Wednesday, May 2

Apa perasaan bila dah habis matriks ni?

Assalamualaikum! Selamat bulan Mei and I just cut my hair SHORT! Hahaha. Masyaallah dah lama betul aku tak buka blog ni. Dah berhabuk sana sini fuhh fuhhh. Tengok? Sampai labah-labah pun ada bergolek dekat sini ish ish.

So amacam? Rindu tak? Hikhik.

Aku tahu korang rindu. Yela, sampai ternanti nanti bila aku nak update lagi. Sabarlah. Cik mek molek macam aii ni memang busy sikit di alam realiti ahaks. Kperasan. Sebenarnya aku terputus dengan sumber internet selama beberapa minggu ni. Aku cuma mampu online kat phone je, tu pun kalau ada credit lebih ah. Bolehlah online. Foinee tak pakai bb. Foinee. So takkan la aku nak update blog kat phone kan? Takkan la. Tak dapat penghayatan yang sebenar tu huehue.

Oh ye, aku sekarang dengan bangganya mendapat jolokan penganggur lepasan matrikulasi. Baru graduated khamis lepas, 26 April. Setelah setahun hidup macam mayat, akhirnya survive! Haish, malu cheq. Bangga sangat ni kahkahkah. Takda la, gua tak berani nak cakap besar sebab sebenarnya lulusan matriks ni takda masa depan yang terjamin.

SEGHIUS.

Kitaorang takda terikat langsung dengan mana-mana IPTA, tak macam lepas Asasi or Diploma. Lepasan yang sebegini, sebelah kaki dorang dah masuk dah U bila nak sambung degree. For sure la, pihak U akan utamakan produk dorang dulu. Nak mengukuhkan kesetiaan. Misalnya, pihak UiTM akan mengutamakan lepasan pelajar dari Asasi UiTM dan juga Diploma UiTM, kemudian barulah lepasan Matriks. Betul tak? Nampak tak permainan dekat situ?

Lain cerita kalau kau pandai. Ummpppphhh kalau kau pandai, tak payah cerita la! Campak je mana-mana, ada je orang nak. Ibarat mutiara baling kat laut. Elok je timbul. Eh?

Final gua hari tu alamak terabur! Gua study sampai tak tidur malam beb, then masa exam mampuih stuck semua benda. Dah terangtangtang esei Bio yang keluar tu, semuanya aku dah baca and hafal, alhamdulillah. Tapi palat, bila aku tak ingat apa yang hafal.

"Hm apa ayat dia yang mula-mula eh?"

"Ala apa nama scientific dia niiiii"

"Jap, macam mana ejaan nama hormone ni o.O"

Last-last kau tahu aku buat apa? Aku pi hentam semua benda fast and furious, then aku tidur. Kahkahkah heaven guring setengah jam and hanya terjaga bila pengawas peperiksaan cakap masa menjawab telah tamat. Dang, finally. Balik bilik memang tak fikir ah ada exam apa lepas tu, lantak perhabiskan tidur. Ada gaya.

Kalau kau tinggalkan soalan sebab kau tak tahu, rasa-rasa kau boleh terima tak? Oh, tak? Kalau kau tertinggalkan DUA soalan sebab kau TAK PERASAN, rasa-rasa kau boleh TERIMA tak??! Haaa?!! Jawab jawab!!

Argh, beremosi aku. Aku tak boleh terima bila kedua-dua soalan tu membawa 28 markah keseluruhan. Hilang macam tu je, fuhh debu berterbangan. Padahal aku boleh jawab je dua soalan tu, ya Allah kacang weh alhamdulillah! Mesti aku boleh dapat markah punya kalau aku jawab! Sekarang nasib aku memang terumbang-ambing. Mesti pemeriksa tu kata aku bodoh sebab tak jawab langsung dua soalan terakhir. Kau memang bodoh, FD. Cuai nak mampus, ambik ah.

Ya Allah, aku yakin kau akan kurniakan perkara yang lebih baik untuk aku. Aku yakin. Yang hilang insyaallah akan ada kelebihan untuk aku. Semoga segalanya berjalan dengan baik aminnnn.


A picture with my practicum mates during the last lecture :) gonna update more soon. So juniors, ada siapa-siapa dapat Matriks Selangor tak? Haa kau? Habislah kau, pandai-pandailah deal dengan Kamen Riders tu. Hohohoho bye xx