Amboi Omey, banyaknya hack blog kita? Jangan kacau Bieber kita. Kacau Britney awak kang, baru tahu. Nak? Hikhik.
So yes, I'm back. Latest posts semua tu orang tersayang yang tulis. Nampak la differences dia sebab saya tak pandai. Saya tulis dalam Bahasa Melayu je. Dia tulis dalam Bahasa Inggeris. Maklum la, dia ada slang British, saya ada slang Manglish je. Orang Melayu tulen. Tak macam Omey, ada kacukan Cina + Jawa #habislahomeykenaperli :p
Omey ni siapa? Asyik sebut nama Omey je lately dalam belog. Kalau dekat Facebook, sebut nama Awal pula. Fakhriah Tajima sampai taip nama Awal tu dalam huruf besar lagi, ambik kau. Jelas terpapar. Kalau tak nampak lagi , tak tahu la. Hikhik. Saya rasa nak reveal identiti Omey yang sebenar. Wallah :D Haha. Takda la. Omey mesti marah kalau saya buat macam tu. Tak gitu, Omey? Haish, yela. Kitaorang ni pasangan yang low profile je. Biasa biasa je. Siapalah kami untuk digembar gemburkan hubungannya. Cukuplah, orang terdekat je yang tahu :)
Eh kejap, sejak bila guna kata pengganti diri 'saya' ni? Haha. Ni semua sebab terpengaruh dengan Omey la ni, guna saya awak. Toink, kantoi.
Sebenarnya dari dulu lagi Omey suruh tulis entri pasal kitaorang. Cuma aku je,yang hm tak tahu nak tulis apa. Hahaha. Bukan sebab hubungan kitaorang ni bosan sampai takda benda yang menarik untuk diceritakan, cuma tak mampu nak diluahkan dari jangkau fikiran. Terlalu manis. Sangat manis. Kadang kala ada badai yang mendatang, jatuh segala air hujan, tapi takpa. Itu namanya pengalaman dan kerana pengalaman, kita dapat belajar untuk membetulkan kesilapan diri. Insyaallah.
Aku kenal Omey dah lama juga la. Minggu kedua masa aku masuk kolej ni. Kira minggu after orientasi, minggu kuliah bermula. Pernah beberapa kali terserempak dengan Omey sebelum kenal, tapi usha dari jauh je. Yela, Omey kan handsome. HAHAHAHAHA. Tak sangka pulak ada satu hari tu Omey senyum senyum dekat kita, ingat dia senyum dekat orang lain tapi tak rupanya sebab after few days, dia minta nombor kita hikhik. Maluuuuuu. Ok datang dah gediknya haha peace :)
Dulu pernah janji dengan diri sendiri, taknak couple lagi dah. Lagi lagi bila masuk kolej ni. Mungkin dah termakan dengan janji sendiri, bila akhirnya hati tu terbuka balik untuk seseorang. Omey lain sangat. Lain dari lelaki yang pernah aku jumpa. Serius. Mungkin Omey tak romantik macam orang lain, mungkin Omey tak pandai nak pujuk bila aku merajuk, mungkin Omey tak pandai nak express feelings dia tapi Omey ada kelebihan yang lain. Ya, memang takda manusia yang memiliki kesempurnaan tapi, bagi aku, alhamdulillah. Omey adalah salah satu kurniaan Allah yang sangat istimewa.
Omey, saya tahu saya tak cantik macam Lisa Surihani. Saya ni selekeh je. Pakai baju pun simple simple je. Tudung pula sememeh je, tak betul sangat. Makan pun comot, dahlah sendawa pun kuat. Haha. Saya tak berapa nak pandai. Result UPS pun ada yang gagal. Quiz pun dapat markah tak semenggah. Nak study pun, malas. Awak ada angan angan nak study abroad, saya cuma berangan nak masuk UM je. Awak nak jadi dentist, saya nak jadi optometrist je. Awak suka gosok gigi, awak makan sayur. Saya malas nak gosok gigi, saya tak suka makan sayur. Awak bersih, kemas, prihatin. Saya messy giloooooooo.
Kita memang berbeza. Pelik macam mana awak boleh sukakan saya. Saya degil, tapi saya ikut cakap awak juga kan? :) Saya tahu, awak tak sampai hati nak marah saya. Hikhik. Omey, saya nak cakap ni, saya selalu cuba untuk menjadi yang terbaik. Kalau saya masih bertatih dalam ruang kesalahan, maafkanlah saya. Saya suka kalau awak roger saya everything yang jadi dalam life awak. Saya nak diibaratkan macam bayang bayang awak. Kalau awak pergi kiri, saya pergi kiri juga. Kalau awak pergi kanan, saya pun sibuk juga nak pergi kanan. Boleh?
Do take care of yourself, love. Sayang awak ♥