Walaupun kadang - kadang orang tu tulis panjang - panjang and merepek, still dia ada idea nak tulis. Cuba kau tanya mana - mana blogger. Mesti dia pernah dah niat nak update everything semua but last - last dia stuck dekat depan laptop. Tak tahu nak tulis apa.
Apa yang dah ditulis pun rasa tak kena, asyik padam, padam dan padam. Ended up tak tulis apa - apa langsung, terus on Twitter pulak. Tak pun, kalau update pun, niat tu dah tersasar. Bajet nak update yang kita keluar jalan - jalan tapi terupdate benda berunsur politik - BERSIH 3.0 #ehteraseke Bukan senang tau blogging ni sebenarnya. Readers cuma tahu,
"Bila nak update blog lagi?"
"Tulis la panjang-panjang sikit."
"Takda idea? Apa kata kau tulis pasal aku? Kehkehkeh"
In case kalau kau ada readers yang setia membaca la. Kalau takda tu, hm tak muncul kot soalan - soalan ni haha no offense eh. So aku baru je login dalam akaun Formspring aku tadi. Pergh, sumpah berhabuk. Nasib labah - labah belum beranak pinak lagi dekat dalam tu. Aku rasa aku nak active balik ber - FS since yela, dah duduk rumah ni. Banyak masa la konon wakakaka so aku letak widget FS kat tepi tu. Nampak tak nampak tak? Tak nampak, pendek umur. Aiyokk.
Tanya la apa - apa.
Don't worry. Korang boleh appear as unknown dekat Formspring tu. So aku takkan tahu pun siapa yang tanya and korang pun takkan kantoi. Eleh, suka letuw? Ask me anything, pasal matriks ke, pasal tudung ke *takda kena mengena* atau pasal cinta ke auwww haha. Bila dah berzaman tak online FS tu, soalan pun berzaman - zaman juga banyaknya. Ada dalam 900++ soalan yang belum dijawab lagi. Aku ingat nak delete je la semua tu bhahaha malas pulak nak menjawab. Tengoklah kalau rajin.
Dah besar - besar macam ni kita mesti akan usha apa perkembangan budak - budak sekarang, yela so that kita boleh berlagak macam seniors yang dah makan garam dulu. Bangga sikit bila budak - budak sekarang refer kat kita kalau ada masalah ke apa. Kahkahkah bila lagi nak jadi poyo. So dekat Facebook ramailah budak baya aku yang bertindak jadi penasihat hari ini gara - gara result UPU untuk budak batch 94 dah keluar.
Time aku dulu, aku senyap - senyap je dapat offer. Sekarang, dapat offer huh terus pergi tekan printscreen then upload dekat Facebook. WTF? o.O Adik, tak perlu berbangga sampai macam tu. Yela, tahulah adik dapat Asasi. TESL pulak tu. UiTM pulak tu. Memang bangga dik kira adik ni pandai English semua kan. Tapi dik ini bukannya the end tau dik. Ini cuma permulaan je. Kalau belum start lagi pun, adik dah bangga - bangga, nanti kalau tiba - tiba adik terjatuh dalam perjalanan tu, macam mana? Malu dik kalau orang tahu. Masa tu, barulah adik sibuk - sibuk nak sorok.
Nasihat aku satu je la, kejayaan kau sekarang cuma sebagai penanda aras je. Belum cukup lagi nak membuktikan kau berjaya, in short kau pandai. Bagi aku, istilah pandai tu takda. Melainkan hanya usaha, kerajinan dan tawakal. Thats all really matter. Menuntut ilmu ni satu ibadah, sebab tu jangan sesekali lupa pada yang maha Esa.
Kesian bila nampak some juniors tak dapat mana - mana tawaran. Jangan risau, kita tak dapat bukan sebab apa, itu bukan rezeki kita. Kalau kita betul - betul niat nak belajar, dekat mana - mana pun boleh. Mungkin tak gah kalau kita tak belajar dekat U tapi cuba fikir balik. Yang gah tu sebab dia universiti. Student dia tak gah pun. Kan? :)
Lagi satu, aku tengok juniors ni awal - awal lagi dah mengalah. Sombong pun ada. Matriks taknak mohon, STPM taknak pandang. Nak masuk U je. Sekarang dah tak dapat U, kau nak melalak macam mana? Kita kena buka mata luas - luas. Kita mohon je apa yang ada. Rezeki tu di tangan Allah.
Well, matriks isn't that bad after all. Kenapa korang taknak masuk matriks?!?!
Memanglah matriks susah sebab dia one year. Yela, sebab dia one year la dia susah! Matriks ni sebagai jalan singkat untuk korang cepat terus ke degree. Korang taknak ke graduate cepat - cepat? College life ni boring weh gua cakap lu, tak sama macam sekolah. Better cepat habiskan study.
