Terbaca satu status di Facebook pasal beberapa jenis permainan pada zaman baya - baya kitaorang dulu. Kalau ikutkan bebudak sekarang dah tak main dah segala jenis permainan. Kalau main pun, yang jenis moden.
Main football guna playstation. Main juga, kan?
Kadang-kadang kesian juga dengan budak-budak sekarang ni. Bukanlah nak kata korang takda life, ish bukannnnn hoho cuma korang macam kurang bergaul. Dah tak nampak dah nilai-nilai murni bila bermain permainan-permainan tradisional mungkin?
Budak darjah satu pun dah ada akaun Facebook dah sekarang. Ini menunjukkan bahawa budak-budak dah tak bergelimpangan dah dekat luar rumah. Balik sekolah, on Facebook dan duduk chatting berjam - jam. Ayat kemainlah, berbunga - bunga nak mengurat awek tu. Eh silap, aweksss ahaks. Mungkin itu seronok sikitlah untuk bebudak yang ada computer and Internet connection dekat rumah. Untuk yang takda tu, dorang kocik - kocik lagi dah pergi cyber cafe. Tak ke bahaya tu?
Habis duit pun.
Masa zaman - zaman muda aku dulu cewahh janji dekat kawan - kawan nak main game petang - petang tu memang menjadi rutin. Bagi aku sendiri, idoklah hari - hari aku keluar rumah pergi main sebab persekitaran rumah aku ni banyak jalan raya je. Jadi, memang takda kawasan yang sesuai untuk bermain. Namun, tak menjadi masalah sebab boleh ajak kawan datang, main dalam rumah. Comelkan? :> Tahu hihi so apa je permainan - permainan yang aku main masa zaman kecil - kecil dulu? Jom baca!
1. Kereta control
Walaupun permainan ni nampak moden dan obviously, takda ciri tradisional langsung haha tapi aku mula didedahkan dengan benda alah ni masa aku umur 3-4 tahun macam tu kot. Masa tu tak reti main lagi la tapi aku usha je dua ekor abang aku main. Zaman tu pulak family aku tengah banyak duit so pantang nampak ada kereta control tengah jual kat pasar - pasar malam or dekat Giant ke apa, MESTI beli. Kalau tak, abang aku merajuk dan menghilangkan diri. Haha. Sakai kau bang. Bila dah masuk tadika, baru aku reti main sendiri. Ingat lagi, kereta control pertama aku warna merah. Kereta Ferrari ala - ala formula one. Haha taknak kalah!
2. Bola padang
K zaman tu mana ada futsal bagai. Kalau dah namanya bola, mestilah main atas padang. Masuk akal kan? Tak macam sekarang. Main bola atas benda alah apa macam tikar getah je, dah tu dalam tempat tertutup pulak tu. Futsollll la katakan *flip tudung* berapa banyak bola yang ada dalam rumah aku dulu pun aku dah tak ingat, tapi memang banyak. Macam - macam rupa pun. Ada masa, main dekat padang. Kalau tak, selalu main bola dalam rumah je dengan abang aku. Aku bertindak sebagai penjaga gol. Bangga sangat masa tu padahal reason abang aku suruh jadi goalkeeper sebab aku tak pandai main -.- budak kecil la katakan!
3. Kasut roda
Aku tak tahu apa yang menghasut fikiran aku untuk beli kasut roda walhal aku tak pandai main pun. Apakah? Haha. Yang peliknya, aku kecil lagi masa tu. Main kasut roda masa kecil - kecil tu macam handal sikit la. Bolehlah jalan tanpa berpegang pada apa - apa *if yknow what I mean* tapi bila dah tua - tua, nak bangun dari duduk lepas pakai kasut roda tu pun takut separuh mati! Haha. Kasut roda aku warna purple! Bieber youuuu, memang dari kecil aku dah tahu dah kemunculan Bieber tu haha. Well, budak sekarang nak main ice skating je kat Sunway tu. Ah menyampah.
4. Layang - layang
Biasalah kan kalau parents muda lagi and anak - anak kecil lagi, mesti keluar jalan - jalan bersuka ria every weekend. Macam tu la family aku dulu. Kitaorang selalu pergi berkelah dekat Pelabuhan Klang or Morib. So apa kelas pergi pantai kalau tak main layang - layang kan? Everytime keluar, asyik nak beli layang - layang je memang kopaklah duit parents aku. Haha. So kitaorang adik - beradik belajar buat layang - layang sendiri and the best part was, layang - layang tu menjadi! Guna penyapu lidi, suratkhabar and cellotape je. Mainlah petang - petang dekat depan rumah sebab berangin sikit. Rumah lama la. Bukan rumah sekarang. Hihi miss old times :)
5. Guli
Takdalah pandai sangat main guli ni, aku ikut je apa yang abang aku suruh. Dia suruh baling, aku baling. Dia kata aku kalah, aku pun kalah yeay. Haha. Tapi passion aku masa tu adalah mengumpul guli. Korang tahu tak bekas yang jual makanan macam bentuk rokok belang - belang tu? Kitaorang adik - beradik kumpul guli sampai penuh bekas tu. Haha. Punyalah banyak, macam - macam warna ada. Bila free, aku akan kira bilangan guli tu ikut warna and record nya bagi kat abang aku untuk dianalisis sekiranya berlaku sebarang kehilangan bhahahaha tak boleh blah. I wonder, mana perginya bekas guli tu sekarang o.O
6. Teddy bear
Perempuan dan teddy bear tak dapat dipisahkan, ibarat lagu dan irama. Aiceh. So koleksi teddy bear dan anak patung aku sangatlah banyak. Sampaikan siapa je yang nak mengambil hati aku, haruslah membelikan ku teddy bear yang comel - comel belaka. Anak patung yang paling besar pernah aku ada adalah sama saiz dengan seorang budak darjah 4 macam tu. Berukuran satu meter lebih kurang. Cantik tau, rambut dia warna coklat siap bertocang lagi. Haha. Tu semua dulu, sekarang Mama dah buang everything sebab takut aku terpengaruh dengan teddy bear semua tu. Yela, 'berhantu' katanya.
