelas.

Pelajar baru masuk mendaftar setahu aku 28 haribulan kot tapi faci ni kena mendaftar lagi awal dari depa memandangkan dorang kena ada mesyuarat. Yela, untuk bahagikan tugas. Siapa yang kena jaga parking masa first day tu, siapa yang kena uruskan hal makanan, siapa yang kena tunjuk arah jalan, siapa yang kena buat senam aerobik every pagi dan petang, siapa yang kena uruskan persembahan. Sesiapa apa - apa la.

Praktikum-mate gua. Gua takda pun dalam gambar ni. Sedih!



Aku tak jadi faci pun. Sebab aku tak apply. Kecoh orang kata siapa nak apply jadi faci kena pointer tinggi and lagi bagus kalau ada join kakom. Oh ye kakom tu macam majlis sukan seluruh matriks dekat Malaysia ni. Kalau dekat sekolah, kita lawan - lawan rumah sukan kan? Kat sini, kita lawan - lawan dengan matriks dari negeri - negeri lain. Aku pun tak ingat dah Kolej Matrikulasi Selangor *bajet* dapat berapa. Yang penting, bukan johan dan bukan yang terakhir. Haha.

Yang johannya tahun lepas, Matriks Labuan. Puihh.

Aku pointer pun rendah, join kakom pun habuk takda so aku pun takda la mohon nak jadi faci. Plus kena interview lagi kalau dah dapat. Daripada tu, dorang akan saring lagi. Aku malas la nak berebut ni haha so apa kata kita bagi je peluang kat orang lain? Yang rajin sangat nak uruskan junior ni? Ugh tak kuasa mak yuuuu.

Untuk junior kesayangan aku lagi - lagi yang nak masuk matriks Selangor tu kan, aku nak habaq sikit la ni. Banyak beza matriks dengan sekolah. Korang kena peka sikit. Eh jap ada ke junior-nak-masuk-matriks baca belog aku ni? Kahkahkah. Buat lawok je ekau ni. Argh, tak kisahlah. Yang dah tua bangka tu pun kalau nak baca pun, apa salahnya. Boleh menggamit memori silam aiceh hihi.

Apa beza kolej matrikulasi dengan sekolah menengah?

Nak cakap pasal beza memang banyak, lagi - lagi dari segi education. Yang aku nak bezakan ni cuma hal - hal ringan tapi tersembunyi. Haha. Aku sure macam ramai yang tak perasan pasal perbezaan ni. Ini just pandangan aku dekat kms la. Matriks lain aku tak tahu macam mana. Tau. Dah letuw, jom baca! Hahaha k poyo.

  • Suasana dekat cafe

Waktu rehat dekat matriks ada dua kali. Waktu pagi dengan tengahari. So korang boleh pilih nak makan time bila. Aku selalu lunch time waktu rehat pertama, dalam pukul 11 macam tu. Sebab yang tengahari tu kita utamakan untuk tidur dengan solat Zuhur. Makanan pun macam - macam. Korang boleh order lagi. Kalau dekat sekolah, mesti bising nak mati la kan dekat kantin tu and kalau nak beli apa - apa mesti bajet nak rebut  - rebut. Haha. Takda makna nak beratur. Tapi dekat cafe matriks ni, automatik korang beratur. Panjang macam mana pun, sabar beratur. Eh?

  • Mekap

Kalau ada budak mekap dekat sekolah, macam pakai eyeshadow celak blusher bagai, memang nak kena lampi la dengan senior. Bitch, kau ingat kau cantik sangat? Itu selalunya gelagat budak junior la. Senior rileks je, pakai bedak tabur je pergi sekolah. Sekolah je pun? Tapi dekat matriks, korang mekap la heavy nak mampus pun, takkan ada orang nak marah. Even lecturer sendiri akan galakkan korang mekap. Sekurang-kurangnya eyeliner and lipstick. Kononnya nak nampak matang dan confident. Tapi aku tak mekap pun, kisah?

  • Makan dalam class

Kalau dalam class masa dekat sekolah, kau nak minum pun kadang - kadang kena minta izin dari cikgu sebab nanti timbul konflik kononnya kau tak hormat cikgu tu. Cikgu tengah mengajar, kau boleh bantai minum pulak. Nak makan? Lagi la haram jadah memang tak boleh. Dekat matriks, kau boleh makan dalam class. Tapi bukan something yang heavy la. Just makan macam gula - gula, biskut or roti untuk hilangkan mengantuk lagi - lagi dalam lecture atau in case tak sempat nak rehat. Yela, kitaorang kan BUSY.

  • Lelaki perempuan

Masa sekolah, kalau kita nampak budak lelaki perempuan together jalan - jalan, memang akan dibanteras sehabis - habisnya. Sampaikan sekolah aku dulu sanggup pasang cctv dekat lorong - lorong yang berpotensi dijadikan port dating, semata - mata taknak bagi couple jumpa or so whatever. Memang akan macam melanggar norma la kalau dating dekat sekolah. Tapi dekat matriks lain, kau nak dating kat cafe ke koop ke library ke bilik tuto ke, pergilah. Benda tu tak pelik pun. Setakat nampak lelaki perempuan jalan together, it's still okay. Asalkan no touch touch naaa.

  • Cikgu ke lecturer?

Dekat sekolah, poyo pengetua akan suruh korang ingat semua nama cikgu. Kalau tak ingat, memang jadi masalah besar. Hak aloh. Tapi dekat matriks, takda sapa kisah. Even nama lecturer yang ajar aku kuliah pun aku tak ingat kahkahkah. Another thing, dekat matriks korang kena panggil lecturer korang Encik/Puan/Mr/Madam/Sir/Miss/Ustaz/Ustazah. Yang kena panggil doktor pun ada. Apa pun depends pada lecturer tu sendiri dia nak dipanggil apa. Ada je students panggil lecturer tu cikgu but please, grow up lah. Kita bukan dekat sekolah lagi, betul tak?

Beza tak beza, one thing yang tetap sama adalah RULES. Peraturan dekat matriks and sekolah tak banyak beza. Fyi, matriks tersangatlah lain dengan universiti. Dekat universiti, no one cares pasal apa yang kau buat. Seriously. Dekat matriks, korang akan dilayan macam budak - budak sikit la sebab pelajaran sangat diutamakan. Schedule memang pack so bila takda orang nak ingatkan, takut hanyut nanti. Memang tak best tapi at least, korang akan terkawal. Takda la culture shock sangat nanti.

Eh terasa ke.