That's what Mama said to me. Memang tak dapat dinafikan bilangan orang yang bertudung boleh dikatakan banyak juga la berbanding dengan orang yang tidak bertudung. Mostly kalau kita ke mana - mana pun, memang kita akan jumpa ramai yang bertudung. Except for tempat - tempat macam konsert, club semua tu. Well, mungkin ada jumpa tapi jarang - jarang.
Aku start pakai tudung pun masa darjah 4 rasanya. Tanpa paksaan, memang terbit dari hati nak pakai sendiri. Aku masih ingat lagi masa tu aku tengah pakai baju sekolah semua and then secara tiba - tiba je aku bersuara,
"Esok pergi sekolah nak pakai tudunglah."
Alhamdulillah.
Dulu tudung macam tak pelbagai sangat. Yela tudung bukan sebahagian dari fesyen masa tu. Aku pun start pakai dengan tudung bawal je. Cara pemakaian pun tak pelik - pelik. Yang membuatkan tudung bawal tu nampak unik hanyalah corak batu - batu liplap yang ada dekat hujung tudung. Siapa still ingat tudung Dato' K? Haha. Mahal kot at that time.
Bila kemunculan Yuna dalam persada seni kita, secara tiba - tiba tudung berevolusi. Tudung yang gunanya hanya untuk menutup rambut sekarang dah jadi permainan fesyen. Aku memang bertuah kerana revolusi tudung ni lahir masa aku tengah bersekolah. Pendek kata, zaman remaja yang tengah mencari identiti. At that time aku pun fikir why not we give it a try kan.
- Selendang
My first selendang and baju kurung cotton hihi |
Selendang yang sangat licin dan bercorak |
Selendang ni kira permulaan la kepada fesyen hijab. Selendang juga pernah digelar sebagai 'tudung Yuna'. Aku tabik dengan Yuna sebab kemunculan dia bukan saja bagi kesan mendalam dalam muzik, tapi juga gaya moden untuk wanita bertudung. Yuna membuatkan kita berfikir, hey macam mana dia boleh pakai macam tu? And another thing is, dia ibarat penggerak kepada ribuan youtubers yang berhijab untuk main gitar dan menyanyi. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. In my opinion, selendang ni paling simple nak pakai and tampak kasual.
- Shawl
From left : Ana pakai pashmina, me wearing printed shawl, Tima pakai selendang |
Mungkin ada orang lain anggap shawl ni maksud dia sama je macam selendang dan pashmina tapi entah kenapa aku rasa shawl tu ada bezanya. Melalui pandangan aku la, shawl ni bentuk dia sama macam selendang tapi fabrik dia tu lain sikit. Contohnya macam cotton shawl. Tak kisahlah yang jenis bercorak ataupun ada macam biji and manik manik dekat hujung shawl tu. Shawl ni pun selesa juga. Cuma disebabkan shawl ni pendek, agak susah nak gayakan.
- Pashmina
This is my first time wearing pashmina and buat gaya loose cenggitu :) |
Pashmina yang sangat panjang dan lebar. Legap |
Dari segi bentuk, pashmina dan selendang memang sama. Cuma pashmina ni dia lebih panjang dan lebar. Kalau selendang materialnya kain licin dan jarang, pashmina pulak kain dia lebih bersifat legap dan tebal sedikit. Setahu aku, pashmina ni diperbuat daripada goat's wool. So korang boleh bayangkan kain dia macam mana la kan. Corak pun macam - macam. Pashmina lebih sesuai untuk dipakai kalau kita ada niat nak buat style pelik - pelik. Macam loose style ataupun turban.
- Square hijab
Kiri: Tudung bawal kosong & kanan: tudung rambu wuu |
Sebenarnya square hijab ini di - derive dari tudung bawal. Haha. Sebab nak menampakkan revolusi tudung bawal tu, so kita change nama dia kepada square hijab. Okay, square hijab ni dimodenkan dengan tudung bawal kosong dan juga tudung berambu. Tudung bawal kosong ni memang kosong sekosongnya dan mudah digayakan dengan pelbagai cara baru. Nak - nak sekarang nak pakai tudung bawal pun ada tutorial #eh Tudung berambu pulak ibarat ada ponny tail dekat hujung tudung tu. Tudungnya pula bercorak.
Banyak lagi jenis tudung macam tudung indon (tak bermaksud racis) , tudung syria, turban and on. Disebabkan aku takda pengalaman pakai tudung - tudung ni, aku takda la merungkaikannya pun. Yela nanti pandai - pandai cakap, lain pulak ceritanya eh. Yang paling latest sekarang tudung turban la. Turban memang stylo mylo but I don't think dia sesuai untuk aku. Plus, nak pergi mana FD oi pakai turban? Padang pasir? Trolololol.
See? Semua pakai tudung. Green for life! #tetiba |
Doesn't matter la tudung macam mana pun, asalkan ado. Apa pun, perkembangan fesyen untuk wanita bertudung laa ni patut kita anggap sebagai something yang positif. Kalau kita tak appreciate, siapa lagi kan? Sekurang - kurangnya ada inisiatif untuk menggalakkan wanita memakai tudung. Apa pun, bagi diri aku sendiri, aku lebih selesa mengenakan tudung bawal. Tak susah dan tak ghimas.
Hey, siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati...
No comments:
Post a Comment