Khamis minggu lepas aku graduated, Rabu hari ni aku melepak dalam bilik tengok Showdown 2012. So, kira dah seminggu la kan? Seminggu bersamaan tujuh hari. So, yela kan? Haha.
Selama ni bersekolah selama 11 tahun, memang tak ke mana. Sekolah dekat, pergi sekolah jalan kaki or naik basikal. Bila dah habis, balik rumah makan tidur buat homework semua dekat rumah. Tiba-tiba bila masuk matriks, pergi kolej kena naik kereta sampai sejam, dah tu pergi tak balik-balik, tinggal sana dengan orang asing yang kau tak pernah kenal dan jumpa, lepas tu study makan minum tidur situ. WTF, bukan dekat rumah kot??!
Hell.
Itu yang aku gambarkan untuk kehidupan aku dekat sana. Entah aku tak beria-ia pun masuk matriks dulu, aku just ikut alirannya. Dulu dapat tawaran diploma mikrobiologi dekat UiTM kolopilah. Sampai menangis sebab tak tahu nak decide mana satu yang aku nak pergi daftar. Since family aku support aku lebih dan lebih bercerita mengenai kebaikan matriks, persiapan pun ke arah matriks, aku ikutkan je. Aku rasa aku decide nak masuk matriks dua hari sebelum pergi daftar tu, kot.
Aku tak dapat terima kena duduk asrama sebab aku mengaku, aku memang tak biasa duduk jauh dengan parents. Bukan sebab aku manja, bukan eh serius. Cuma aku memang tak biasa dengan environment luar. Kalau setakat nak kata aku tak pernah berjauhan, selalu je aku pergi camping sampai berminggu minggu. Plus, aku pernah minta MRSM and SBP masa aku darjah enam and form3. Tapi yela, bukan rezeki aku. Permohonan aku semuanya ditolak. Sedih, tahu?
Aku menangis lepas parents aku balik, tinggal keseorangan dalam bilik asrama. Masa tu aku sorang je yang baru ada. Roommates yang lain masing-masing belum sampai. K I don't care apa yang orang cakap masa tu whether I'm being sombong ke apa but it's just aku tak biasa okay dengan orang lain? Lagi-lagi strangers. Mampus ah, I just want my family and my bestfriends by my side. In fact, aku merahsiakan pemergian aku. Rasanya tiada siapa yang tahu apa tawaran yang aku dapat and mana aku belajar except for..teka la. Yes, my family and bestfriends je yang tahu. Yang lain, memang haram jadah tak tahu apa-apa. Sampaikan ada yang ingat aku tak dapat tawaran langsung. Toink.
Minggu orientasi memang hectic pathetic gila. Aku ikut je apa yang faci suruh bagai tapi dalam hati, pergh kuat memberontak duh. Aku malas je nak cari pasal. Mungkin sebab aku dah biasa kena suruh hentak lanyak maki ni semua sebab dah biasa kena masa kawad and camping. Well, tengok kaki la. Gua ahli kadet pertahanan awam yang paling setia. Jangan main-main ni. Badan je kecil, tapi hentak kaki seribu retakan dekat lantai. Hahahahahahahaha k muntah.
Aku memang anti dengan orang yang kuat merungut.
It's like, hello dunia ni bukan nak puaskan kau sorang je okay?
Kalau kau bukan anak raja, kau boleh senyap tak, sial?
Nama pun orientasi, nama pun minggu pengurusan pelajar baru. Jelaslah yang kau tu PELAJAR BARU. Buatlah gaya pelajar baru, tak payah nak merungut banyak sangat taknak buat tu, taknak pakai tu, penatlah, letihlah, panaslah, geli ah. Aih memang minta nak kena tapak je kau ni kan? Aku pulak yang panas mendengar ni.
Tu la perangai segelintir bebudak matriks yang aku perasan since dari hari pertama lagi. Dulu kalau sekolah, budak tu kaya pun takda makna nak menunjuk. Dekat sini? Kalau kau kaya, kau memang wajib bagitahu satu dunia kau kaya. Kalau kau pandai speaking, kau memang wajib speaking dengan semua orang dekat sini. Baru dapat respect. Again, WTF.
Kau tak payahlah nak cerita berapa kau spent untuk perbelanjaan raya kau, berapa banyak duit kau dalam bank tu kau tak payah cerita bro. Kau ingat aku heran sangat dengan duit kau? Mentang-mentang aku tak cakap omputeh, aku tak pakai iphone, bb bagai, aku low class? Kalau aku low class pun, so what? Aku tak layak masuk matriks? Cermin diri beb, kau kaya ke apa. Itu duit bapak kau bro. Bapak aku rileks, tapi anak dia masuk gak matriks. Kau MRSM ke SBP ke Victoria Institution ke, kau ended up masuk matriks kan? Sama je macam aku budak sekolah biasa ni. SAMA LEVEL JE DUH.
Rileks sissy. Take a deep breath.
Well, itu keadaaa aku masa mula-mula masuk matriks. Yela kita mestilah kena kenal-kenal dengan semua orang. Dari situ, baru kita boleh menilai apa yang baik dan buruk, barulah boleh memilih kawan. Sem satu aku memang friendly, memang senanglah nak nampak aku dekat mana-mana. Jumpa sesiapa yang aku kenal, hi! Tak kenal pun, aku boleh tegur hi! then terus jadi kawan. Haha. Tapi bila sem dua, aku lesap dari pandangan. Sampaikan kawan-kawan lelaki aku dekat situ semua macam,
"Hey Fara Dee, mana kau? Dah lama tak nampak?"
"Ada je dekat sini. Cuma after class, aku straight balik bilik."
Aku memang sejak azali suka benda lasak so masa sem satu aku memang hampir hari-hari turun jogging. Tak dapat jogging petang, aku jogging pagi-pagi masa weekends. Masa koko, aku main netball. Salah satu game yang aku agak expert juga la well hey, netball kan game perempuan. Ada ke perempuan yang tak tahu main netball? o.O
Other than that, aku main badminton sampai lengun-lenguh lengan sebab pukul kuat sangat. Aku akui ah tangan aku ni memang kuat sikit. Kalau main bowling, bola boling tu aku bukan gulingkan, aku baling hahaha dahsyat betul. Nasib tak pecah je lane tu. Kahkahkah. Kadang-kadang main basketball dengan Adli. Si mamat tinggi ni memang kena mengajar aku cara nak shoot bola. Ada ilmu, mestilah kena kongsi, tak gitu auwwww.
Tapi masa sem dua, hilang semuanya. Yang aku buat, pergi class, time rehat, makan, time rehat lagi, tidur, after class, makan, then online or buat tuto, malam tidur kroh kroh. Takda maknanya nak turun petang-petang beriadah ke apa no way man. Aku dah retired. Dah cuci tangan. Haha.
Hidup dekat matriks memang kena pandai sosial, tapi takat tu je la. Sosial sampai kau dapat kawan-kawan yang real. Bukan kawan-kawan yang kawan untuk kepentingan je. Sosial pulak jangan nak lebih-lebih. Jangan nak berdating sangatlah buat orang sakit mata je. Jaga batas, jangan nak pegang-pegang sangat, kang kena tangkap basah pulak opppsss.
Tak payahlah nak couple-couple ni. Better kawan je la. Lagi bagus. Syukran.