7. Masak - masak
Ini kalau takda budak perempuan main, bukan budak perempuanlah katanya. Haha. Main masak - masak, kahwin - kahwin, mekap - mekap, cikgu - cikgu tu memang permainan azali la. Disebabkan aku perempuan, so lets focus on main masak - masak. Set pinggan mangkuk, kuali periuk, dapur gas semua tu memang ada lah, tak payah tanya. Makanan pun ada macam jagung, cili, terung. Haha. So kalau aku dah pishang sangat dekat rumah, aku akan keluarkan semua set permainan ni. Bentang tikar dekat garage and main je la masak sorang - sorang. Siap ada breakfast, tea time bagai tauu. Abang aku tak pernah nak join, so aku main sorang je la.
8. Tengteng
K aku tak tahu la ejaan dia macam mana. Rumah lama aku dulu dekat jalan mati so memang takda kereta nak lalu melainkan itu kereta jiran aku la kan. Rumah pulak berhadapan dengan orang lain, so masa tu memang ramai kawan yang baya - baya aku. Kalau petang, ambil kapur buat kotak tengteng tu sendiri ajak semua. Main ramai - ramai. Kalau korang nak tahu, aku lah jaguh tengteng nombor satu di dunia masa tu. Haha. Susah nak kalah. Bila susah nak kalah, yang lain pun fed up nak main. Ate nak buat acane hikhik. Kawan baik aku masa ni nama dia Ijam. Haha.
9. Batu seremban/Penutup botol
Pergh, ini kalau takda orang tahu, memang tak payahlah hidup dekat Malaysia ni. Haha.
Ini memang menjadi zaman kegilaan semua orang. Batu seremban tu cuma taruk kacang hijau yang boleh buat bubur or menjadi taugeh tu, dalam kain perca empat segi then jahit. Nak cantik lagi, buat bentuk tiga segi. Buat lima biji then main lah start dengan batu satu sampai batu 10 kot. Ahaha aku pun tak ingat. Famous sangat batu seremban and penutup botol ni sampai boleh dijual dekat kedai. Hebatkan? Padahal boleh buat sendiri je kot. Mama je la selalunya jadi mangsa aku untuk buatkan aku set batu seremban warna warni. Aww, semua orang jealous hihi. Aku selalu main penutup botol ni dekat sekolah agama dengan budak lelaki. And again, aku la juara main batu seremban dan penutup botol. Hakhakhak.
10. Jutaria
Tak sure la apa nama dia, tapi game yang memerlukan duit, kad, dadu dan benda kecil berbentuk rumah bangunan semua tu. Haha. Aku rasa permainan ni bertahan sampai sekarang kot sebab yela game ni bagus lagi - lagi untuk bermain dengan seisi keluarga. Aku selalu kalah benda alah ni kalau main dengan abang aku. Bengkek betul gua. Bila macam dah nak muflis tu, aku merajuk taknak main and cakap abang aku main tipu. Aku tak puas hati. Dah jadi macam tu, abang aku sedekahkan aku duit and pujuk aku untuk continue main hahahahaha aku pulak yang main tipu. Takda siapa jadi banker, kitaorang main then pandai - pandailah uruskan duit sendiri hihi.
Setakat ini, tu je la yang aku mampu tulis. Banyak lagi permainan sebenarnya macam wrestling, badminton, basikal, sofball, mandi kolam plastik tu, main family card, baling seliper dan macam - macam lagi. Zaman kecil aku memang kebanyakannya dipengaruhi oleh abang - abang aku sebab aku yang paling bongsu kan. Aku agak lasaklah dulu, baju pun mostly aku tibai baju abang - abang aku. Rambut tak payah cerita, dari aku lahir sampai darjah empat rasanya, rambut aku sentiasa pendek. Sentiasa. Tomboi la katakan hoho.
Bila dah besar, abang - abang aku pun dah start ignore aku *ayat sedih* haha. Barulah aku sedar yang aku ni perempuan and terlintas la niat nak pakai tudung. Alhamdulillah, kekal sehingga ke hari ni.
Coretan ini membuatkan aku rindu childhood aku. Abang - abang aku. Korang macam mana?