Takda la kalau korang masuk matriks tu, korang 24/7 study. Takda k? Itu semua gambaran je untuk menakut - nakutkan korang. Cara study yang berkesan dekat matriks ni, senang je.
1. Fokus
Korang kena sentiasa fokus dalam lecture. Kalau lecturer tak provide nota, korang salin je laju - laju apa yang lecture tu mengajar. Tu salah satu tips untuk elakkan korang dari bercakap dengan orang sebelah and the front seat is always good for you. Duduklah depan. Nescaya korang akan lebih senang nak bagi perhatian.
2. Jangan bertangguh
Duduk matriks ni, hari - hari korang akan ada homeworks. Banyak atau tak, itu bergantung dekat lecturers korang la. Kalau korang taknak kerja banyak, korang kena pandai la ambil hati. Macam plan dengan lecturer untuk agihkan kerja itu secara berkumpulan atau pun minta tempoh masa lama sikit ataupun pilih - pilih soalan. Tapi kalau dapat lecturer yang garang, tu memang nasib koranglah. Bila tutorials banyak, jangan bertangguh. Terus siapkan walaupun esoknya takda class subject tu. Sebab akan ada unexpected work untuk korang esok lusa nanti, confirm.
3. Short notes
Kadang - kadang dapat nota, kadang - kadang tak dapat. Entahlah kenapa tapi nota dari lecturer ni tak banyak membantu sangat sebab korang bukan baca pun kan? Haha. Lagi - lagi Bio. So korang memang mustahak untuk buat nota sendiri. Aku sarankan, kau highlight benda yang penting dalam buku rujukan, and mana yang takda dalam buku tu, korang semak dekat notes yang lecturer bagi and tulis dalam sticky pad and tampal dekat ruang - ruang kosong dalam buku rujukan korang. Lagi berwarna - warni buku rujukan kau, lagi orang gerun. Baru ada life *only in matrics*
4. Study group
Jujurnya aku bukan join pun study group ni sebab sejak azali aku memang dah biasa study sorang - sorang. Tapi aku tengok classmates aku je. Sebab dorang ni ada study group sendiri. So aku memang nampak yang study group sangat membantu dorang lagi - lagi dalam menyiapkan kerja tutorials. Haha. Sebab dorang akan agih - agihkan soalan tu, and jawapan nya nanti tiru je la. Tapi bukan tiru kosong. Dorang akan explain and bincang dulu kenapa jawapannya macam tu. So dua kerja boleh settle. Siapkan homeworks and revision at the same time.
5. Berbuat baik dengan lecturer
Ini sangatlah mustahak sebab apa je yang kau buat, akan dianalisis oleh lecturer termasuklah markah - markah kerja rumah korang and sahsiah diri kau. See? Homeworks pun dinilai weh. Itu tak termasuk assignment tambahan lagi, research project lagi. Markah ni pulak semuanya menyumbang dekat keputusan bila kau exam nanti. So berbuatlah baik dengan lecturer korang. Kau jambu je dia, kalau dia kenal kau. Dia takkan sampai hati nak bagi kau markah cikai - cikai. Yela, dia kan manusia?
6. Aktif
Kelas dari pagi sampai petang memang akan membuatkan korang letih tahap gaban. Aku rasa masa first week of classes mesti ada yang pengsan and surrender awal - awal. Haha. Kunci untuk korang supaya rasa sonang je nak study ialah dengan bersikap aktif. Aktif tak bermaksud korang kena sentiasa berlari ke apa, it's just korang kena ada time untuk beriadah. Mungkin tak boleh turun padang hari - hari, tapi kalau weekends duduk hostel tu, pergilah turun jalan - jalan sekeliling matriks. Cantik tau matriks selangor, sebab berbentuk bulat. Kau ada? Hihi. Lagi satu, jangan lupa amal jariah dan ibadah. Cukup solat lima waktu plus solat sunat tu pun dikira senaman juga tau. Still boleh active walaupun duduk dalam bilik. Makan kena jaga! Jangan makan megi je.
In conclusion, hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Bagi aku, ni tips - tips tambahan je. Yang utama, kena positive. Bila kau sentiasa bersikap positive, semua benda yang kau buat insyaallah akan dipermudahkan. Sentiasalah berdoa, minta la apa - apa je dekat Allah. Dia akan sentiasa mendengar.
Contohilah classmate aku, Alisa yang sentiasa ke surau setiap malam untuk solat berjemaah. Even banyak kerja macam mana pun, dia rileks je. Sentiasa ceria. Semua kerja dia siapkan. Semua. Aku kagum macam mana dia bahagikan masa - masa dia. Aku bet Alisa akan dapat 4 flat untuk final sem lepas. Alisa, baca tak ni? Hihi.
There are 1001 ways which lead us to success. Goodluck all!